Aug 17, 2011

Lemasnya

Pagi semalam saya berada di sebuah majlis perasmian. Berada dalam majlis yang lambat usai memang melemaskan. Menanti ketibaan VIP sahaja mengambil masa satu jam.



Mungkin benar kata sahabat saya, "semakin mundur sesebuah negara, semakin lambat majlis itu selesai". Dia mengambil contoh sesetengah negara di Afrika. Penduduknya terpaksa menunggu sehari suntuk sebelum pemimpin mereka datang. Bertemu dan berucap dalam beberapa jam, pemimpin kembali ke ibukota, penduduk pula terpaksa menghabiskan masa panjang untuk pulang ke rumah.


Negara kita hampir maju, tetapi 'tabiat' mengadakan majlis dalam tempoh yang lama masih berlaku. Kerap kali VIP yang ditunggu lewat tiba. Kita mungkin tidak boleh lagi membuang masa hanya untuk menunggu ketibaan seorang pemimpin. Sepatutnya pemimpin yang terpaksa tunggu kita.:)

2 comments:

al-lavendari said...

setuju sangat .. kita kadang2 terlalu feudalistik. zaman dulu bolehlah buat begitu kerana raja ada kuasa mutlak. tapi sekarang pemerintah dipilih oleh rakyat.

tapi kalau pemimpin terlalu awal sampai masalah juga, kelam kabut penganjur majlis di buatnya. saya pernah buat entri tentang PM tercepat sampai. kalau ada masa bacalah ..

http://al-lavendari.blogspot.com/2011/07/memenuhi-permintaan-hanafiah.html

Pok Li said...

al-lavendari
Kita juga masih memegang adat budaya yang kuat. Mendahulukan pemimpin sudah menjadikan amalan.

Tapi masa kena jagalah supaya semua orang tak rasa teraniaya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails