Aug 12, 2011

Rendang Ayam Pulut Durian

Minggu lepas saya kembali ke kampung. Berbuka puasa bersama kakak sulung, kakak tengah dan kakak bungsu. Kakak sulung sudah mencecah usia 63 tahun. Seronoknya berbuka beramai-ramai menikmati lauk rendang ayam masakan 'nogori' dan bubur durian berbuah sulung.


Kalau dahulu kami hanya berbuka empat beradik bersama abah dan emak. Kini sudah berkembang biak sehingga 27 orang. Andaikata tiga lagi abang dan seorang kakak saya tidak meninggal sewaktu kecil, mungkin petang itu sudah menjadi kenduri BESAR.

4 comments:

zino said...

sodap nampak e tu... hehe selamat berpuasa..

Tirana said...

sesekali berkumpul dengan keluarga tentunya meriah especially di bulan puasa. Makan ramai-ramai..bestnya..

Pok Li said...

zino
makan ramai-ramai memang sodap

Pok Li said...

Tirana
Bukan mudah nak berkumpul bila masing-masing sudah berkeluarga. Tradisi berkumpul ini insyaallah akan diteruskan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails