Aug 30, 2011

Jalan Kenangan


Beberapa jam sahaja lagi sembahyang Hari Raya akan bermula. Saya akan bersembahyang di Putrajaya sahaja. Kembali ke rumah menikmati hidangan bersama anak-anak dan bermaaf-maafan. Selepas itu baru merancang untuk pulang ke kampung. Menziarahi kakak-kakak yang ada. Kemudian ke Rasah, Jiboi, Gedung Lalang, Sendayan melawat bapa dan ibu saudara yang telah uzur belaka. Esoknya bersambung lagi ke rumah saudara mara di kampung dan di Port Dickson.

Mungkin tiga hari baru cukup untuk menziarahi semuanya. Pilih yang 'motan' sahaja. Arwah abah ada 15 orang adik beradik dan arwah emak ada lima adik beradik. Kini hanya tinggal 10 sebelah abah dan dua orang sebelah emak. Sepupu saya sahaja sudah mencecah 120 orang. Apatah lagi anak buah dan cucu-cucu saudara. Kesimpulannya saya tidak mengenali mereka semua.

Inilah perjalanan yang saya tempoh semenjak saya membesar bersama arwah abah. Abah adalah anak sulung dalam keluarganya. Selepas sembahyang Hari Raya kami akan berkonvoi bersama-sama menaiki motosikal bersama Itam Suman dan Lang Joned ke rumah adik beradiknya. Hampir waktu asar baru kami sampai kembali ke kampung.

Hari ini semuanya telah tiada, biarlah saya sekeluarga kembali merintis jalan kenangan itu......................

Nota:

Motan = Penting/ utama, diambil dari padanan Bahasa Inggeris important

4 comments:

Unknown said...

Selamat hari raya pokli.

Inilah hidup. Yang hidup pasti akan dijemputnya nanti. Hanya akan tinggal kenangan utk kita kenang selamanya

ikan emas said...

selamat hari raya.Maaf zahir batin

Pok Li said...

jedi
Selamat Hari Raya.
Kenangan lama mengusik jiwa

Pok Li said...

ikan emas
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin