Sep 1, 2011

Ziarah Kasih

Sudah kembali di Putrajaya. Damai.

Perjalanan yang dirancang selepas solat sunat Eid Fitri dua hari lepas berjalan lancar. Berhari raya di kampung. Menziarahi pusara Abah, Emak, Atok, Nenek, Alang Joned, Wan Limah. Ada empat pusara baru. Wan Monah yang baru dibina 'kalang airnya'. Tiga lagi pusara belum ada batu nesan termasuk Induk Mirus (adik arwah emak) yang meninggal bulan Jun lalu.

Dari tanah perkuburan terus sahaja ke Seremban menziarahi bapa saudara Teh Kaya, 85 tahun. Sudah pelupa benar, beberapa kali bertanya, "Kau sapo?.

Dari sebuah rumah ke sebuah rumah hingga rumah Pak Ijaz di Port Dickson. Insya Allah kalau tiada aral melintang akan menunaikan Haji tahun ini. Mudahan-mudahan dikurniakan Allah kesihatan dan kekuatan kerana usianya sudah 77 tahun.

Alhamdulillah, perjalanan petang tadi lancar walau pun dari Seremban tersangkut-sangkut sehingga ke persimpangan Nilai Utara.

Besok kami akan menyambung lagi ziarah kasih ini, ke Kepong, Rawang dan Serendah. Menziarahi keluarga isteri. Nampaknya bonus tahun ini habis di jalanan sahaja. Ha ha ha.

4 comments:

PRO2 said...

Tuan PRO mmg hebat.. Haha..

Pok Li said...

Pro2
Hebat ka. Ha Ha ha

Tirana said...

Saya pula dari raya pertama hingga ke saat ini belum keluar rumah lagi.. Tak sempat ke mana-mana sebab hampir ada saja tetamu yang datang setiap hari. So beraya di dapur aje la jawabnya..hehehe..

Selamat hari raya, Pok Li. Maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap.

Pok Li said...

Tirana
Tak apalah kehadiran ramai tetamu ke rumah kita tu rezeki. Saya juga mengucapkan Selamat Hari raya. Maaf Zahir Batin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails