Feb 3, 2012

Hilang Ketika Sujud

Sambungan cerita..... ketika menuruni Bukit Putus jam sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Belum solat zuhur lagi. Membeluk ke stesyen minyak berdekatan di Paroi. Menanggalkan seluar dan memakai kain sebelum berwudhu.

Sebelum solat, mata saya tertancap pada peringatan kecil di pintu surau. "Harap maklum. Surau ini ditutup pada jam 10.00 malam kerana sering berlaku kecurian". 

Peringatan itu mengembalikan semula ingatan saya pada peristiwa malang dua wanita peserta  rombongan yang singgah di R&R Rawang beberapa minggu sebelum ini. Dari Kuala Lumpur ke Ipoh. Waktu itu sudah hampir 6.00 petang. Mereka singgah untuk menunaikan solat Asar. Biasalah apabila ramai yang singgah untuk solat, surau yang kecil itu bertambah sempit. Mereka meletakkan beg-beg tangan berhampiran tempat sujud sebagai tujuan keselamatan.

Tapi apa boleh buat, langkah berjaga-jaga itu juga tidak selamat. Beg-beg tangan mereka hilang ketika sujud. Riuh rendahlah petang itu dengan muka penuh kerut dan ada air tergenang di matanya. Mungkin  tidak sangka, persinggahan petang itu membawa petaka.

Mengambil langkah keselamatan, saya solat di tepi dinding surau dengan seluar yang sudah dilipat berada rapat di samping. Petang itu solat saya tidak kyusu'.  He he he.

11 comments:

nohas said...

Memang sangat suspens solat di surau awam sorang2...hati x tenang..

nohas said...
This comment has been removed by the author.
Tirana Mutiara said...

Pencuri ni nak mencuri tak kira tempat..Kita digalakkan memakai yang kemas dan elok untuk ke masjid tapi disebabkan perbuatan mencuri oleh orang-orang yang tak bertanggung jawab, kita ke masjid dengan memakai selipar buruk...

Poklii said...

Nohas
Jika sesak pula ada yang ambil kesempatan atas kelekaan jemaah.

Poklii said...

Tirana
Selipar buruk pun ada ketikanya juga hilang

Poklii said...

Nohas
Jika sesak pula ada yang ambil kesempatan atas kelekaan jemaah.

Pok Li said...

nohas
Betul. Hati sering berkata-kata

Pok Li said...

Tirana
Mereka tdak mengira tempat untuk buat maksiat dan kejahatan

Pok Li said...

nohas
Betul. Hati sering berkata-kata

the Clan said...

Salam singgah. R&R tempat rehat yg selesa jika kita berjalan di tengah minggu, bukan cuti sekolah/perayaan. Kalau sebaliknya, lebih baik berada di jalan lama/kampung.

Pengalaman...pengalaman...

Pok Li said...

the Clan
terima kasih kerana singgah. Pengalaman mengajar kita berhati-hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails