Feb 28, 2012

Isteri Itu Sahabat

"Ingat ya, isteri itu sahabat. Saya ingatkan kepada yang tak ingat. Bukan kawan-kawan ya, .... bukan. Kawan-kawan tak akan jaga kita bila kita sakit, .... isteri lah. Oleh itu jaga isteri baik-baik. Masa muda mungkin kita ligat tapi bila tua isteri lah yang jaga kita"

Tidak perlu saya perkenalkan siapakah gerangan yang berpesan dengan ikhlas itu. Umurnya sudah 65 tahun dan memang layak untuk memberi nasihat. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini dia sering tidak sihat. Setiap kali keluar rumah beliau sering ditemani isteri sebagai 'sahabat'. Insya Allah, mudah-mudahan pesanan Y.Bhg Dato' ini antara petua membina rumah tangga bahagia.

Dalam ceramah keluarga bahagia, sering kali terdapat ustaz yang berpesan, "Ikutilah Rasulullah SAW sebagai contoh suami terbaik, memanggil nama isteri dengan panggilan yang mereka sukai. Dikisahkan bahawa Rasulullah meminum air dari satu gelas dengan isterinya Siti Aisyah, bahkan dari bekas bibir yang sama. Begitulah romantiknya Rasulullah yang sepatutnya di amalkan oleh para suami. Lepas ini tuan-tuan kena buat lah.......". Permintaan itu selalunya diselangi gelak ketawa para pendengar, kerana mereka tahu mereka tak mampu nak buat. " Tak biasalah..... komen seorang lelaki separuh baya. Ha ha ha 

Dahulu, ibu bapa Melayu sering membekalkan kepada anak dan menantunya yang berpindah rumah berupa alatan rumah tangga.  Antaranya bantal sebuah, pinggan sebuah, dan gelas sebuah. Kiasannya ialah mengajar pasangan baru itu berkongsi hak milik agar rumah tangga terbentuk dalam suasana aman dan romantis.

Adakah budaya itu wujud lagi kini?

5 comments:

nohas said...

Oo..mcm tu ke, tidur sebantal, makan sepinggan..

sekrg ni ramai yg dah beli siap2, lepas kahwin, masuk cuci kaki shj..

Pok Li said...

Nohas
Saya dulu dapat 1 set pinggan mangkuk. Ha ha hak

kasihibu said...

salam pok li
betul tu pasangan kita adalah sahabat yang akrab, 1 hati ,1 jiwa,

Pok Li said...

kasihibu
Keluarga yang bahagia melahirkan anak-anak yang kuat pribadinya. Insya Allah juga membentuk keluarga bahagia seterusnya

Herman said...

betul tu boss,di sokong 100% ,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails