Aug 5, 2012

Turun Padang

Sudah 16 hari Ramadhan tahun ini kita lalui, InsyaAllah dengan tenang. Tahun ini saya merasa agak damai, kerana tidak terlalu sibuk berbuka di luar. Tahun lepas saya telah berbuka dari negeri ke negeri. Sebahagiannya terpaksa bermalam, sebahagiannya kembali semula ke rumah ketika waktu sudah dinihari. Begitulah perubahan hidup dari tahun ke tahun.

Tahun ini saya 'turun padang' di dapur menolong isteri. Setiap hari cuti saya akan mencuba resepi baru. Oleh kerana teknologi maklumat sekarang yang sudah canggih, resepi-resepi masakan hanya disemak melalui  'google'. Hanya dengan menaip beberapa patah aksara di telefon pintar, resepi lengkap sudah boleh diakses dan lauk pauk yang enak boleh dimasak. Akhirnya saya telah berjaya memasak beberapa resepi masakan yang menyelerakan seisi keluarga. Antaranya Udang Masak Lemak Kacang Panjang, Paprik Ayam, Ayam Goreng Halia, Sambal Ikan Bilis Kentang dan resepi-resepi yang mudah-mudah. Tanpa terlupa saya juga telah menyediakan Teh ala Arab yang enak rasanya.

Oleh kerana Teh Arab ini enak sangat rasanya saya turunkan resepinya yang diambil dari SINI

Resepi Teh ala Arab

Bahan-bahan:
6-7 uncang teh
1 liter air
direbus bersama untuk mendapatkan rasa teh yg kuat dan pekat
5ooml susu segar
gula secukupnya – jika guna susu pekat lagi lemak berkrim
secubit garam
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga

Cara-cara:
6-7 uncang teh, 1 liter airdirebus bersama untuk mendapatkan rasa teh yg kuat dan pekat
5ooml susu segar gula secukupnya – jika guna susu pekat lagi lemak berkrim secubit garam
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga.
campur semua bahan kacau ..akhir sekali masukkan bunga cengkih dan buah pelaga.

Selamat Mencuba

21 comments:

Nor_Emylin said...

euw....macam sedap!! nak try jugak la esok....:-)

Pok Li said...

Nor_Emylin
Tarik lagi sedap

nohas said...

Boleh jadi chef mcm ni..

Teh Arab tu kalau minum lepas tarawih, mesti best..

kasihibu said...

tahniah...pd pokli
sya suka baca entry ni sbb sya kagum dgn kaum adam yg sudi membantu isteri di dapur selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya...

kasihibu said...

sya nak cadang satu lg resepi udang masak kari dicampur dgn kobis potong kobis tu besar2 setengah tapak tangan perempuan sbb kalau tapak tangan lelaki lebar sangatlah pulak;-)

Pok Li said...

nohas
Lepas tarawih kena moreh lah pulak

Pok Li said...

kasihibu
Terima kasih kerana hargai kaum Adam yang suka turun dapur. InsyaAllah resepi udang kari ini akan dicuba pula.

Don Balon said...

Salam Pokli..

Koi nak komen semalam blogger.com tak up pulak.. :)

Koi memang teringin nak try teh arab ni.. moga-moga melekat di hati..

Terima kasih pokli... :)

Pok Li said...

Don Balon
Cubalah. Mungkin sesuai dengan selera di bulan Ramadhan ni :)

Don Balon said...

yaaaa pokli..
hamba sedang minum teh arab sekarang..pewwww..
memang sodapppp..
ado raso masin-masin sikit..bau cengkih dengan rasa buah pelaga memang sesuai dengan teh susu pekat..
pembaca2 yang lain silalah cuba..

Terima kasih pokli... :)

Pok Li said...

Don Balon
Guna susu pekat ke?. Saya guna susu segar. Tapi tak apa lah kot. Janji Sedap...

Yunus Badawi said...

Tahniah kerana tahun ni Pok Li banyak turun padang membantu isteri di dapur. Mesti dia gembira.

Berbuka di luar tu kerana tugas ke? Dulu saya pun mcm tu juga semasa bekerja dgn Sykt Kulit Kerang.... huhuhu

Pok Li said...

Yunus Badawi
Dulu kerana tugas. Kini sesekali berbuka di luar jugak:)

Don Balon said...

Pokli..

Susu pekat je..
Belum berkesempatan beli susu segar :)
tapi dah banyak kali buat tu..
memang sesuai dengan citarasa beriani-masala saya hehe

Pok Li said...

Don Balon
Beriani Masalla. Terliur saya :)

al-lavendari said...

selamat hari raya maaf zahir batin. kueh kesighat pandai masak tak ? susah betul nak cari kueh tu sekarang ni ..

Pok Li said...

Al-lavendari
Tahu makan aje :). Macam ada ternampak di Pekan Rabu Alor Setar

Don Balon said...

Salam Pokli..

Lama tak update?

Kalau nak belajor cara bakor lemang 30 minit sahaja versi Maran, sila klik di sini . Terima kasih kerana sentiasa sudi melawat blog koi pokli.

kasihibu said...

Memang lama betul pok li menyepi

Pok Li said...

Don Balun
Saya dah tengok. Menarik

Pok Li said...

Kasihibu
Menyepi mencari kata kunci :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails