Sep 18, 2012

Nasi Kandaq

Sabtu lepas saya mengulangi rutin mingguan menikmati nasi kandar. Berlaukan 'kacang' (bendi) dan telur rebus di Presint 14 dengan harga RM4.50 termasuk segelas teh tarik. Masih murah jika dibandingkan dengan makanan di Presint 9 atau Presint 16 yang 'mencongkam' harganya.
 
Saya adalah penggemar 'tegar' nasi kandar. Mungkin kerana pernah menetap di Pulau Pinang atau kerana kahwin 'anak mami' saya memang 'berahi' makan nasi kandar.
 
Semasa tinggal di Kg Rawana, Caunter Hall ( Jalan P.Ramlee) tahun 1983, nasi kandar di Jalan Dato Keramat masih lagi dijual dalam bakul rotan yang besar. Nasi disenduk menggunakan tangan kosong tanpa senduk atau sarung tangan plastik. Lauknya, 'kacang', ikan goreng, ikan atau daging masak kari, sotong goreng atau limpa goreng. Kuah 'campur' adalah keistimewaan nasi kandar.
 
Selepas puluhan tahun berlalu mamak tidak lagi menggunakan lagi tangan kosong menyenduk nasi. Masyarakat umum bukan sahaja mementingkan kebersihan tetapi juga soal halal dan haram.Kedai nasi kandar juga sudah melalui pelbagai perubahan.  Jika berkunjung ke Pulau Pinang ramai yang singgah di Restoren Kayu atau Restoren Pelita untuk menikmati nasi kandar dalam suasana yang lebih dingin dan selesa.
 
Sebagai 'orang lama' yang pernah bekerja di 'Tanjung' saya lebih seronok menikmati nasi kandar di kedai Simpang Enam, Kasim Nasi Kandar atau pun menikmati Meehon  Singapura (perasa kambing) di Craven A atau pun 'port' baru di Penang Road berhadapan Hotel Malaysia menikmati sup tulang cicah roti paun ;).
 
 
 
Nota:
 
Berahi: Suka melampau loghat Terengganu
Tanjung : Bandar Georgetown
Kacang : Sebutan penduduk Pulau keturunan mamak kepada sayur bendi
 

12 comments:

pB said...

dah lama tak makan nasi kandar ...

dulu masa kerja kat Penang , tiap tiap sabtu mesti makan ...

Pok Li said...

Mungkin aura nasi kandar di Pulau Pinang ada lain sikit.

Mak Wardah said...

Dah lama tak rasa nasi kandar, kalau pergi utara saya selalu singgah kedai Jasmeeen kat Changlun

Pok Li said...

Mak Wardah. Jauh tu...

Don Balon said...

Salam Pokli..

Saya pun peminat tegar nasi kandaq..
tapi di lembah kelang memang saya jarang sangat..kerna meragui ke'mamak'an kedai-kedai di sini..

kalau ke kedah..saya belasah je semua hehe

port kegemaran saya kalau di aloq staq royale la :)
kalau di sintok, subaidah la..
kebetulan pulak entri saya bulan Mac tahun 2009 pun cerita hal nasi kandaq ni..
sila click untuk mengenang kembali zaman gemilang blog dulu :)

Abu Aiman said...

Pok Li, saya pekena nasi kandaq kat food court alamanda 2 minngu lps. Tp takleh lawan di penang la...

Pok Li said...

Don Balon.
Terima kasih kerana cadang nama beberapa restoren. Mungkin boleh singgah. Mana rempah lagi kaw.... :)

Pok Li said...

Abu Aiman
Betul. Mana boleh lawan yang asli.

Don Balon said...

Pokli..

Royale la best..
kalau simpang kola tu pernah kami mai jauh2 dari sintok kena2 tutup pulak..
hangat hati kami belasah kat nasmeer simpang kola..tak best langsung..kuikui

Tapi pokli..
memang kebelakangan ni entri pokli selalu mengesankan di lidah hamba, hari tu teh arab dah jadi ketagih sekarang, hari ni pulak, sambil2 hantar mak saya injek cecair lutut di klinik kakak saya dekat Stadium Selayang, saya pun ajak mak, abang ipar dan anak bongsu layan nasik beriani di Restoran Al-Bidayah, dekat2 situ jugak. Perghh..kuncinya kena tahu campuran kuah yang saya dah formulakan semenjak zaman di Kedah lagi. Base dia kuah kari kepala ikan dengan kacang bendi, campur kuah kurma ayam sikit, kuah masala secebis dan kuah ayam madu sedikit. Saya makan dengan daging masala, pewwwwww.......

Alhamdulillah..

kasihibu said...

sya suka nasi kandar
masa duduk di langkawi dulu memang wajib makan di pokok assam
sedapnya...

Pok Li said...

Don Balon
Hebat resepi campuran itu

Pok Li said...

kasihibu
Jauh nak pi langkawi, putrajaya pun ok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails