Oct 26, 2012

Kenapa Menyusahkan...


Malam tadi di hadapan Restoren ‘mamak kembar’ Presint 9 saya terkial-kial mengundurkan kereta untuk keluar. Tapi tetap tak lepas. Sebuah kereta berwarna putih yang diletakkan di tepi jalan menghalang  ‘bontot’ kereta saya keluar sepenuhnya. Masuk kembali  dalam petak ‘parking’ untuk memberi laluan pula kepada deretan kereta yang melalui lorong yang sempit itu. Saya mengira ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali saya tersekat kerana kereta lain menghalang keluar daripada tempat ‘parking’.  

Walaupun dengan ‘kesabaran’ yang tinggal sedikit saya akhirnya berjaya juga keluar dengan ‘susah payah’. Saya anggap ‘puak-puak’ ini bukan sahaja lemah IQ tetapi juga EQ.  Kalau nak beli barang atau berhenti sebentar ‘timbangkanlah’ persekitaran kita. Adakah kereta kita menghalang laluan orang lain atau adakah cara kita meletakkan kereta tidak memakan ruang sehingga kereta lain tidak boleh masuk di parking yang separuh kosong.  

Bukan sahaja mengenai parking, tetapi juga  ‘hal-hal lain’.  Beberapa hari lepas saya telah menegur seorang pemandu wanita yang meletakkan kereta di laluan sempit di kawasan letak kereta bangunan pejabat di Seremban. “Puan telah menghalang laluan, …. puan telah menghalang laluan ya”. Dua kali saya lontarkan kata-kata itu dari cermin tingkap kereta saya yang terbuka.  Ia menerima teguran saya dengan senyuman.  Alhamdulillah.

Petangnya sekali lagi kereta saya disekat untuk keluar. Parking betul–betul di belakang bonet kereta saya. Berkali-kali hon kereta dibunyikan . Turun  seorang wanita yang berurusan dengan sebuah pejabat kerajaan. Manis senyumannya. “Kenapa tak telepon….?. Saya tak melayannya,  “Cepatlah puan, saya nak hadir mesyuarat”… . Dia masuk ke keretanya dan mengangkat sekeping kertas atas dashboard. Baru saya faham maksudnya. Tapi manalah saya nak belek kereta dia depan belakang, sedangkan waktu tu hujan lebat. Sekali lagi saya fikir kenapa menyusahkan…….. grrrrrrrh.

Nota:

IQ = Intelligence Quotient
EQ = Emotion Quotient

6 comments:

Amie said...

Fenomena begini memang selalu sangat saya lihat kalau balik KL...

nohas said...

Memang geram apabila kereta kena blok mcm tu, boleh dpt high-blood pressure jika selalu mcm ni..

Unknown said...

Salam Pok Li,

Biasalah...kat KL ni kalau kereta 'block' kita...pertama sekali cari nombor telefon...bagi saya memang mereka ni kurang EQ...pergi la park jauh sikit dan jalan kaki, dapat exercise dan tak menyusahkan orang...tapi nak buat macam mana...orang dah macam tu...

Pok Li said...

Anie
Mungkin juga merata-rata bila sudah tidak berjiwa harmonis

Pok Li said...

nohas
Ada masa menjadi kasihan....

Pok Li said...

Razali Razman
Kebiasaan orang Malaysia seberang jalan pun tak mahu jalan kaki nak naik kereta jugak. Perkara menarik yang tak menarik....