Abdul Muiz, ‘anak buah’ saya telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel seminggu yang lalu. Kelahiran seorang bayi melengkapkan lagi kemeriahan sebuah keluarga baru. Berkahwin dihujung tahun 2007 dan menimang cahaya mata diawal tahun 2009. Pasti seronok bagi seorang lelaki yang telah bergelar ‘ayah’. Pasti seronok juga buat seorang wanita yang sudah bergelar ‘ibu’. Berbulan-bulan mengandung, menahan jerih perih. Semakin hampir hari bersalin semakin rasa tidak selesa. Menahan kesakitan yang tidak terhingga terutama kelahiran sulong.
Saya sudah melalui kebimbangan dan juga doa yang panjang setiap kali isteri melahirkan ‘cahaya mata’. Kerana benih dan tanah yang subur, isteri saya bersalin setiap tahun, 1987, 1988, 1989, 1990 dan 1992. Lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, lelaki. Kata orang ‘selang bunga’. Setiap yang lahir mempunyai ragam yang berbeza. Alongnya paling berat 3.5 kg dan terpaksa di‘forcep’, Angahnya kuat menangis, siang, malam, Alang, mudahnya bersalin, Aciknya terpaksa dibedah, begitu juga anak bongsu yang melalui ‘tingkap’ walaupun hanya seberat 2.8 kg sahaja.
Sudah 17 tahun saya tidak melalui detik yang cemas itu. Sudah 17 tahun juga saya tidak merasakan kegembiraan mendapat ‘cahaya mata’. Melahirkan anak setiap tahun serta melalui proses sukar, doktor telah menasihati kami cukuplah dengan ‘lima orang’ itu sahaja. Sibuknya kami ketika mereka kecil. Jarak yang begitu hampir menyebabkan kami ada dua buaian untuk ‘melenakan’ mereka. Setiap malam hampir lima tahun lamanya kami terpaksa lebih berjaga dari tidur, kerana jadual menyusu yang rapat. Belum lagi dikira mereka merengek kerana ‘basah’. Waktu itu ‘pampers’ belum popular, kalau ada pun harganya mahal. Guna lampin yang diikat menggunakan ‘pin besar bewarna biru’. Kalau terlalu mengantuk kadang-kadang tercucuk pula ke perut mereka. Gemparlah sekejap malam itu. Belum lagi jika mengalami sakit demam. Ada yang perlu diasingkan supaya tidak berjangkit. Jika pergi ke klinik terpaksa semuanya kena dibawa. Hua, Hua, Hua.
Melihat mereka membesar, satu keseronokan yang tak dapat diceritakan. Mula dengan senyum dan gelak kecil, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan dan berlari. Lebih seronok apabila mereka sudah mula pandai bercakap, tit,tot,tit,tot.. Besar lagi sedikit mereka sudah pandai menyoal dan menyoal lagi… ‘Burung apa ?,……Burung Murai, burung apa? …Burung murai…burung apa?..... Burung Muraiiiiii……….…..
Tahniahlah kepada Abdul Muiz yang telah bergelar ayah dan isterinya yang bergelar ibu. Tahniah juga kepada pasangan suami isteri yang telah berkahwin dan kemudian dikurniakan Allah ‘anugerah’ yang tidak ternilai harganya itu. Kerana ramai juga sahabat-sahabat saya yang sudah melebihi 20 tahun berkahwin masih belum mempunyai anak. Ada juga yang telah mengambil anak angkat dari adik beradik, saudara mara, atau pun daripada Rumah Kebajikan. Apa boleh buat rezeki mereka tiada disitu. Apapun tak lupa juga untuk mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana mendapat ‘cucu baru’. :)

20 comments:
Proses mengandung dan bersalin memang kadang-kadang menakutkan. Dan saya masih tak dapat bayangkan bagaimana ibu saya melahirkan 10 orang cahaya mata dengan 9 kali melalui proses bersalin (ibu pernah melahirkan anak kembar). Saya yang cuma ada 4 orang anak ni pun rasanya dah cukup letih. Tapi memang betul kata Pok Li, melihat anak-anak membesar amat menyeronokkan sekali...berbaloi rasa menahan sakit bersalin..
sepatutnya tak ada komen sbb entry belum berkaitan. hua hua hua.
anyway, cerita menarik. cucuk perut dengan pin. aduh.
teringat seorang mus lelaki kucing yang sering kali ajak tengok anak dia, mohsin. rasanya mohsin dah kenal orang dah ketika komen ini ditaip, saya belum berkesempatan lagi ke sana. haih. segan pun ada. mus lelaki kucing jauh lebih muda dari saya sbnarnya. titik.
Pengalaman pertama menjadi ibubapa memang tak akan dilupakan. Rezeki kami lambat sikit, lebih 2 tahun baru dapat baby. Tak puas lagi cium bau baby, cepat aje membesar dah nak masuk 2 tahun dah. Memang cadang nak baby lagi, tapi tunggu abis study dan balik malaysia dulu lah, insyaAllah...
Tirana
Sesekali masa berlalu, tak terasa. Tapi bila melaluinya mak oi lamanya.
Razor
Tajuk biar gah, cerita mungkin tersasar. Trick tu.... :)
Azd
Semoga hajatnya tercapai. Apa pun selamat di perantauan.
saya jaga anak-anak sedara jer =)
salam Pok Li
semburunya biler bacer entry kali nih...aduss...tp takut pulak bler pk na kawen tuh..byk tanggungjawab n rasanya masa belum lagi seswai..he3x
dengan izin tuhan lagi 5 tahun maka berkahwen lah aiman..ha3x..
skang kter enjoy duluuu...
ha3x
alhamdulillah dan tahniah..moga menjadi anak yang soleh solehah..saya anak sulong dan kena forcep jugak.masih ada kesan tu kat kening sampai sekarang cuma tak jelas.Dan mata ni pernah senget sebab di forcep.alhamdulillah,berkat doa dan amalan selawat ibu,mata ni dah ok.em,kegmbiraan ibu bapa mestinya tak dapat saya bayangkan...ape pun ia mengingatkan saya untk menghargai keduanya...TQ:)
Salam Pok Li..seronokkan tengok anak mebesar dan terus membesar depan mata kita..lepas tu anak-anak tu beranak pinak dan tahu-tahu dah jadi YB Datuk...itulah yang dibanggakan oleh Ayah saya dulu bila bergelar Datuk...Tahniah lah Pok Li pun dah dapat title tu...
Burung apa Pok Li???
Semoga entri ini dibaca oleh golongan anak2. Agar mereka lebih menghormati golongan ibu bapa.
Pokli,
Saya pun insaf dengan pengorbanan wanita bergelar ibu..
Arwah mak saya, tiada galang gantinya.
Isteri saya, melahirkan 6 cahaya kami, dengan anak keempat, memang saya sambut dan berada di sisinya...
Susahnya melahirkan anak. Itulah sebabnya saya cukup marah orang yang melupakan jasa mak melahirkan mereka. Macam Yahudi!
Assalammualaikum dan salam ceria.....
Pok Li tinggal kat Jompol ko..wah sekampunglah kito...
Senyum dan ceria selalu..
firadila
http://firadilamotivasi.blogspot.com
Jawahir
Latihan yang baik
Aiman
Sunnah Rasul umur25 tahun.
Fahana Ann
Nasib baik anak sulung saya tak ada kesan serius
Habiha69
Dah tua ni dapat datuk lah Ustaz. Dah lama tak lihat burung murai :)
Civic Power
Insya Allah
Saudara Izuddin
Pengalaman berharga yang perlu dihargai.
Firadila
Terima kasih singgah. Caiyok. Ese orang Rantau :)
Pok Li...
Kelahiran anugerah Ilahi, amanah suci yang perlu dicorakan kejalan yang diredzai.....
Betapa bahagia ibu dan ayah yang menyambut kelahiran, menatap mata anak kecil, melihat ia membesar dan akhirnya menjadi insan berjasa pada tanah air, bangsa dan agama.
Malang kiranya.... anak itu lupa tempat tumpah darahnya, lupa bangsa dan menghumban jauh agamanya... Nauzubillah......
POK LI....
MURAI TU SAPA PUNYA BURUNG?
OHHH POK LI..BARU KAWE TAHU. HARAP GIATKAN USAHA UNTUK TINGKATKAN PRESTASI DAN KURANGKAN SENSASI
pokli dapat cucu?tahniah!!
cucu sedara?? tahniah buat pokli sekeluarga. hahaha
moga dimurahkan lagi rezeki hahaha
Boto kato pok li kerano yang beraso jo yang mengetahui nikmat dan sikso nyo.
selang bunga samerlarr kiterr pok li.. tp xlah setahun satewwww gitewwww.. yg paling keciq baghu setahun jagung tewwww.. uhuhu
Pak Pelandok
Berdoalah kita semoga generasi kita tidak termasuk dalam golongan tersebut
Otai
Terima kasih kerana pesanan itu. Murai tu tak bertuan lagi.
Budak Hijau
Terima kasih. Belum ada cucu betul.
Off Amir
Insya Allah akan sampai masanya untuk menimang cucu sendiri
Jejaka Terang
Nikmatnya dirasai apabila kita berjaya melalui cabarannya. Cayo lah.
en_me
Oh samalah kita. Gitewww. Seronok lagi anak kecil.
Post a Comment