Jan 10, 2009

Lapor Diri


Selepas ‘menggantung’ jari hampir dua minggu saya ‘melapor diri’ semula di ‘Blog Biso Bonar’ . Melapor diri ketika usia sudah selayaknya menyambut Jubli Emas mengikut kiraan tahun Hijrah. Saya hanya berdoa kepada Allah, semoga dikurniakan kesihatan yang baik, janganlah ditimpakan penyakit-penyakit yang kronik dan pelik-pelik, dimurahkan rezeki, keberkatan umur, keluarga yang bahagia. Begitu juga doa saya kepada kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai, muslimin dan muslimat seluruhnya. Semoga hari-hari mendatang kita dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan serta negara yang aman dan makmur. Berdoa juga semoga anak-anak saya yang sedang bertungkus lumus belajar akhirnya akan mencapai cita-cita dan impian mereka.

Tiada aktiviti ‘hebat’ sempena ‘Jubli Emas’ ini. Semalam saya hanya bersolat Jumaat di Masjid Hiliran, Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Masjid yang telah dibina pada tahun 1926, oleh seorang kaya bernama Haji Muhammad atau dikenali sebagai Haji Muhammad Kaya. Masjid dua tingkat ini masih kukuh. Artifaknya dan senibinanya bersendikan senibina Melayu Terengganu yang teliti dan halus. Kayu binaannya diambil dari pokok cengal yang terkenal bagus mutu dan ketahanannya. Masjid ini juga antara yang tertua di Terengganu, selain daripada Masjid Sultan Zainal Abidin atau digelar ‘Masjid Putih’ berhampiran Istana Maziah atau pun Masjid Kg Tok Ku berhampiran Cabang Tiga yang dibina lebih awal lagi iaitu pada tahun 1847.

Pada malam tadi saya sudah berkira-kira untuk ‘belanja’ isteri saya di Kopi O Bistro di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu. Restoren ‘harga patut’ ini baru sahaja beroperasi. Menunya agak simple tapi ‘menyelerakan’. Sudah lama kami tidak makan berdua. Sibuk sangat seminggu dua ini. Elok juga sesekali kami makan berdua diluar. Makan ‘rojak buah’ atau sepinggan Char Kuey Teow Penang, atau pun semangkuk Mushroom Soup dengan secawan kopi O yang enak rasanya. Itu sahajalah aktiviti sambutan ringkas hari lahir saya. Tanpa kek dan lilin. Namun apakan daya, ada urusan yang tak dapat ditangguhkan malam tadi. Mencuba sekali lagi malam ini. Moga-moga tiada aral.:)


Apapun permulaan tahun 2009 bermula dengan peristiwa berdarah. Gaza diserang oleh Israel. Beratus-ratus rakyat Palestine tercedera dan terbunuh. Dunia membantah, tapi Israel terus menyerang. Mereka menghujani bumi Palestine dengan ribuan serangan bom. Setiap minit mereka ketakutan. Bom disasar tanpa mengira tuju arah, hospital, sekolah, masjid, rumah dan rumah kedai. Israel menjadikan bumi Gaza sebagai medan ujian senjata tanpa rasa bersalah. Dunia Arab hanya melihat. Peperangan Arab-Israel telah menyaksikan mereka terus kalah, 1948, 1956, 1967 dan terakhir Perang Yom Kipur tahun 1973, dibawah pakatan Anwar Sadat, negara Mesir dan Syria menyerang Israel tetapi tewas dengan kehilangan sebahagian besar wilayah Arab. Kini tiada lagi pakatan bersama untuk menyerang Israel. Mereka takut dimalukan lagi. Dalam menghadapi serangan itu, Hamas dan Fatah masih lagi tidak bersatu. Sedangkan Tuhan mereka satu, Rasul mereka satu, agama mereka satu, bangsa mereka satu, tapi masih rela berqabilah-qabilah, berpuak-puak dan bersuku-suku.

Ketika di bumi Gaza penduduk Palestine ‘bercempera’ ketakutan di bom oleh jet-jet rejim Yahudi. Di bumi Terengganu juga sedang hebat berlangsung ‘perang’. Perang Pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu. Antara warna hijau dan biru. Jika mereka penyokong fanatik parti hijau, maka segala-galanya hijau. Masjid, surau dan rumah boleh dicat hijau. Hijau keretanya, motornya, tudungnya sehingalah keserbannya. Jika mereka fanatik parti biru, biru juga motornya, biru juga keretanya, baju,dan tudungnya. Melalui warna mereka boleh ditentukan penyokong parti mana. Sehinggakan kenduri kendaranya pun, air sirapnya berwarna hijau, walaupun belum pernah saya jumpa air sirap berwarna biru…. Begitulah warna-warni di Kuala Terengganu sekarang ini. Mustaffa Ali pula sudah menyatakan UMNO itu Fatah dan Hamas itu PAS. Lalu teruslah kita berqabilah dan bersuku-suku, walaupun Allah itu satu, Rasul itu satu dan agama itu satu……..


p/s Solat Hajat selepas solat Jumaat di Masjid Hiliran semalam untuk mendoakan kemenangan perjuangan Hamas di bumi Palestine pun tak ramai. Masih layakkah kita bercakap mengenai jihad dan perjuangan Islam…..

23 comments:

RY said...

10 hari dah, baru nak lapor diri ha...

ingt nak terminate dah..

huhu

smlm seluruh masjid buat solat hajat.

kat kg ni jemaah mcm tengah2 ramadhan..

berapa kerat je.

hmm

azlishukri said...

sama2 kita solat hajat...

HABIHA69 said...

Tak pe lah Pok Li mereka tu bukan tak nak solat hajat sama..mungkin sebok..dapat derma dan hulur dengan wang ringgit pun ok lah juga Pok Li....wah usia emas maknanya makin berharga tu...kena jaga betul-betul...lagi klasik lagi mahal Pok Li....

fahana_ann said...

bicara tentang perjuangan memang tak kan kesudahan.Layak atau tidak,kitalahs endiri yang memikir dan berusaha menepati apa yang dikata..
Takut dan bimbang dengan keadaan umat islam..

Pok Li said...

Razor
Bertapa untuk beberapa hari lagi.

Pok Li said...

Saudara Azli
Mudahan-mudahan kita mengerjakannya dalam masa yang terluang. Mohon pertolongan Allah.

Pok Li said...

Ustaz habiha
Mudahan-mudahan begitu..

Pok Li said...

Fahana Ann

Bimbang dengan umat Islam dan diri kita.....

Anonymous said...

Selamat kembali Pok Li...^_^

Nanana..ganu kite

p/s:Makluman Pok Li, sy dh tuka blog...

Tirana said...

Pok Li pun sambut harijadi jugak ke? Selamat hari lahir untuk Pok Li..semoga kehidupan Pok Li sentiasa diberkati Allah.

Lama Pok Li menyepi..Sunyi pulak rasanya..hehehe.. Lepas ni mesti banyak cerita-cerita yang mantap bakal menghiasi blog Pok Li ni.. Tak sabar nak baca...hehehe.. Apa pun teruskan menulis...

fahana_ann said...

betul tu pok li..kekadang terlupa pulak diri ni..hehehe..

Unknown said...

Salam Pok li,

Slmt kembali ke alam siber dan slmt menyambut jubli emas. Semoga pok li terus sihat.

Mengenai kisah Pok li kali ini, biasalah manusia berpuak-puak, berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza pendapat, berbeza pemimpin. Tapi janganlah sampai berperang-perangan. Mangsanya ialah orang awam dan kanak-kanak.

Pok Li said...

Jawahir

Semoga kekal beraksi :).

Pok Li said...

Tirana

Hari lahir Hijrah. Hari Lahir Masehi belum lagi. Setahun dua kali. :)

Pok Li said...

Saudara Razali

Insya Allah untuk terus beraksi di dunia siber. Hakikat manusia yang terpaksa kita terima walaupun kita maklum, manusia lahir daripada satu keturunan sepasang insan Adam dan Hawa.

CIVIC Power said...

Benor tu Pok Li. Kdg2 diri sendiri menipu diri sendiri. Kata diri hebat dan bagus, tapi bila tiba tuhan nak uji, masa tu baru nak kuar alasan macam2.
Agama kita satu tapi ramai buat jadi banyak kerana pemikiran da macam2.
Israel x akan tidur dan bersenang lenang jika umat islam masih berjalan di bumi ini. Jika bumi ada 24 jam kitarannya.. mereka israel akan melakukan segala cara mungkin menghancurkan umat islam dunia 25 jam sehari..
Tetaplah kita dalam islam kerana islam akan menang tatkala mereka cuba mengalahkannya..

BudAk hijAu said...

pok li..selamat panjang umur dan murah rezeki...

aik!!!

Anonymous said...

POkLi,amat meyedihkan kerana semenjak dr lahir lg saya dah didedahkan dgn krisis , penindasan dan peperangan yang melibatkan negara-negara di Timur Tengah ..Perang Teluk , igt dulu lagu yg mengisahkan tragedi di Shabra dan Shatila ? kenapa jd begini ?

Wahai rakan-rakan dan adik-adik ,
marilah kita belajar sejarah , ulangkaji sejarah Palestin sejak zaman Nabi Daud as 1000 sm, Nabi Sulaiman as , Perang Salib tahun 1099 , Perang Dunia 1,Perang Dunia ke2, kemudian kita kaji bagaimana pd 14 Mei 1948 pembentukan sebuah negara bernama Israel , sejarah Terusan Suez , sejarah negara-negara lain spt Mesir ,Syria,Libya ,Labenon ,Jordan ,Iran dll...bagaimana kaitannya dgn kuasa AS, Britain ,Perancis dan Rusia ..

harap JgN ada yg menyamakan PLO , Fatah , Hamas dgn mana-mana parti atau golongan di negara ini.

KrIsIS dan masalah Arab-Israel adalah masalah cukup sensitif kerana ia dilihat dari segi politik , agama dan segi geografi dan ekonominya.Akhirnya kita dapat jawapan kenapa AS jd gitu ( Obama ?? )Knp reaksi dr negara-negara Arab yg lain pun mcm kene tegur sang kelembai ???

Ikan // Perpaduan itu asas keamanan , muafakat itu tiang serinya .Bersyukur dengan nikmat kemakmuran , keamanan dan kebahagian yg kita kecapi hari ini. Semua ini hasil dari sejarah yg tlh terjadi di negara kita.SEJARAH TAK BOLEH DIPADAM TETAPI IA BOLEH BERULANG ... ingat !!!

Pok Li said...

Budak Hijau
Terima kasih

Ikan Emas
Terima juga kerana menambah lagi perngkongsian maklumat dan luahan di blog ini.

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamualaikum warahmatullahi wb buat 'pok li' yang sangat saya ingati lagi saya muliakan,

terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi berkngsi suara hati, kerana diwalaan cerita yang pelbagai, dimulai dengan 'doa' yang ikhlas,
kemudian cerita gembira,
kemudian cerita masjid lama,
kemudian cerita kopi 'o',
kemudian cerita penderitaan palestin,
kemudian cerita pembunuhan kejam rejim zionis israel lakhnatullah',

mana mungkin hati kita diam dan tidak memberontak kerana kita sudah menjadi saksi hidup kerana 'israel massacre saga' ini telah berlaku dizaman kita dan kita telah bersaksi,

yang diam hanya kita, yang memberontak adalah hati kita,
yang ingin difahamkan adalah melalui suara hati kita,

tanya diri sendiri sekarang (semua), adakah suara hati kita sama?

jadi siapa yang memiliki hati kita, setiap detik, setiap masa maupun setiap saat? apa lagi yang mahu kita dustakan?
bukankah kita ini (juga) termasuk didalam golongan orang-orang yang zalim (diri sendiri)

astag'firullahil'adzim,
mohon ampun dan maaf terlebih dulu kepada pokli,

"pok li, saya sudah tidak mampu bicara lagi,..."

en_me said...

hi pokli.. salammm jumaat

taman taman ilmu said...

"segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Subhanahu WaTaala,

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
(kepada tuan & puan serta semua rakan yang budiman, yang berada di Malaysia, Palestin & yang Muslim)

assalamualaika ai'yuhan nabiyyu warah matullahi wabarakatuh, (kepada Rasulillahi saw dan para anbiya yang terdahulu)

assalamualaina wa'alaibadillahisolihin,
(kepada sekalian malaikat dan sekalian makhluk yang mengerti dan kepada yang memahami)

shalawat salam kepada Nabi Muhammad Rasulillahi SAW serta kepada ahli keluarga baginda a.s dan para sahabat para anbiya yang terdahulu,

astagfirulahiladzim,..

tak jemu saban hari mendengar surah Al-Baqarah, Fusshilat, Al- Muk'minun, dll, dan membaca terjemahan2nya tentang bani israel untuk kefahaman diri dan demi masa,

renungan juga buat kita untuk sama-sama berkongsi dan memahami,

setelah kita sudah berusaha (dengan apa saja perjuangan) dan berdoa munajat kepada Allah SWT,

maka marilah kita renungkanlah kembali, sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya):

'Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman,
kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri,
sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w).
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka),
sehingga Allah datangkan perintahNya.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 109)


'Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman
(dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya),
maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan
(dengan kamu).
Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad)
kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui'.
(QS: Al-Baqarah, ayat 137)

Allahumma, Ya Allah, Ya Rabbal a' lamiin,

'rabbana aatina fid'dunya hasanah, wafil 'a 'qhiroti hasanah,
wa'qhina adza bannar,
wa'qhina adza bannar,
wa'qhina adza bannar,

insyaAllah,
salam hormat,
salam penuh kasih sayang,
taman taman ilmu

Anonymous said...

tumpang lalu..
salam pok li,
masjid hiliran sempadan dgn tok ku,
antara cabang tiga dan pulau kambing,
hidup didunia ni umpama roda lembu,
ada masa dipuja ada masa menunging.