Jan 26, 2009

TBC

Pagi ini baru saya ‘sempat’ (baca teringat) menghantar ucapan selamat Tahun Baru Cina kepada beberapa orang kenalan dari kaum Tionghua. Kaum yang terkenal rajin bekerja dan berusaha untuk memajukan diri sendiri dan masyarakat mereka. Bangsa Cina telah tersebar hampir keseluruh dunia. Hampir di semua negara yang mereka berhijrah akan ada Bandar Cina. Bangsa peniaga yang gigih. Tamaddun mereka sudah wujud ribuan tahun dahulu. “Tuntutlah ilmu sehingga ke Negeri China” merupakan hadis popular mengenai kewajiban menuntut ilmu. Mereka telah menjadi contoh teladan dan ‘kayu ukur’ terutamanya dalam pencapaian ekonomi kepada kaum-kaum lain di negara ini.

Tahun Baru China kali ini disambut pada Tahun Lembu atau Tahun Ji Chou. Tahun Lembu yang juga membawa maksud tersirat, perlu bekerja lebih kuat untuk mecapai hasilnya. Adakah maksud yang tersirat itu selari dengan ramalan dan jangkaan ekonomi dunia yang terus suram sehingga tahun 2011. Memanglah wajar kita terus bekerja kuat untuk menghadapinya. Ketika menonton Buletin Utama malam tadi ramai yang semakin terhimpit dengan suramnya ekonomi dunia sekarang. Satu pekerjaan sudah tidak mencukupi, terpaksa pula melakukan dua tiga kerja. Ramai juga yang sudah ditawarkan VSS malah berpuluh-puluh ribu lagi mungkin hilang pekerjaan. Langkah memberi atau cuti tanpa gaji untuk mengelakkan pembuangan kerja secara besar-besaran oleh sektor perkilangan perlu dipuji sebagai ‘tanggungjawab sosial’. Pada masa yang sama beribu-ribu lagi lagi akan keluar dari instiutusi pendidikan yang memerlukan pekerjaan, samada di peringkat menengah sehinggalah ke peringkat universiti.Apakah fenomena awal tahun 80an akan berlaku lagi. Fenomena meningkatnya pengganguran Saya tiada jawapannya.

Apa pun semenjak tinggal di Marang ini saya jarang berinteraksi dengan kaum Cina, kerana peratusan penduduk Cina amat kecil hanya lebih kurang satu ke dua peratus daripada 98,000 orang penduduk daerah ini. Mereka ramai tinggal di Pekan Wakaf Tapai, atau pun Pekan Bukit Payong. Di Bandar Marang boleh dikatakan hampir ‘zero’ penduduk Cina kecuali pengusaha Pasaraya Marang, sebuah bengkel aksesori kereta dan sebuah keluarga pekedai runcit di Kg Paya. Tiada lagi jiran-jiran Cina, sepertimana ketika saya tinggal di Kuala Pilah ataupun di Bukit Beruntung. Sehari sebelum ‘makan besar’ mereka selalunya datang ke rumah, menitipkan pemberian wajib buah limau serta ‘tit-bits’ seperti gula-gula, coklat dan kacang goreng. Begitu juga sebaliknya, setiap kali Id Fitri (sepatutnya setiap kali Awal Muharram), kami akan merebus ketupat dan membuat rendang untuk dihantar kerumah jiran-jiran Cina kami. Ada satu perkara yang saya pelajari. Semakin banyak yang kami beri, tahun hadapan semakin banyak pula ‘balasan’ yang kami ‘terima’. Mungkin budaya ini perlu ditiru, iaitu budaya suka’memberi lebih’ daripada budaya orang kita yang suka ‘menerima lebih’ :).

14 comments:

Tirana said...

Memang betul kata Pok Li..semakin ramai penganggur terpelajar sekarang ini.. Kadang-kadang kesian pulak pada anak-anak kita yang keluar U..belajar penat2 tapi tak dapat kerja. Mungkin kita kena fikirkan sesuatu untuk membendung masalah pengangguran ini.. Tapi yang hairannya..di kampung-kampung (di kampung saya contohnya) terdapat masalah kekurangan tenaga kerja untuk mengerjakan sawah... Orang muda-muda lebih suka berhijrah dan mencari kerja di bandar. Ini mungkin disebabkan pendapatan dari sawah tidak seberapa dan mungkin juga kerja sebagai pesawah tidak glamour..

Unknown said...

hehe..Pok Li

mcm kena batang hidung sy pulok

Sedih nih!!!

p/s:ni blog baru sy.Asek tuko blog jekan saya ni

en_me said...

me hantor kaum kerabat me sekolah cina.. volleeee gitteww

Anonymous said...

wah..rajin wat kajian yerk..

Prasert Chaipradit said...

Memang Cina ada di seluruh dunia. Bahasa Cina/Mandarin akan jadi bahasa penting dunia. Anak-anak kita kalau nak senang dapat kerja mesti dihantar ke sekolah Cina kerana syarikat Cina mengutamakan pekerja yang tahu bahasa Mandarin.

RY said...

haha.

duk terengganu, kalau x bandar2. mana nak cari cina pokli.

saya pun sampai skang takde kawan bangsa cina di tganu.

gondangmas said...

HALO POK LI,

salam TBC buat Hong la kalu dah tak dak kawan cina kat tganu tu...
kawan2 cina PRK P036 lalu spt Liu namPeng,Koh peng wong,Loh hung hing,kok sam ming dll ramai la Pok li...
apa pun tahun Lembu ni mesti kuat kerja dari menggembooh..booauh....ok tq

Pok Li said...

Tirana
Kita tidak mengangkat martabat petani kita sebagaimana orang Amerika dan Jepun mengangkat martabat peladang mereka. Peladang mereka golongan yang berilmu, kaya dan jutawan.

Jawahir
Ok. Saya update.

en_me

Bagus, gitewww.

Aman

Tq. Singgah

Mongkut

Lebih banyak bahasa lebih bagus.

Razor

Pun ada sorang dua :)

Cutokperol

Setuju

Aiman said...

hello n morning..

selamat tahun baru cina ya Pok Li..
Moga tahun ini kita sama sama (melayu n cina) mendapat kebaikan dalam kehidupan kita.

sejahtera ke atas kamu.

Pak Pelandok said...

Pok LI

Budaya Cina yang berakar dari leluhur tanah sebarang telah melalui asimilasi ribuan tahun dalam proses membina negara bangsa dan tamaddun.

Perjalanan sejarah yang panjang dengan sengketa, peperangan, penderitaan dan sengsara mengajar mereka erti kesusahan, harga diri dan kebebasan.... itulah yang menjadi bekal dan azimat ampuh untuk mengubah nasib dan menempa kejayaan.

Ini semua patut dicontohi dan diteladani, banyak yang boleh dipelajari dari budaya kerja mereka tu......

T/kasih Pok LI.......

BudAk hijAu said...

cayalah pokli..

hapPy CNY! :D

Pok Li said...

Offamir
Ya semoga negara kita aman dan makmur. Jauhkan sebarang bencana sebagaimana nasib umat Islam lain seperti di Palestin, Iraq dan Afghanistan.

Pak Pelandok
Yang baik buat teladan yang tak baik buat sempadan


Budak Hijau
Terima kasih. Caiyok.:)

jejakaterang said...

budayo membori ni satu amalan yang baik,selain dapek mengiratkan tali silaturrahim, iyo jugo dapek memperlihatkan budayo orang islam (melayu)yang y7ang ramah lagi copek mesro.syabas pok li

lutfi said...

Salam Pok Li.

Seperti yang kita tahu - Cina merupakan satu bangsa, yang menjadi antara tamadun awal dunia. Ribuan tahun, mereka berada di puncak, jatuh tergolek kerana tiada kesatuan dan korupsi, dan kini, mereka kembali mendaki ke puncak.
Ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada bangsa Cina yang bertebaran di seluruh dunia.


Antaranya, saya kagum dengan bangsa Cina di negara Cina. Mereka banggaa dengan budaya dan bahasa mereka. Dalam hal ini, orang di Cina tidak termasuk - kerana, saya pernah terbaca, orang Cina di Singapura mahu menjadi barat dan Inggeris sepenuhnya, khasnya orang muda mereka. Dalam satu kajian, anak-anak muda di sana mempersoalkan kenapa mereka dilahirkan sebagai orang Cina. Mengapa tidak sebagai orang puteh?

Hal ini menunjukkan beberapa perkara - Yang pertama, setiap bangsa di dunia ini, dianugerahkan Allah dengan budaya dan bahasa yang tersendiri. Selagi mereka mengamalkan budaya dan bahasa mereka, mereka akan menjadi manusia sejati, yang faham kewujudan mereka dan makna diri dan kebahagiaan. Tetapi apabila mereka mula menanggalkan pakaian diri bangsa dan bahasa, mereka akan menjadi orang lain.

Yang kedua - kita harus mempertahankan apa yang kita miliki, dan membangunkan apa yang ada. Kita tidak perlu menunggu mempunyai bilangan seramai rakyat Cina, baru mempunyai perasaan untuk berada di hadapan. Begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh, orang Yahudi, bilangannya hanyalah 3 juta di U.S. Tetapi, lihat kuasa mereka di sana.

Dalam hal ini saya teringat tentang satu metafora yang dibawa oleh Syed Naquib al-Attas. Al-Attas menganalogikan manusia yang kuat sebagai pohon. Pohon ini tidak akan berbah, tumbang ditiup angin perubahan dan boleh mengeluarkan buah dengan izin Allah untuk manfaat orang ramai. Untuk mempertentangkan analogi ini, al-Attas mengatakan orang yang lemah jati dirinya seperti pokok bunga di dalam pasu, yang sentiasa berubah-ubah kedudukan, hanya kerana mahu mengikut perubahan.

Renung-renungkanlah.
Salam