Feb 27, 2009

Bulan Dakwah


‘Bersolatlah. Masalah tuan puan akan selesai. Jagalah waktu solat tuan puan, pasti masalah tuan puan akan selesai. Hari ini adalah zaman generasi yang ramai tidak solat. Kerana itu banyak mat rempit, banyak juga mat rempuh. Hari ini juga zaman generasi yang tidak menjaga waktu solat. Kerana itu banyak masalah. Waktu zuhur pukul 1.23 petang, kita solat pukul 3.21 petang. Solat subuh pukul 6.07 pagi kita solat 7.06 pagi. Bagaimana masalah kita hendak selesai jika solat kita tidak sempurna dan selesai”.

“Lihatlah sejarah solat, bermula dari Nabi Adam solat dua rakaat diwaktu bumi masih gelap gelemat. Tak lama lepas tu matahari muncul, dan itulah solat subuh yang pertama dan Adam mendapat pengampunan. Nabi Ibrahim bersolat empat rakaat ketika tergelincirnya matahari sebelum menyembelih Nabi Ismail seperti yang diperintahkan Allah. Nabi Ismail akhirnya digantikan dengan seekor kibas. Itulah solat Zuhur. Begitu juga Nabi Yunus yang solat empat rakaat selepas keluar dari perut ikan paus. Kemudian berjaya dalam dakwahnya. Itulah solat asar. Begitu juga solat tiga rakaat oleh Nabi Isa yang dikepung oleh kaumnya, selepas solat tiga rakaat (solat Maghrib) ia diangkat ke langit. Solat Isya’ oleh Nabi Musa apabila ia tersesat di padang pasir. Selepas solat, Nabi Musa melihat ada cahaya dihujung padang pasir dan dia mendapat jalan keluar. Inilah bukti apabila mendirikan solat, selesai masalah-masalah yang mereka hadapi”.

Begitulah sedutan ceramah seorang ustaz di Seminar Kecemerlangan Diri sempena Bulan Dakwah yang sedang berlangsung sekarang. Banyak perkara yang dikupas, dari kesempurnaan solat sehinggalah kepada integriti, amanah, dan tanggungjawab kepada kerja, rumah tangga, pendidikan anak-anak, hubungan jiran tetangga, kesempurnaan dan kebahagiaan seorang muslimin dan muslimat. Sebahagiannya telah memberi motivasi dan iltizam baru kepada saya yang kurang ilmu dan amal ini. Sebahagiannya menjadi sempadan dan teladan. Begitu juga ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan untuk kita terus bermuhasabah........

Surah An-Nisaa’ Ayat 103 "Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang tertentu waktunya."

12 comments:

gondangmas said...

salam pok li.
betul la pok li, semasa saya menghadiri prog motivasi pelajar tahun 6 minggu lepas,drp 60 pelajar hanya 3 org sahaja yg tidak meninggalkan solatnya.
kalu gitu mai kita pakat buat kem/bengkel unt meningkatkan ibadat solat dikalangan remaja/pelajar/masyarakat kita.Dgn ni MALAYSIA PERKASA mudah diterapkan ke dlm kepala masyarakat sbb disiplin tinggi kerana tidak meninggalkan solat. aaminn...

Tirana said...

Terimakasih Pok Li kerana berkongsi ilmu. Solat adalah sesuatu yang amat payah kecuali bagi orang yang tinggi imannya. Orang yang tinggi imannya akan terasa betapa manisnya bersolat.

Peringatan untuk diri saya juga supaya mengerjakan solat dengan baik dan sempurna.

Abu Aiman said...

Salaam Pok Li,
Tazkirah yg bagus. Elok diadakan program2 macam ni lebih kerap. Kena pikir mekanisma macamana nak tarik minat golongan muda kita supaya tak semakin jauh tersasar.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Pok Li,

Tepat sekali!!

Terima Kasih atas ingat ikhlas dan amat benar ini.

Kita mesti solat dan dapat "ruh" Solat itu kita terjemahkan dalam kita mengharungi kehidupan seharian kita. Semua akan Selamat, InsyaAllah.

Unknown said...

Peringatan yang tepat pada masanya Pok Li...

Memang sekarang dengan kesibukan dunia memang payah dan menjaga masa solat...kena diingatkan yang mana lebih penting dan diutamakan

Kita yang kurang ilmu dan kurang amal ni memang baik diberi peringatan walau berulang kali.

Pok Li said...

gondangmas
Itulah generasi kita sekarang. Ibubapa seharusnya menentukan anak-anak mereka cukup solatnya. Jika ada diantara ibu bapa yang tak cukup solatnya. Generasinya gimana?

Tirana
Solat adalah tiang agama. Mereka yang sabar sahaja yang mampu mengerjakannya. Kelihatan ringan tapi amat berat.

AzD
Selain dari program begini, keluargalah yang penting untuk terus melaksanakannya secara istiqamah.

melayuangkat
Insya Allah

Saudara Razali
Kerja yang bertimbun, mesyuarat, temujanji dan perjumpaan sosial seringkali melekakan kita untuk menepati masa solat. Apa pun kita cuba sedaya upaya. :)

theblabber said...

pokli, makasih utk entry ini. sesuatu bermakna utk kita semua :)

Pok Li said...

Miezi
Terima kasih kembali

akuduniaku said...

terima kasih Pok Li

=)

nohas said...

"Solat yg kusyuk & faham mampu mencegah diri dari melakukan kemungkaran" - semoga tercapai matlamatnya, aaminn..

Anonymous said...

Assalammualaikum dan salam ceria Pok Li,

Kalau kita rasa 24 jam tu tak cukup, duit tak cukup dan macam-macam lah tak cukup tandanya kita tak ambil berat mengenai solat..Solat lambat lah, terlupa solatlah, sengaja tinggal solatlah...tapi kalau kita jaga waktu solat ni, apa sahaja sentiasa cukup termasuk cukup untuk tersenyum..hahaha...

Senyum dan ceria selalu..

en_me said...

hi pokli, salamm dr me dikejauhannnss..