Feb 12, 2009

Dunia Blog


Rasanya masih terlalu awal untuk blog ‘Biso Bonar’ menerima award ‘Interesting Blog 2009’. Tahun 2009 masih lagi berbaki sepuluh bulan. Dalam tempoh tersebut saya tidak dapat meramal masih adakah cerita-cerita yang menarik. Apa pun terima kasih kepada Tirana, daripada ‘berdozen-dozen blog’ yang menjadi pengikutnya atau di paut dengan blog ‘The Precious Moment’, dia telah memilih beberapa blog untuk menerima award ini. Terima kasih sekali lagi.

Adakah blog saya benar-benar menarik, tentulah bukan saya yang layak mengukurnya. Saya juga bukan penganalisis blog seperti blogger etomyam yang bukan sahaja mampu membuat penilaian terhadap ‘kandungan’ tetapi juga mengenai aksesori blog dan pelbagai lagi perincian yang ‘kedengaran’ teknikal. Begitu juga saya tidak mampu untuk memberi tip-tip yang membolehkan blog ‘ciptaan’ kita dikunjungi dan digemari ramai. Jauh sama sekali untuk menyaingi dan ‘terdaya’ untuk menandingi blog popular seperti Blog Che Det, Blog The Scribe Kadir Jasin, Kuda Kepang, dan Minda Tajdid. Sekadar beberapa nama dan ratusan lagi blog Malaysia yang mempunyai jutaan pengunjung dan ribuan ‘pengikut’ setia. Setiap entrinya ditunggu-tunggu, ulasannya dinanti-nantikan. Mereka juga ‘menagih’ ulasan-ulasan dari blogger tersebut berkaitan hal-hal politik, ekonomi, sosial dan agama. Mereka ibarat pemegang tali pinggang hitam tahap sembilan Dan..

Lima bulan berblog, saya telah meniti dari satu blog ke satu blog lain yang sebahagiannya telah saya pautkan ke blog “Biso Bonar’. Saya juga telah menemui banyak blog-blog yang menarik. Ada yang lucu seperti blogger Rahimin Idris, ada yang begitu ‘istiqamah’ seperti Tirana, punyai pelbagai photo yang eksotik seperti en_me, cerita dunia ‘orang muda’ di kotaraya (Razor), Ustaz yang menyemai nilai agama dalam blognya (Habiha69) dunia pelaburan (Razman Razali), yang puitis (Aiman). Dunia pendidikan (Rahisam Ramli ). Kehidupan diluar negara ( AzD). Malahan puluhan lagi blog yang dipautkan ke blog ini mempunyai keistimewaan, pandangan, perspektif dan ideologi berbeza yang menarik belaka. Tidak terkecuali juga menemui blog yang tenggelam timbul, hilang jejak begitu sahaja ataupun blogger yang kerap menukar-nukar blog.

Dalam tempoh lima bulan juga sudah puluhan cerita yang dinukilkan berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan cerita-cerita seharian. Ada ketikanya saya menulis dengan pantas. Ada juga di tulis berjam-jam lamanya. Ada juga ditulis dan disiarkan beberapa hari kemudian. Ada yang tidak disiarkan langsung. Ada yang lucu dan saya ketawa sendirian. Ada juga entri yang sedih, ditulis dalam rasa sebak dan mengalirkan airmata. Saya percaya setiap entri mempunyai semangatnya sendiri. Ada yang dirasakan menarik, tiada komen. Ada juga entri kelihatan biasa-biasa sahaja tapi mencungkil nostalgia pengunjung dan mendapat komen yang pelbagai dan merangsang minda saya. Itulah dunia blog.

Pengikut blog saya juga bertambah dari bulan ke bulan.. Tidak ramai tetapi natijahnya penulisan yang santai dan ‘suka-suka’ ini telah bertukar kepada tugasan ‘rutin’ yang perlu digarap sebaik mungkin. Setiap tiga atau empat hari saya ‘berusaha’ menyiarkan satu entri baru, kecuali waktu-waktu sibuk. Mungkin saya telah ditakdirkan menjadi sebahagian ‘penduduk maya’ dari alam kehidupan sebenar. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger, pengikut setia blog ‘Biso Bonar’, pengunjung yang datang dan pergi, ‘pembaca senyap’ serta rakan-rakan di alam nyata yang sentiasa memberi komen dan semangat untuk terus menulis, walaupun angin jemu, malas, beku dan kaku itu kadang-kadang datang juga tanpa mengira waktu.………………………………….

16 comments:

akuduniaku said...

salam to Pok Li

terlebih dahulu salam perkenalan sekali lagi buat kita y hanya berkenalan melalui dunia maya ini.

he3x

betul kata Pok Li, sekarang sudah jadi kebiasaan utk menulis walaopon buntu..hahaha ;p

salam kembali

CIVIC Power said...

Hebat Pok Li

Dapat Award, teruskan menaip keyboard ya Pok Li..

en_me said...

tahniah pokli - keep it up.. tanpa kawan-kawan yg best-best macam pokli, saperlarr me yg inih.. kannns

Rahimin Idris said...

nanti saya tulis seriu2 ye bang? haha

HABIHA69 said...

Salam Pok Li..tahniah kerana dapat penghargaan di alam maya..mmg betul kadang-kadang tak tahu nak tulis ape..kan...semoga Pok Li terus menulis tanpa jemu...saya lah antara pengunjung tetap Pok Li ittew...Tahniah lagi sekali...Biso Bonar makin berbiso...

Tirana said...

Penghargaan yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan apa Pok Li tuliskan di blog ini sebenarnya. Banyak yang saya tidak tahu pada mulanya jadi tahu selepas membeca blog ini. Ilmu yang saya perolehi itu sesungguhnya tidak ternilai cuma yang mampu saya bagi sebagai balasan ialah sedikit rasa penghargaan dan terimakasih... Terimakasih banyak-banyak pada Pok Li..Mudah-mudahan Allah terus memberi kekuatan untuk Pok Li meneruskan penulisan yang bermanfaat.

Abu Aiman said...

Salaam,
Tahniah Pok Li, keep up you good work!

fahana_ann said...

salam pok li..hehehehe..bace entri ni memang nak tersenyum, tergelak bile teringat crita2 lawak penuh pengajaran..
saya pun tak sangka terjebak dgn dunia ni.dulu duk bace blog orang tapi belum faham apa itu blog..skarang, blog dah jadi salah satu saluran ilmu bermanfaat..sambil2 hilang tension dalam keadaan yang bermanfaat...tapi,untuk saya yg masih blaja ni kena kawal..tapi kekadang,jadi gian nak nulis..sebab..minat:)...

akuduniaku said...

salam

luper lak na timer kasey sb aiman amek background dr bolg Pok Li

he3x

time kasey..

salam lae

RAHISAM RAMLI said...

Salam Pok Li-entry Pok Li sentiasa dipenuhi gaya bahasa yang tenang, damai dan santai. Terasa seolah-olah mengembara ke mana sahaja tempat yang Pok Li pergi. TAHNIAH, meskipun tanpa award Pok Li tetap maintai.

jejakaterang said...

T A H N I A h

P O K

LI

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamaualiku warahmatullahi wb, pok li,

tahniah, 'award' diantara sesama kita, terimalah dengan hati yang terbuka, malu-malu kucing pulak pok li ni,

pok li,
mana yang lebih baik,

yang panjang atau yang pendek?


salam hormat,
p/s-makan bijirin oat, :)

Pok Li said...

Kepada semua yang komen terima kasih.

Zul rahman.

Terpulang pada tujuan dan kesesuaian. Ada perlu pendek ada juga perlu panjang. Bak kata pepatah, biar pendek langkah asal panjang akal :)

Anonymous said...

salam pok li

salam perkenalan..saya seringkali mengikuti blog pok li ni, tapi tak berkesempatan nak komen.

anyway, this blog are deserved to get the award..:)

Anonymous said...

tahniah Pok Li.
ermm...saya lah yang tenggelam timbul tu...huhuhu...

Anonymous said...

Tahniah Pok Li...award satu penghargaan dari teman yg menghargai perhubungan alam cyber ni...steady, suka baca cerita2 Pok Li