Feb 21, 2009

Masa Itu Tetap Tiba


Tahun 2009 baru sahaja bermula. Bulan Februari belum lagi sampai ke penghujungnya. Namun pagi tadi saya telah menerima empat sms dengan ‘isi’ yang sama. Kembalinya seorang lagi seorang rakan seperjuangan di Sik Kedah ke alam baqa. Al Fatihah.

Hampir saban tahun saya telah kehilangan seorang demi seorang rakan-rakan setugas. Ada yang pernah sama-sama melangkah masuk ke dunia pekerjaan. Ada yang pernah sama-sama berkursus, ada yang pernah sama-sama bekerja dalam satu pejabat, satu bangunan, satu daerah atau pun satu negeri.

Sesekali menoleh ke belakang ‘tersedar’ saya telah kehilangan ramai rakan setugas. Turut juga sedar bahawa umur saya telah berganjak dari satu sempadan ke satu sempadan usia yang semakin hampir kepada noktahnya.

Semoga rakan taulan, saudara mara, ibu-bapa, muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita tergolong dalam golongan yang diberi keampunan dan kerahmatan Allah. Amin.

p/s Rakan saya bukan wakil rakyat kalau tidak ‘meriah’ lagilah suasana politik negara.

13 comments:

Anonymous said...

Selamat malam Pok Li... semoga tabah menghadapi dugaan, yang hidup pasti akan kembali kepadaNya cuma kita tak tau bila... Takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya diucuri rahmat.

Pok Li said...

Begitulah doa kita. Selamat malam :)

Unknown said...

Semoga amalan kita mencukupi bagi menghadapi alam baharu nanti...

Aiman said...

semoga rohnya dicucuri rahmat...amin

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) said...

Salam... Jemput add & exchange link my blog : www.myadha.com

Tirana said...

Setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian.. Itu lumrah alam.

CIVIC Power said...

Semoga Pok Li dipanjangkan usia dan dimurahkan lagi rezeki..

Abu Aiman said...

Salam hujung minggu Pok Li,
Selama saya di sini, Mak Chaq & Pak Lang saya meninggal dunia. Sedih kerana tak dapat ziarah jenazah. Hidup mati ketentuan Ilahi...

Pok Li said...

Saudara Anuar
Insya Allah. Berdoa dan beramal.

Offamir
Mudah-mudahan

Saudara Mohd Adha
Terengganu jugok.

Tirana
Itulah juga janji Tuhan

Civic Power
Amin. Ya Allah.

AzD
Dugaan. Bersabar je lah.

en_me said...

aminnnn..

zino said...

sampai masa nya kita akan di jemput juga...

salam takziah kepada keluarga arwah... al-fatihah..

nazirul mubin said...

maju mundur di tangan kita

ikan emas said...

Alfatihah , moga rohnya sentiasa dirahmati Allah.
" BerIBADATlah sehebat-hebatnya tetapi jangan lupa DUNIAWI ,BEKERJAlah sepuas-puasnya tetapi INGAT jangan sampai lupa AKHIRAT "