Feb 19, 2009

Tak Makan Ke?



Selesai saja menghadiri majlis ringkas penyampaian komputer di Pejabat Daerah Marang kelmarin kami telah menikmati hidangan tengahari yang menyelerakan. Lauk-pauknya memang mengecarkan air liur, udang masak sambal, kepala ikan, ikan tenggiri masak lemak, ikan bakar, sayur kacang campur hati, ulaman, buah-buahan selain sambal Terengganu yang enak itu.

“Eh tak ambil lauk ke Li ?” pelawa ‘tuan pejabat’.
“Saya tak makan ikan tuan”
“Ikan lah sedap Li, saya kalau jumpa ikan segar di ‘pasar gharib’ saya beli tak kiralah berapa harganya. Walaupun orang kata ikan Terengganu mahal, tapi rasanya hmmmm.”

Sejak kecil saya sudah tidak ‘menjamah’ masakan ikan. Bagaimana sedap sekali pun rupa dan rasanya. Mungkin terpengaruh dengan ‘dongeng’ masa kecil bahawa ‘berudu katak’ itu sebahagiannya membesar dan menjadi ikan.

Walaupun saya tak ‘makan’ ikan tapi saya tetap ‘berahi’ makan berulam, petai, kerdas, jering, ulam raja, pucuk ubi, tempoyak, budu, jeruk binjai, gulai pisang, rebung, maman jeruk…………… Saya tetap mudah mencuba makanan baru, ada yang terus menjadi kegemaran saya dan ada juga yang tidak. Malangnya isteri saya pula tidak berminat dengan makanan yang eksotik ini. Oleh kerana selera kami yang berbeza-beza, maka selalunya hidangan kami terhad kepada lauk pauk yang biasa-biasa sahaja, ayam, daging, udang, telur, ketam, kerang, sayuran biasa, kobis, bayam,kangkung, sawi dan kailan. Sesekali menu kami berubah juga, itu pun jika adik beradik kami datang dari kampung :)

Perbezaan selera menyebabkan anak-anak kami menjadi ‘mangsanya’. Lingkaran makanan mereka ‘tidak kaya’. Sebahagiannya bukan sahaja tidak makan ikan, tetapi juga sudah tidak makan apa yang saya sukai tadi. Mereka sudah lebih terarah kepada makanan barat, spaghetti, burger, pizza, hot dog, ayam goreng tepung, bistik, aiskrim............... Malahan mereka lebih ‘mencandui’ untuk makan di KFC, Mc D, Pizza Hut dari Restoren Nasi Padang, Restoren Melayu atau Kedai Kopi biasa.
Yang sudah lama teringin nak makan daging salai masak cili padi campur pucuk ubi ialah.......Pok Li :(
Nota:
Pasar Gharib - Pasar Terbuka yang dibuka waktu petang hingga hampir maghrib.
Berahi : suka

25 comments:

Tirana said...

Pok Li..suami saya pun agak terhad makanan yang dia makan. Ikan pun tak banyak jenis ikan yang dia makan. Saya pulak tidak memilih tentang makanan. Selera memang berbeza dan betul kata Pok Li, anak2 jadi mangsa. Bila saya masak resepi yang agak pelik sikit, cuma saya sorang aje yang makan. Tapi jika tidak diajar mereka makan, sampai bila pun mereka tak akan makan. Kadang2 kena paksa makan..hehehe..

FARYN said...

anak2 pokli bley gang ngan saya. mak selalu bising bila masak gulai lemak cili api,sayur2 pelik tapi saya dan adik2 tak mkn...siap ckp camni lagi, tu selera org tua....hehehehe..

bukan tak diajar mkn semua tu, tapi tak boleh nak telan..

Rahimin Idris said...

ikan kelah pekasam kalau sarapan dengan pulut tawar memang sedap. tapi kalau tak makan ikan tak pe. ada rezeki lain.

daging kijang salai pun sedap buat gulai lemak. tapi susah nak dapat ni. jarang2 sekali merasa la.

en_me said...

me tak makan ikan keli one uoolsss.. ehehe

Abu Aiman said...

Salaam Pok Li,
Entry kali ini memang mengecurkan air liur, nasib baik satu gambar aje. Asal dari negeri yang berbeza, saya dan isteri makan makanan2 'baru' setiap kali balik rumah mertua. Betul, generasi sekarang lebih gemar KFC, McD dan lain2 'fast food' yang semakin sebati dgn kehidupan harian. Tabiat makan kalau tak dikawal, silap2 in the future kita akan 'take over' Australia menjadi negara paling 'obese' di dunia.

zino said...

pokli
zino kalau teringin nak makan gading salai pegi ke mardi sana... bila balik miting dari putrajaya tu terus lencong ke mardi hehe

orang ganu memang tak makan ikan.... dia orang makan ikangggg hehe

sorry ya org ganu gurau je..

Pok Li said...

Tirana
Nasib ada juga anak yang tinggal diasrama. Mungkin itu membantunya untuk merasai makanan yang tak pernah dimasak dirumah. Anak perempuan saya kedua saya cukup suka makan ikan keli.

Faryn

Tak apa. Selera tu akan bertukar bila dah berusia macam Pok Li ni nanti :)

Saudara Rahimin
Suka memburu ke. Lama dah tak makan daging kijang yang manis tu :)

en-me
Saya lagi tak makan. Eiiii

AzD
Pengaruh makanan juga akan mempengaruhi jenis penyakit yang ada. Kini penyakit diabetes, stroke, jantung dah jadi biasa pulak.

Zino

Ado ko gading salai. Biar boto zino.:)

CIVIC Power said...

Hehe Pok Li.. teman slu makan megi aje.. nak masak lebih kurang x de sape nak makan..
Apa2 pun makan ulam nie baik untuk kita Pok Li.. boleh jadi awet muda juge..
Salam Pok Li

Anonymous said...

Assalammualaikum dan salam ceria Pok Li,

Kalau rindu nak makan gulai daging salai datanglah kat Nogori...sekarang ni bukan sonang nak jumpo bondo-bondo camtu..wah..

Senyum dan ceria selalu.

akuduniaku said...

salam

Aiman paling sukan makan ikan sebab ikan banyak protien untuk rambut man lebih lebat hahaha

Tapi, sejak duduk sendiri man lama tak makan ikan goreng y sgt man gilakan..gugugu (tader owg na masakan)..kempunan lah...

salam kembali..

Pok Li said...

Civic Power
Kalau makan maggi cukuplah tiga empat sudu. Macam alergik pulak. Lebih 'dia' keluar balik.

Firadila
Tinggal di KL saya selalu singgah di perhentian PLUS Nilai apabila balik kampung.

Aiman
Mari pulak terengganu, bukan sahaja ada ikan goreng, ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung pun banyak weh.

Unknown said...

salamz Pok Li

kabare?

sy ni duk tanya soklan sama memanjang

x sempat nak mengupdate blog

hehehe

kawen? seruan x sampai lagik...=)

Don Balon said...

Pokli..
pokli dok kene gula masang ppoyok ikang pating agi.. mari a temerloh keda pok usop hok tubik majalah3 due tige minggu lepas.. pieww..

Kami org pahang memang itula yang digilai.. :)

Aiman said...

LAPARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR
hahaha ;p

fahana_ann said...

lapar plak sebut makan2 nih..hehehe

nazirul mubin said...

slm..pok lie..hjung buln nie den blik nogori..nk suh omak den buek dging salai la..sodp me liur den dh ni tgok gmbr pok li..hehhe..jgn lupo bc bismillah sudh

nohas said...

Kalau ke T'ganu mesti nak mkn nasi dagang & keropok losong..lain dari yg lain..

Memang seronok to be adventurous in culinary world..one advice: shut down the thought and mental's eye,open your mouth and enjoyyy..

jejakaterang said...

sayo ni pok li tolak batu dengan kayu jea..

gondangmas said...

pokli,
anugerah tuhan tu,kalu dpt kecapi semua selera yg jelma.
sup belut,ikan siakap 3 rasa,sotong + kerabu mangga,gulai pisang nogori,gulai nangka+ tulang ikan kering pasar cbg 3 losong,(masakan haron kareya langkawi)puuih.. memang sedap pok li.
apapun medan selera kelulut pasti dlm ingatan.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Pok Li,

Masakan yang best sekali adalah masakan dari Negeri Sembilah.

Ha ha ha...

BudAk hijAu said...

perghhh!!kecur air liur dh nie.hehehhe..

Anonymous said...

mula duk kat sban dulu ,depa kata ikan sembilang masak goreng cili api..ohh rupa-rupanya org nogeri pgl ikan keli tu ikan sembilang jgk !!1kat kg teman ikan sembilang tu hasil dr laut, ikan keli tu dr sungai.
Di NS masak gulai lemak cili api ,ikan sembilang (keli) tu dibakar dulu...campur dgn bacang ,ke terung pipit ke ,belimbing ke , atau apa-apa je la.Makan sampai menangis !!( sb podeh giler )
Dulu aku pelik mengapa kat pasar sban org jual bacang/mempelam muda , rupa-rupanya nak masak dgn ikan/daging/ayam..Mesti PoKLi rinda dgn masakan NS.. Kjaan NS dah wartakan beberapa jenis masakan sebagai warisan/identiti negeri ,antaranya gulai lemak cili api , masak tempoyak daun kayu (stail NS) , wajik kesirat , apam johol ( sedap dan unik !!) , air janda pulang dan byk lagi.
Ada masa saya akan cerita keunikan masakan/makanan NS dan Perak dalam blog saya ..

Ikan emas : rindu dengan bahulu kemboja makchik nabon kat kg di Perak.

Pok Li said...

Jawaher
Kabarnya, waras, jawapan yang sama jugak :)

Don Balon
Kalau saya gi temerloh saya mungkin singgah, tapi ikan memang tak boleh pergi ha,ha,ha.

Offamir & Fahana-Ann
Laparrrr. Kena makan le :)

Saudara Nazirul
Makan untuk Pok Li samo. :)

Orang Bukit
Terengganu memang kaya dengan makanan yang enak. Lain negeri lain masakannya. Tu yang sedap merantau tu.

Jejaka Terang
Hebatnya selera.

Cutokperol
Kita acu tera cubo sekali.

Melayu Angkat
Betul.Betul.Betul

Budak Hijau
Saya dah lama mengidam nak makan tu. Kat Terengganu tak ada jual lah pulak.

Ikan Emas
Teringat pulak masa tingal di Kuala Pilah. Makan buah belulok masa bulan puasa, makan kepala kambing dekat 'kepala hidang' dan macam-macam kuih tradisional NS. Terliur tu.

Sidratul Muntaha said...

salam singgah pok li
hehhehe
ayu mm tak gemo mkn2 gaya pokli
laki ayu gemo ler
ikan mmg dia tak mkn
payoh nk make
daging salai sedap mkn mmg daging kijang
hehhe
asal blk durian tawo mmg merasa ler
tak daging kerbau tu,mesti daging kijang or pelanduk
kedai kak ngoh kat simpang tak jauh dr sek men keb mengkarak tu famous ler
sedap
smpai tunku aminah pernah buat shooting dan program makanan traditional rakyat pahang kat situ dulu
singgah2 ler yerk?!

Pok Li said...

Sidaratul Muntaha
Terima kasih le singgah. Teringin nak makan nasi kandaq pulak :)