Feb 9, 2009

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Pertama kali saya menjejak kaki ke Kota Bharu ialah pada tahun 1984. Masih bujang tapi sudah bertunang. Ke Kelantan mengikut kawan dan menyambut Hari Raya Korban di kampungnya di Palekbang. Hari Raya ke tiga menyeberangi Sungai Kelantan ke Bandar Kota Bharu dan membeli ‘kain songket’ untuk persiapan perkahwinan saya. Sudah hampir terlupa sama sekali wajah Kota Bharu yang saya ‘temui’ dahulu. Dua puluh lima tahun bukan waktu yang singkat. Seorang bayi seusia itu sudah besar ‘berdiri’ sekarang.

Minggu lepas sekali lagi saya ke Kota Bharu. Dari Marang ke Kota Bharu jaraknya hanya 193 km. Sekali lagi saya berdiri di tepi sungai Kelantan dan bermalam di sebuah hotel ditepi sungai ini. Mengingati nostalgia lama menaiki perahu penambang dari Palekbang ke Kota Bharu. Bezanya saya bukan ‘bujang’ lagi tapi sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang sudah besar. ‘Songket’perkahwinan saya juga telah ‘lupus’ ditelan masa.

Kota Bharu sudah berwajah baru dicelah-celah ‘calitan’ wajah lama. Bertandang bersama isteri dan ‘meronda’ ke Pasar Siti Khadijah, Pasar Buluh Kubu, Pasar Wakaf Che Yeh, KB Mall dan Pantai Cahaya Bulan. Menikmati juadah pantai timur yang enak dan manis-manis. Tak lupa juga nasi goreng yang ‘wow’ rasanya di KB Kopitiam. Membeli beberapa helai baju untuk dibawa pulang tanpa lupa sebotol budu cap ‘mahkota’:).

Pulang ke Marang melalui jalan pantai, Tok Bali, Kuala Besut, Rhu Sepuluh, Batu Rakit menghala pantas ke Kuala Terengganu. Perjalanan yang santai meredah petang yang panas, sepanas pergolakkan politik di Perak yang bergelojak….. puuuhhhhhh…. yang 10 bulan dahulu berlaku juga di Terengganu. Sejarah sering berulang, ulangannya mungkin cepat mungkin juga lambat. Apa pun saya telah menjejaki sejarah ‘silam’ di Kota Bharu :)

24 comments:

FARYN said...

entry pokli kali ni bikin saya rendu hendak ke KB lagi...hehehe

Pok Li said...

Kalau ke KB jangan lupa singgah ke KT jugak

Bonekahati said...

Salam Pokli..
apa kabar?
huhuhu dtg KB tak bagitau kita.
Hotel Yg dekat sungai tu dekat jer dgn BuTiK KiTTuN. Lain kali kalau berpeluang dtg KB jgn lupa contact KiTTuN.

Pok Li said...

Kittun
Insya Allah, Jika ada kelapangan saya akan sampai lagi ke KB. Insya Allah kita jumpa.

en_me said...

nostalgia kannns..

Pak Pelandok said...

Pok Li...

Kota Baru Tanah Sekebun Cina

Hak Melayu tapi Cina punya....

Sampai Hotel pun nak berpolitik....

TV 1 dan 2 di blok....channel Astro do on lak tu..... Islamik apa gaya tu.......

Jangan diperbodohkan rakyat......

Unknown said...

Slm Pok Li,

Dengar cerita Pokli...terasa macam nak drive pergi Kota Bharu ikut jalan pantai...

zino said...

salam..
saya last ke KB tahun lepas...

akuduniaku said...

salam to Pok Li

KB ker Kt ker kiter sumer rakyat Malaysia

he3x

salam kembali

Unknown said...

tahun 1984, saya baru melihat dunia

tahun tue Pok Li dh tunang erk?. Aiseymann...

Sy dulu g KB, melawat Mursyidul Am Pas, sesaje menziarah dan bersolat subuh di masjid sebelah rumah beliau diimamkan oleh beliau sendiri.

nazirul mubin said...

oh memg best ek kltn..x ponah poie laie

Bonekahati said...

Welcome All to KB...
KiTTuN sedia menanti..
hehehe..!
Pokli dtg lagi KB tau..
teringin nak kenal Pokli sekeluarga.

CIVIC Power said...

Kenangan ni Pok Li..

HABIHA69 said...

KB memang dah maju kan Pok Li...banyak Pok Li abis duit beli belah? Tak beli Songket untuk kali ke dua ker?...hu..hu..hu

wanita mutalib said...

salam pok li
salam kenal

saya dulu pun belajar di kelantan..
masuk tahun 2000 habis 2003

2003, itu kali terakhir saya kesana..

2008, saya ke sana atas urusan kerja..
memang dah banyak perubahan..
hati pun jadi sebak, sebab banyak sangat kenangan dekat kelantan..

manis pahit....

itu baru 5 tahun..

tak dapat bayang kalu pok li yang dah 25 tahun tak kesana..

:)

Pok Li said...

en_me

Nostalgia ini enak walaupun ketika melaluinya pahit, betul tak kang me

Pak Pelandok
Janji ada TV3 :)

Saudara Razman
Mari lah sesekali ke Pantai Timur. Saya lebih suka memandu dari terbang :)

Zino
Salam kenal, banyak beli batik sutera ke?

Aiman
Biru ke, Merah ke, Hijau ke semuanya rakyat Malaysia dialog filem apa ye?

Jawahir
Kini Jawahir dah besar 'berdiri' :)

Nazirul Mubin
Jalan-jalan le, jauh perjalanan luas pandangan

Kittun
Insya Allah sekali lagi :)

Civic Power
Ya lah. Hanya tinggal kenangan

Habiha69
Beli songket untuk anak pulak :).

Aku Wanita Itu

Salam Kenal jugak. Tempat jatuh lagi kenang apatah lagi tempat bermain.

Tirana said...

Saya tinggal lama di KB lebih 5 tahun. Memang seronok tinggal di sana, tenang dan aman rasanya cuma yang tak tahan, makanannya yang tak serasi dengan selera saya, air paip yang kekuningan dan kebersihan yang agak kurang memuaskan (mungkin sekarang dah semakin baik agaknya)

fahana_ann said...

hem,menggamit memori dengan insan tersayang pastinya sangt seronok:)..semoga bahagia selalu:)

Unknown said...

Pertama kali menjejakkan kaki di KB, pada tahun lepas. Rasa hati mahu ke sana lagi, tetapi taubat tidak akan memandu kereta ke sana lagi. Terus demam dibuatnya!

BudAk hijAu said...

sejarah mingkin berulang pokli. :D

Aiman said...

to Pok Li

satu saya suka pasal kelantan ialah perpaduan antara sesama mereka..fuhhhh

dasyat..

Anonymous said...

KB dah berkembang sekarang nih..tapi kalau nak tips kat mana dapat kain dan tudung murah...he heh kawan boleh bagi

The Island of NAMOYAKI, said...

salam pok li,

perjalanan,

perjalanan itu berbagai-bagai kan?

namun, sepanjang perjalanan pok li,
apa pula penyesalannya,


maaf tuan, saja gatal nak tanya jugak,
nanti bila dapat jawapan daripada pok li, dah tentu takut..

salam hormat,

Pok Li said...

Tirana
KB masih macam tu jugak, kebersihan masih belum sampai ketahapnya

Fahana Ann
Terima kasih

Anuar Manshor
Seronok bagi yang suka memandu.

Budak Hijau
Memang berulang, mungkin cara masa dan tempat yang berbeza.

Offamir
Setiakawan orang kelantan memang boleh di puji

E-tomyam
Bagi kat sini je bang.

Zul rahman
Memang perjalanan hidup ini penuh warna hitam dan putih. Sebaik-baik penyesalan ialah dengan bertaubat dan membuat amal soleh :)