Jun 10, 2009

100



Hari ini dan ketika ini genaplah sudah saya menulis sejumlah 100 posting. Penat juga, ’menghungap’ kata orang nogori. Apa pun saya bersyukur, kerana masih lagi terus menulis walaupun tidak serancak dahulu. Mungkin kejayaan ini tidak sebesar mana, tapi saya tetap berbangga dengan pencapaian ini, kerana menulis bukanlah mudah. Memang boleh menulis apa sahaja, tetapi bagi saya biarlah ia bermunafaat dan menjadi catatan sejarah kecil sepanjang perjalanan hidup yang saya lalui dan tempuhi. Apa yang dilihat, didengar, dialami dan yang saya fahami. Menulis blog hanyalah aktiviti santai yang menggembirakan, mungkin juga sebagai medan terapi minda dan emosi yang baik untuk kesihatan.

Banyak pengukuran kejayaan seseorang sering dikaitkan dengan angka 100. Perdana Menteri ke 6 negara telah dilantik pada 3 April lalu, bulan Julai ini genap 100 hari pertama pentadbirannya. Tunggulah ulasan dan analisis dari pelbagai pihak mengenai dasar-dasar yang dibawanya, terutama gagasan Satu Malaysia yang sedang hebat dipromosi sekarang. Adakah ’beliau’ akan mencapai KPInya.

Begitu juga bagi mereka yang berusia 100 tahun sekarang memang dianggap insan istimewa. Bukan sahaja kerana cukup ’asam garam’ melalui rencah kehidupan tetapi juga telah merentasi sejarah zaman, zaman penjajahan dan merdeka. Jika dia boleh menulis blog seperti kita sekarang, saya pasti dia mampu menulis mengenai kisah-kisah hidup para pejuang negara, seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman , atau intelek Melayu, Pendita Zaaba, Tok Kenali, Pak Sako dan kisah-kisah silam yang terpendam bagaikan ’karun’ sejarah.

Apapun saya sudah bersedia untuk menulis 100 posting lagi, sebagai satu azam, tanpa perlu menunggu tahun baru...................

11 comments:

en_me said...

tahniah pokli.. moga maju jaya sentiasa..

zino said...

tahniah..
semuga terus menulis dengan penuh keazaman..

Tirana said...

Tahniah Pok Li...dah sampai seratus rupanya..Semoga akan terus bersemangat untuk menulis.

Ahmad Belia said...

terus menulis bosss....

Brahim Nyior said...

Pokli, tahniah.

Moga panjang umur dan terus menulis. Pokli adalah antara blogger terawal yang saya kenali dalam penulisan blog selain Tirana, Mountdweller, Jinggo, dan beberapa orang lagi.

Saya suka penulisan Pokli, tulus dan bersahaja.

ikan emas said...

Tahniah,
tulisan PokLi lahir dari hati tulus ikhlas..teruskan semangat ini.
Benar'menulis dan membaca aktiviti terapi yang paling mujarab.
Ikan emas akan terus setia menyokong.

nohas said...

Tahniah, Pok Li..

Benar, menulis biarlah sesuatu yang bermanfaat samada untuk memberi pengajaran, peringatan & perkongsian ilmu dan pengalaman. Keep up a good work..

zara said...

Teruskan menulis Pok Li, sumbangan penulisan Pok Li juga dapat membantu menambahkan maklumat pembaca.

budak kecik said...

salam..

congrat pok li..=)..

Abu Aiman said...

Syabas Pok Li!!

Pok Li said...

en_me,zino,Tirana, Ammosham, Brahimnyior,Ikan Emas,nohas, zara, budak kecik,AzD. Terima kasih kerana menyokong saya. Selagi ada ilham Insya Allah saya akan terus menulis.