Jun 18, 2009

Hadiah Yang Tersimpan


Jika boleh diibaratkan seperti orang memberi kuih ataupun juadah, saya sudah ada tiga pinggan kosong yang masih belum berbalas. Dua bulan yang lalu blog ini telah mendapat sekali lagi penghargaan oleh blogger Tirana untuk kali ketiga. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Tirana. Walaupun kesibukannya bertaraf ’gaban’, dia masih lagi menjengok blog dan tulisan saya yang sudah semakin tenggelam timbul sekarang ini. Saya juga berdoa semoga Tirana terus sihat dan meneruskan keaktifannya berblog. Saya juga minta maaf kepada Tirana kerana lambat betul untuk menyiarkan pemberian hadiah diblog ini. Sekarang pun sedang mencari-cari tag yang belum dijawab. Mungkin ini tabiat buruk saya yang suka bertangguh (bukan semua perkara).

Saya panjangkan juga hadiah tersebut kepada 11 rakan-rakan blogger yang saya kasihi (bunyi drum)............

1.AzD
2.Memang Lumayan
3.Anuar Manshoor
4.Melangkah 2009
5.Ikan Emas
6.Zara Aluwi
7.Budak Kejam
8.Peluru-peluru Dari langit
9.Orang Bukit
10.Mati Pikiran
11.Sembang Berapi

p/s minggu lepas saya sudah turun dan balik kampung di Seremban. Sekarang saya sedang bersiap-siap lagi turun ke Kuala Pilah pula. Malam nanti saya pasti boleh makan daging salai lagi....... ha ha ha .

14 comments:

ikan emas said...

wah wah,..dgn penuh bangganya ikan emas ucap T.Kasih sb PokLi bg tag tu.

PokLi, lain kali kalau pompuan muda bg 'hadiah' tu copek2 le layan...

harap2 dpt jumpa PokLi kek Pilah.

ikan emas said...

PokLi,
ikan emas macam suke je nama 'Peluru-peluru dari langit" tu ..salam kat dia ek.

FARYN said...

Terima kaseh pokli...
rasanya blom terlambat nak ucapkan slamat hari bapa ;)


-budak kejam-

Tirana said...

Terimakasih Pok Li sudi terima dan mendo'akan saya. Memang saya agak sibuk sikit sekarang ni..tapi blog Pok Li memang tak lupa saya kunjungi kalau ada entri baru. Seronok baca..

Pok Li pun nampaknya makin sibuk..always on the move..kejap sana kejap sini...jauh perjalanan..hehehe

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

pok li, selamat hari bapa....

semoga pok li sihat sentiasa...

wak balik kola pilah...

teringat masak lomak cili api..

sodap....

nohas said...

Pok Li,
Terima kasih, xie xie, diatas award tu..

Dah tengok rumah pusaka Pok Li dlm 'Masak Lomak Cili Padi'..ada orang tinggal ke kat rumah tu? Ada water filter lagi...

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

apo yg biso skrang ni?

Abu Aiman said...

salaam Pok Li,
AzD tu saya ke? Hehe, terima kasih kerana sudi panjangkan award tu kepada kami. Nanti saya ambik yer.

memang kita kadangkala sibuk tahap 'gaban', kadang2 pulak rasa mcm takde keje (lama dah tak rasa mcm tu, huhu). Curi2 masa menjelajah blog kawan2.

Don Balon said...

Pokli..
Terima kasih amber ucapkan..
Insya-Allah amber laksanakan segera.. :)

zara said...

Alahai Pok Li...
Saya dapat award... bangga tahap gaban saya rasakan. Terima kasih.

Daging salai masak lemak cili api... itu salah satu menu yang akan saya masak untuk kenduri esok (Sabtu) di rumah ibu mentua. Alamat naik ler darah tinggi saya nanti...

zino said...

best balik kampong tu.. kek mano dapek daging salai.. makan kek nelayan segomban tu best kan hehe

theblabber said...

selamat hari bapa!! :)

Pok Li said...

Ikan emas
Kita dah jumpa pun. Terima kasih le hadiah tu. Hadiah maya dan nyata sama-sama seronok. Salam tu saya panjangkan kepada Ammosham.

Farynn
Terima kasih le. Sudah 22 tahun menjadi bapa.

Tirana
Begitulah kalau cari makan. Jauh perjalanan luas pandangan. Lama hidup banyak dirasa.

Gadis Kampung Separa Bandar
Terima kasih ucap hari Bapa. Untung kali ni turun Pilah, daging salai pun dapat makan, daging pelandok pun dapat makan. Mangai....sodap tu...

nohas
Rumah tu kakak saya yang menghuninya sekarang. Gambar dalam posting tu saya tukar dengan gambar rumag sebenar.

Otai
Biso dah jadi 'beso' pulak. Ha ha ha.

AzD
Hanya memanjangkan sesuatu hadiah sebagai ikatan silaturahim.

Don Balon
Itu pasti. Kerja bertangguh selalunya tak menjadi.

Zara
Bab masak cili api ni saya memang suka betul. Rasa nak makan hari-hari. Tunggu isteri masak sesekali je pulak. Dia suka kari. He he he .

Zino
Makan daging salai kek Restoren Perpateh, Kuala Pilah. Daging salai campur 'asam kumbang nyior'. Ghitewwww.

Mieze
Terima kasih. Tunggu Hari Datuk pula. Ha ha ha .

en_me said...

xpe pokli, me pass..