Jun 21, 2009

Kuala Pilah Jalan Senaling


Tiga hari lalu saya telah menziarahi ‘Pokan Pilah’, bukan untuk pulang tapi untuk bertugas. Pekan yang telah merakamkan perjalanan hidup kami sekeluarga selama 10 tahun. Dua dari lima orang cahaya mata kami lahir di sini. Mereka membesar bersama 'kemajuan' pekan kecil ini. Bersekolah di SK Senaling, sebelum Along dan Angah meneruskan persekolahan di sekolah menengah berasrama di Seremban dan di Kuala Kubu Bharu. Alang, Acik dan Afif pula tidak sempat menghabiskan sekolah rendah mereka di sini. Mereka telah mengikut kami berpindah di Bukit Beruntung, kemudian berpindah lagi ke Marang, Terengganu. Walaupun begitu, loghat Negeri Sembilan mereka masih tetap tebal, ‘telor’ Pilah. Hanya anak bongsu kami, Afif, yang bersekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu kini lebih fasih menyebut ‘makang’ dari makan. Begitulah ceritanya bila ibu bapa berpindah randah. Ketika ibu dan ayah masih lagi terkial-kial memahami dan mencuba loghat baru, anak-anak pula begitu mudah bertutur loghat tempatan ‘semacam’ mereka lahir di situ.

Cuma bila singgah di pekan kecil ini, saya tetap ingat pantun lama ‘orang pilah’ yang 'tersohor' itu. Saya perturunkan dalam loghat ‘nogori’.

Kalau nak tau podehnyo lado
Dibolah-bolah digiling-giling
Kalau nak tau banyaknyo jando
Kolo Pilah jalan Senaling

19 comments:

Tirana said...

Pok Li..

Di Kuala Pilah memang ramai janda ke? hehehe

budak kecik said...

salam..

selamat hari bapa pok li..=)

zino said...

selamat hari bapo pok li.. hebat orang pilah hehe

Abu Aiman said...

salaam Pok Li, Selamat Hari Bapa!

err, apa agaknya sejarah pantun ni kan... ekeke...

ikan emas said...

Dari Tampin den poge ke Pilah
Loteh den singgah Pokan Senaling
Awet mudo,kuat dan tak lolah
Tu hebatnya janda Senaling

hehehe..

en_me said...

ammvoiii pokli tewww.. berfantun fantun fulakkks.. ekeke

FARYN said...

dah lama tak pi senaling..hehee

Don Balon said...

Pokli..
koi pernah lalu senaling beberapa kali..
masa berlalu perlahan di sana.. :)
macam kampung koi jugak..

Unknown said...

Bertahun-tahun saya berulang alik JB-KL, tetapi bumi minang ini tetap asing dari diri saya. Mungkin saya perlu lebih menghargai kewujudan bumi unik ini.

zara said...

Biau bebeno, pantun tu pantun orang Pilah... nanti Pok Li kena hambat dek janda-janda situ hehehe...

nohas said...

Tak pernah sampai ke Senaling lagi, iyolah kek kpg2 dok ramai jando2, yg suami2 dah poie dulu..

faizalMS said...

sy penah lalu je kt Snaling 2,singgah xpenah..hehe..

Farah said...

wowwwww... sy x sangke 'Pokli' ade blog personal yang sgt3 menarik. hehhe. td bukak blog en zaidi, dpt links dr die lah... keep it up... hehhe. lps nih sy jd follower lah, abah afif (makang)

etomyam said...

teringat pulak lagu Blues gang, Poi Pokan...

Pok Li said...

Tirana
Tidak juga. Pantun ini hanya satu kisah silam mengenai penjawat awam yang bersara membina rumah di Pekan Senaling. Kebanyakkan suami mereka telah meninggal dunia selepas bersara. Tinggallah isteri mereka. Tapi ini telah berlaku puluhan tahun dahulu.

Budak kecik, Z
Terima kasih

Zino
Terima kasih. Banyak orang Pilah yang hebat. Salah seorang Timbalan Perdana Menteri lahir di Pilah.

AzD
Terima kasih. Selamat Hari Bapa juga. Sejarah seperti jawapan saya kepada Tirana

Ikan Emas

Pantun tu ok, tapi loghat tu belum lagi pior NS. He He He.

en_me
Sodap tuuuuuuu.

Farynn
Masih macam dulu jugak pekan kecil tu.

Don Balon
Ada beza sikit. Rumahnya berbumbung minangkabau.

Anuar Manshor

Saya juga tidak mahir mengenai adat istiadat dan juga adat perpateh di Kuala Pilah ini. Saya lahir di daaerah Seremban yang kurang pengaruh adat berbanding Kuala Pilah yang masih tebal dengan adat perpateh dan tanah adat.

Zara
Pantun ini memang dah jadi identiti senaling


nohas
Tak apa. Satu hari nanti akan sampai juga

instiutusiinsurgensi
Selalu singgah isi minyak sahaja

Farah
singgah le. terima kasih kerana singgah

etomyam
teringat lagu-lagu 'bongai'. lagu tradisi ns.

bungacahaya said...

Masak lomak ikan belido
Kalau tak podeh tambahkan lado
Yo ko senaling ramai jando
Skrg ni kek mano pun ado

Selamat Hari Bapa!

pilahDelphia said...

senaling ada kilang roti old school!roti bantal dia sangat sedap kalau cicah santan durian!

Anonymous said...

KEKASIH SAYA ORG SENALING..BARU JE SAYA LALU KAMPUNG SENALING 2 HARI LEPAS..TP TK SINGGAH PUN..TAKOTTTT..HEHEH..BILA AGAKNYE KEKASIH SAYA NK BAWAK SY JDI ORG SENALING--MAYA

Pok Li said...

Maya
Tahniah le kalau jadi orang Senaling - Ladanya pedas. Ha ha ha