Jul 23, 2009

Kedamaian Yang Luhur


Selepas menetap hampir empat tahun di Terengganu, hampir tiga per empat tanah Darul Iman ini telah saya jejaki. Dari Kemaman hingga ke Besut, bukan lagi asing. Sesekali kembali ke Pulau Pinang saya akan menyusuri lebuhraya Timur Barat yang berliku dan berbelit itu. Cuma minggu lepas saya memilih ’kelainan’. Saya ke Taiping bersama isteri dan Angah melalui jalan pintas Terengganu – Ipoh. Teruja dengan cerita rakan-rakan, saya memberanikan diri merentasi Bandar Kuala Berang, Tasik Kenyir, Felda Aring ke Gua Musang. Jalannya sunyi dan senyap. Hanya sesekali berselisih dengan kenderaan lain. Berbukit-bukau. Berliku, beralun dan berlopak. Dua jam perjalanan itu berbaur rasa seram. Isteri saya merungut-rungut kerana memilih jalan yang ’salah’. Nasib baik, sup tulang dan lauk pauk yang enak di Hentian Rehat dan Rawat Gua Musang itu berjaya menghilangkan keletihan saya dan rungutan isteri.

Tengahari itu perjalanan diteruskan lagi ke Cameron Highland. Membiarkan cermin tingkap terbuka. Udara sejuk dibiarkan menerjah masuk. Masih sejuk seperti yang saya nikmati puluhan tahun dahulu. Berhenti seketika dipuncak bukit, menghirup udara segar, sambil-sambil melihat kehijauan ladang sayur dan ladang teh yang ’melaut’ luasnya.

Akhirnya petang itu kami ’berlabuh’ juga di Taiping – Bandar Warisan. Sejarahnya 135 tahun dahulu, bandar bernama Kelian Pauh ini adalah pentas peperangan antara puak Hai San dan Ghee Hin, bertahun lamanya (1860-1874). Peperangan itu akhirnya tamat dan nama asalnya diganti dengan nama ’Thai-Peng’ yang bermakna – Kedamaian Yang Luhur. Patutlah malam itu nyenyak betul kami tidur he he he .

19 comments:

sharamli said...

tid0 nyenyak sbb letih sma k0t..hu3

nohas said...

Sekali-sekala tukar angin seronok juga, byk berjalan luas pemandangan..

Teman ni nama shj org Perak tapi selama ni tak pernah tau makna Taiping tu..TQ Pok Li..

Tirana said...

Pok Li..

Saya yang berasal dari perak pun tak tahu asal usul nama Taiping tu..Nasib baik Pok Li bagitau..hehehe..Cuba tanya AzD, dia tahu ke tidak sebab dia memang berasal dari Taiping..hahaha

zara said...

Wah... baguslah Pok Li, siap ingatkan sejarah lagi tu. Saya pun dah terlupa nama asal Taiping tu.

Memandu jauh-jauh ni memang memenatkan. Gilir2lah bawa kereta tu...

zino said...

oo itu makna nya hehe

Ahmad Belia said...

boss, sedap berjalan. sup ekor kat hentian gua musang tu sedap semacam.

Unknown said...

Org pempuan kalau x merungut, mmg tak sah. hehehe

Pok Li nya gmbr pun boleh jual gak =)

en_me said...

'yang luhur' bio bonar pokli tewww.. ehehe, salammm jumaat

Pok Li said...

sharamli
betul juga

nohas
Seronok melihat negeri dan budaya orang lain.

Tirana
Banyak tempat yang kita tak tahu asal usulnya. Perjalanan balik melalui Lenggong tak sempat singgah di penemuan manusia ribuan tahun dahulu. Lain kali lah pulak.

Zara
Saya suka mata pelajaran sejarah. CKisah-kisah lama yang banyak teladan.

Zino
Ghitewwww le.

Ammosham
Lain kali saya try pulak.

Jawahir
Biasalah. Sesekali merungut. tapi biarlah bertempat he he he

en_me
salam kembali en_me.

Abu Aiman said...

Salam Pok Li, tengok gambar je hati saya terus terjerit 'Tepeng!' hehe...

Betul lah tu kak tirana, 'aman selamanya'. Taiping memang banyak sejarah, banyak benda yang 'pertama'di Malaysia ada kat Taiping, mcm landasan keretapi pertama, muzium pertama dan zoo tertua.

AzD

razifembi said...

Salam Pokli

hahaha ..dapat merasai keseraman melalui jalan yang tidak pernah dilalui dan lenggang.

Mujur siang dak Pokli ... kalau malam mau Pokli tak pandang cermin pandang belakang dengan cermin sisi..

hehehe

saya tidak pernah lalu lagi jalan tu.

razifembi said...

lagi satu ...

jauh perjalanan tu.

dari terengganu ke cameron hingga ke taiping ...

berapa drebar nih..

Pok Li said...

razifembi
perjalanan penuh debar. Saya memandu seorang, saya suka memandu ghitewwww.

Khazaimi said...

Salam,

interesting blog.

Tenang said...

Hotel baru dah siap kat tepi Taman Tasik Taiping ( hampir dengan Zoo Taiping ). Duduk kat situ tenang rasanya, petang boleh joging kalau tak hujan.

Tenang said...

Hotel baru dah siap kat tepi Taman Tasik Taiping ( hampir dengan Zoo Taiping, ada Night Safari ). Duduk kat situ tenang rasanya, petang boleh joging kalau tak hujan. Tentu Pok Li akan dapat banyak ilham untuk menulis.

Tenang said...

Hotel baru dah siap kat tepi Taman Tasik Taiping ( hampir dengan Zoo Taiping, ada Night Safari ). Duduk kat situ tenang rasanya, petang boleh joging kalau tak hujan. Tentu Pok Li akan dapat banyak ilham untuk menulis.

Tenang said...

Hotel baru dah siap kat tepi Taman Tasik Taiping ( hampir dengan Zoo Taiping, ada Night Safari ). Duduk kat situ tenang rasanya, petang boleh joging kalau tak hujan. Tentu Pok Li akan dapat banyak ilham untuk menulis.

Tenang said...

Hotel baru dah siap kat tepi Taman Tasik Taiping ( hampir dengan Zoo Taiping, ada Night Safari ). Duduk kat situ tenang rasanya, petang boleh joging kalau tak hujan. Tentu Pok Li akan dapat banyak ilham untuk menulis.