Jul 28, 2009

Siapa Nak Tegur


Hari Selasa minggu lepas kami agak terlewat kembali dari Taiping ke Marang. Sepatutnya kami boleh bertolak lebih awal. Tapi kerana menunggu VIP yang lewat tiba, majlis penutup yang sepatutnya bermula jam 10.30 pagi hanya bermula jam 12.00 tengahari. Majlis yang meriah pada awalnya sudah hilang ‘umpphnya’. Tambahan pula ‘entah siapa’ yang asyik menjerit ‘TEPUK’............ apabila VIP melontarkan idea yang menarik kepada peserta-peserta kursus. Bukan sahaja menyebabkan jemputan terkejut, VIP itu juga turut tersentak. Cuma saya terfikir ‘siapa nak tegur’ ‘kelewatan’ dan ‘pekikan’ itu.
p/s Cukup 'tersiksa' bila terpaksa menunggu berjam-jam walaupun janji temu sudah dibuat.





14 comments:

en_me said...

menyamfahhh kanns..

sharamli said...

vip..mmg mcm tu..igt kita ni xde thp kesabaran gamaknya

pB said...

besor mana VVIP tu ???

sampai gitu sekali

Ahmad Belia said...

VIP ini mesti bukan anak raja. kalau anak raja tak lewat cam ni pasal polis ada...

ikan emas said...

Nak tegur saper?
VIP tu atau peserta ?
...vip - apa kata kalu kita teruskan je mjls tanpa tgggu VIP yg mcm ni,biar dia termalu.

...yg peserta tu, POkLi le jer yg tegur

Tenang said...

biar la dia nak menjerit 'tepuk' asal jangan pukul orang dah la. Mungkin semangat dia cukup kuat nak tengok anak bangsa menghargai setiap apa yang berlaku di depan mata.

nohas said...

Memang patut pun peserta tu buat do no je masa ucapan VIP, tidak menghormati masa org lain..mungkin juga VIP tu ada kes emergency (bersangka baik)..

Unknown said...

Salam Pok Li

Kalau lambat...mungkin ada alasan...tapi yang bab suruh orang tepuk tu (macam program TV realiti) rasanya dah melebih...mungkin bukan VIP sendiri yang suruh buat, tapi tukang ampu yang merancang sorakan.

Don Balon said...

Pokli..
dulu masa kerja di UUM koi masih ingat lagi TNC kena marah depan orang ramai oleh idola koi seorang pensyarah veteran yang selamba..
"Dah lambat tu satu hal, mintak maaf pun tidak??".......
kuikui

Tirana said...

lambat satu setengah jam...penantian itu satu penyiksaan..Tapi kalau duduk depan internet, satu setengah jam tu tentu tak terasa..hehehe

Abu Aiman said...

salam pok li,

Saya pernah kena baru2 ni, dekat dua jam tunggu. Pastu boleh mai tersengih dan mintak saya tolong upload presentation dia kat laptop. Pastu siap tanya 'patutnya mula pukul berapa?' Dah tau salah tu pandai2 lah mintak maaf.

Saya belum 'veteran', kalau tidak kena kasi laser jugak.. hehe

zara aluwi said...

Kadang-kadang tu bukan salah VIP. Orang yang membuat aturcara tak betul. Tidak periksa terlebih dahulu jadual VIP berkenaan. Sedangkan VIP ada acara ditempat lain untuk dipenuhi. Bila VIP lewat penganjur tidak pula memberitahu para jemputan. Maka terusiklah perasaan dengan kemarahan.

Pok Li said...

en_me
Ya . Ghitewww

sharamli
sabar aje lah...

pB
Tak besar mana tapi dah jadi Vip besar juga lah kot

Ammosham
Ha ha ha ha

ikan emas
Takut nak tegur. Sekarang orang banyak panas baran

Tenang
Buat kita hilang ketenangan ghitewww.

nohas
Biasa la kan VIP. Satu hari ada dua tiga majlis.

Saudara Razali Razman
Manusia ni macam-macam perangai

Don Balon
Berani nyer.

Tirana
Betul jugak. Satu jam tak terasa berlalu.

Abu Aiman
Memang kaki selamber lah tu.

Zara alwi
Yang ini saya setuju, penganjur selalu sorok

Wira said...

Moh bersalam dulu PokLi
koi baru menjengoh blog ni.