Aug 31, 2009

52

Pagi tadi mata saya tetap terpaku melihat ulangan persembahan 'sempurna' Sudirman (Allahyarham) di TV3. Sudah lama saya tidak menemui kehebatan persembahan seorang artis yang benar-benar ’Malaysia’. Penyanyi yang bukan sahaja patriotik, berbudaya, humor, tetapi begitu dekat di hati peminatnya tanpa mengira darjat, bangsa, agama dan keturunan. Penyanyi sekarang mungkin boleh menyaingi persembahan pentasnya tetapi bukan semangat dan kata-katanya. Antaranya menyebut; ”Kemerdekaan bukan (sahaja) membebaskan diri dari penjajahan, kemerdekaan juga membebaskan dari kemalasan dan kemunduran”. Beliau telah membuat persembahan dengan ’hati’ bukan dengan kepala.

Malam tadi ketika Sambutan Hari Merdeka Peringkat Daerah Marang tidak ramai yang hadir untuk bacaan tahlil dan doa selamat. Bendera hanya berkibar di bangunan kerajaan, sedikit di bangunan-bangunan kedai. Bendera di kereta pun sudah semakin kurang. Adakah kita sudah semakin ’malas’ dan semakin ’mundur’ untuk merayakannya. Malahan kita sudah lama tewas kepada warga ’negara jiran’ yang sanggup menjahit sendiri bendera ’merah putih’ itu setiap kali sambutan hari kemerdekaan mereka.

Apa pun saya tetap mengingati dan merayakan Hari Kemerdekaan samada ia sambutan ke 52, 53, 54........ dan seterusnya. Kerana setiap kali datang 31 Ogos ia juga adalah hari ulangtahun pernikahan kami. Merdeka. Merdeka. Merdeka.........

21 comments:

sharamli said...

salam merdeka p0k li

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

selamat menyambut kemerdekaan

dan

selamat ulang tahun perkahwinan

pok li,

al-lavendari said...

Salam. Orang lain kalau berkahwin ... rasa hilang kemerdekaan, tapi tuan merayakannya. Tahniah ... semangat semacam inilah yang kita hendak. Saya dulu kahwin pada 15 Ogos ... patutnya tunggu sampai 31hb macam tuan. Silaplah!

Selamat ulang tahun perkahwinan Pok Li.

Pok Li said...

sharamli
salam merdeka kembali. kibar bendera tak

Gadis kampung separa bandar
Salam merdeka dan terima kasih

al-lavendri
masa nak kahwin mungkin tak fikir pasal tarikh dah, apa pun terima kasih. Salam merdeka dan juga ulangtahun perkahwinan walaupun dah 15 hari berlalu.

Tirana said...

Selamat hari merdeka Pok Li dan happy anniversary..semoga kemerdekaan dan kebahagiaan kekal bersama Pok Li dan isteri.

Unknown said...

selamat hari ulang tahun perkahwianan pok li...

Abu Aiman said...

Syabbas Pok Li!

Selamat Hari Kebangsaan & Happy Anniversary!

en_me said...

ammvoiii pokli, anniversary ghitewww..

en_me said...

ammvoiii pokli, anniversary ghitewww..

ikan emas said...

Tahniah..happy anniversary.
Kuota tu dah tutup kan!!

Pok Li said...

Tirana
Terima kasih dan salam merdeka kembali

~o~
Terima kasih juga

Abu Aiman
Salam Merdeka dan terima kasih

en_me
Ghitewwww Ghitewwww. Terima kasih

Ikan emas
Terima kasih. Kuota tetap ada tapi tak akan guna kelebihan itewwww.

cucutokperol said...

salam merdeka 1 malaysia pok li.
celebrate wedding day kat pantai kelulut ke?
muram sambutan merdeka 2009 ni kerana cuaca musim puasa ni pok li...lagipun jalur gemilang tak diagih oleh jab.penerangan ,perpaduan atau kekwa(dulu).pejabat penerangan pun tak byk jalur gemilang yg dikibarkan.

yohteh said...

Merdeka...!!!

akuduniaku said...

wah! tahniah...

kalo merdeka da ke-52, Pok Li plak da ke berapa?

paperpon taniah!! =)))

bungacahaya said...

Pok Li td sey tgk cito Masak Lomak Cili Api. Tu ko drama yg shoot kek kg Pok Li?

Pok Li said...

cutokperol
Jalur Gemilang banyak dijual cuma nak free setiap tahun mana aci

yokteh
Merdeka,Merdeka, merdeka

akuduniaku
Lupa lak nak sebut ulangtahun ke 24

Bungacahaya
Betul dan itu juga rumah pusaka kami

zara aluwi said...

Rasanya apa-apa sahaja ucapan untuk mendoakan menuju kebaikan dikira masih belum terlewat.

Ya... saya mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan Pok Li dan isteri. Semoga dianugerahkan kebahagian berpanjangan dan berkekalan hingga abadi.

Pok Li said...

zara aluwi
Terima kasih. semoga doa kalian, makbul...

wanita mutalib said...

wah hepi ulangtahun perkahwinan pok Li :)

Pok Li said...

Wanita itu
Terima kasih. Semoga hepi selalu

Pok Li said...

Wanita itu
Terima kasih. Semoga hepi selalu