Oct 4, 2009

Bila Rumah Mula Tertutup

Sudah menjadi fesyen zaman kini. Setiap kali hari perayaan, pasti pula akan disusuli dengan 'Rumah Terbuka". Tak kiralah Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Sehingga beberapa tahun sebelum ini kita 'tersasul' pula menamakan Rumah Terbuka itu dengan Rumah Terbuka Depa Raya dan Gong Xi Raya. Sedangkan kita maklum bahawa agama Islam dan hari perayaan Islam lebih tinggi martabatnya daripada sambutan perayaan agama lain. Sebagaimana firmannya; "Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu,dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu."(al-Ma'idah 5:3).
Tahun ini seakan tidak ramai yang mengadakan Rumah Terbuka di Marang. Seingat saya tahun lepas setiap hari ada sahaja jemputan. Tahun ini kalau ada pun diadakan oleh parti-parti politik, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Mungkin juga faktur 'bonus' yang tidak seberapa atau juga mahu berjimat cermat. Lebih baik mengambil langkah bersederhana, daripada mengikutkan perasaan, 'Biar Papa Asalkan Bergaya'.

11 comments:

ikan emas said...

sian...ramai yg dtg beraya kat rumah tp ikan emas takde..

Tirana said...

Zaman dahulu, di kampung tak ada budaya rumah terbuka. Tetamu boleh datang bila-bila masa saja tapi di bandar ni nak pergi ke rumah orang kena buat appointment dulu takut tuan rumah tak ada.

sharamli said...

erm....plk tu kal0 nk ucap p0n...guna ucapan g0ng xi raya ngn depa raya jgk....

al-lavendari said...

tapi pok li kat kl dan seremban, baru nak mula buat rumah terbuka. agaknya minggu pertama, orang balik kg. minggu ke dua, orang puasa enam. lemang pun masih lagi di jual d itepi jalan arah ke Kuala Pilah.

sha said...

teingat hadis nabi..."SEBURUK-BURUK BEKAS ITU IALAH...PERUT"

Don Balon said...

Pokli..
Koi suka amat rumah terbuka ni sebab koi akhirnya berjaya juga masuk ke dalam rumah sebelah pagi tadi tanpa perlu memikirkan sebarang alasan atau topik perbualan..kuikui

nohas said...

Buat rumah terbuka ni jimat masa & tenaga, buat sekali panggil semua jiran2 sekampung/setaman,sdra-mara,sahabat-handai..anak tuan rumah boleh dpt byk duit raya..hohoho..

Tapi yg tak bestnye, org2 yg dtg tu cuma bersembang dgn org yg dia kenal jer..bersalam pun ala kadar je..tu yg malas nak gi 'open-house' ni..

cinta said...

Pok Li tak buat open house ke? Teringin gak nak merasa lomang orang nogori sembilan. hehehe

The Island of NAMOYAKI, said...

salam pok li,

tahun ini tak ramai orang buat rumah terbuka sebab faktor usia,

: usia bumi.

salam hormat

annie said...

Salam Pok Li, sey pun org nogoghi, Bahau, Pok Li kek mano?

Rmh sy kojap tutup, kojap bukak...

en_me said...

salam pokli tewww..