Sejuk. Malam lebih 'mencongkam' lagi. Siang dan malam sama sahaja. Hujan turun, berhenti, lebat, renyai dan kembali lebat. Kawasan rendah di Marang ini telah ditenggelami air. Kg Alor Wan Syed, Kg Kubu, Kg Temala, Kg Setar Kanan, Pengkalan Kuin telah ramai yang berpindah. Jalan di Sungai Serai, Sentol Patah, Paya Mengkuang, Batu 9, Kg Undang dan pinggiran Pekan Bukit Payong telah dinaiki air. Sebahagian jalannya ditutup, walaupun hubungan masih belum terputus. Orang ‘pantai timur’ nampaknya ‘kool’ sahaja. Anak-anak mereka masih lagi rancak bermain air. Pagi-pagi lagi dua tiga orang ‘pok cik’ dan ‘budok-budok’ sudah menahan pukat, menjala, atau menangguk ikan di sungai. Anak-anak muda pula meronda dan ulang alik membelah air dengan motorsikal mereka. Kegirangan mereka seakan-akan menyambut ‘pesta’ di musim hujan. Apa pun 1,500 orang sudah dipindahkan. Kasihan mereka ketika Hari Raya Korban menjelang tiba.
Sepanjang musim hujan ini tidur saya juga tidak nyenyak. Setiap kali hujan lebat saya akan terjaga. Sungai Marang di tepi rumah masih bertahan. Airnya sudah beberapa kali naik dan surut. Setiap kali hujan lebat airnya akan naik semula. Kiambang sudah mula membusut tersekat di laluan air. Jalan dihadapan rumah kami sudah beberapa kali tenggelam. Sudah beberapa kali juga kereta-kereta jiran terpaksa dipindahkan ke tempat tinggi, waktu dinihari, empat atau lima pagi. Pengalaman tahun lepas telah mengajar kami. Jangan ke mana-mana. Kami hanya menanti gelombang kedua ini berakhir. Bulan Disember ini akan datang lagi gelombang ketiga. Kami tetap tidak akan ke mana-mana. Tunggu dan lihat…….
12 comments:
Hujan...rindu main ujan...dok kampung makan ubi kayu sedap pok li..
~O~
Cicah kelapa parut ke. Meleleh air liur teman.
hujan2..mkn ubi kayu mmg sdp..
p0kli nk tunggu dan lihat smpai bila...
Bersiap sedia menghadapi banjir ye Pok Li..tahun lepas dah kena..tahun ni berjaga-jaga..
memang kool Pok Li..buat guano..dia mari gak..
Pok Li, selamat menyambut hari raya aidil adha.
Banjir2 ni kesian jugak kat bebudak yang tgh ambil SPM.
selamat aidil adha pok li. maaf zahir batin
salam pok li.
hari raya korban ada korban banjir kat tumpat ni..seorg budak 5thn kat kg simpangan..depan umah ambo pun air melimpah gak pok li.
harap kat marang tiada la korban banjir tu.
salam aidiladha pokli tewww..
sentiasa tabah. caiyuk caiyuk
siann kannns..
sharamli
Tunggu gelombang ketiga. Nasib tak besar macam gelombang kedua. Musim banjir sudah berakhir. Lepas ni lihat Monson Cup lak.
Tirana
Alhamdulillah tahun ini air hanya naik paras tangga aje. Tak masuk dalam rumah.
sha
Sabarnya mereka. Mungkin dah lalui bertahun-tahun lamanya.
Abu Aiman
Begitulah cabaran di pantai timur ni. Semoga mereka tetap berjaya
Otai
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Jemaah pun dah balik.
gondangmas
Tahun ni di Marang ragut tiga nyawa. Semua budak-budak lagi.
en_me
Selamat Aidil Adha juga. Siannn juga
Mak Su
Tabah tetap tabah. Kalau banjir tetap basah jugak
Post a Comment