Saya tidak pernah tinggal di luar negara. Kalau ada pun hanya sekadar beberapa hari dan kembali semua ke tanahair. Sudah tentu saya tidak mampu meneka perasaan mereka apabila bertemu dengan rakyat Malaysia selepas bertahun-tahun bermastautin di negara orang. Boleh jadi seronok sangat. Boleh jadi tak rasa apa-apa pun.
Kini saya hanya berada di negeri orang, Terengganu. Penghujung bulan ini genap empat tahun saya ‘membumi’ di Marang. Belum lama sangat tapi sesekali berjumpa orang ‘nogori’ saya rasa cukup seronok, Berbual dalam loghat ibunda terasa ‘kesodapan’ yang tak dapat digambarkan. Tidak ramai orang NS di Terengganu. Kalau ada pun terpisah-pisah. Tidak mengaku ‘orang negeri’ pun ada. Biasalah ragam manusia. Tidak menghairankan sangat, kerana yang tak mengaku Melayu pun dah ramai juga.
Apa pun mulai Oktober lalu saya sudah mendaftar sebagai ahli PEWARIS (Persatuan Waris dan Anak Negeri Sembilan). Terima kasih kepada Datuk Zaki yang menjadi pengasas dan pengerusi persatuan ini sejak tahun 2006. Walaupun persatuan ini tidak berdaftar tapi cukuplah sebagai wadah untuk menemukan lebih 300 orang ‘anak nogori’ di perantauan. Ada yang sudah merantau sehingga 60 tahun, berkahwin, beranak-pinak, bercucu dan bercicit. Ada yang sudah menjadi orang penting kerajaan negeri, pensyarah universiti, guru-guru, pengurusan tertinggi jabatan kerajaan, syarikat swasta, perbankan, pengusaha motel dan chalet serta klinik sendiri. Itulah tuahnya berhijrah.
Saya hanyalah sebahagian daripada mereka yang berhijrah untuk sementara waktu. Satu hari nanti Insya Allah saya pasti akan kembali juga ke kampung halaman, bagai kata perbidalan, sejauh-jauh seluang melaut, ke hulu sungai juga tempat kembali. Cuma kalau saya rindu hendak makan rendang dan gulai lemak cili api saya akan ke Kedai Kak Yah di Jalan Cerung Lanjut, Kuala Terengganu atau ke Restoren My Mum Nasi Lemak di Gong Badak.
P/S SALAM HIJRAH DAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1431H.
11 comments:
ammvoiii pokli tewww.. ke luar nogori ghitewww.. ehehe
en_me
Luar NS. Ha ha ha
betul tuh Pok Li...Hujan Emas di Negeri Orang.....Hujan Batu......
pok li..ambo rasa entri pok li kali ni ada kena mengena dgn 16 Dis 2009..ada gambaran yg pok li tak lama dah dok d marang. nak giii dah tuuu....ikut jejak juliana,cik ani,pn halimaton dan fadhilah..
ha..ha..ha.. betul tak??///
Mujur pewaris, bukan prowaris!
Mujur semenanjung malaysia ni tak besar mana. Agak2 nak balik kampung, boleh lg start enjin keta, jalaan...
Salam Maal Hijrah Pok Li.
sha
Orang sekarang lebih suka hujan emas di negeri orang. Tu pasal banyak sangat 'pati' dari Indonesia hinggalah ke Afrika
gondangemas
Entahlah tuan. Saya baru nak teroka pengalaman baru. Apa dia tunggu le nanti saya cerita pulak.
Anuar Manshoor
Persatuan itu golongan profesional yang besar wawasannya. Ini persatuan kecil, yang lebih banyak buat perjumpaan makan-makan aje :).
Abu Aiman
Jauh juga tuan. Dari Terengganu ke kampung sama lama masanya dari Jeddah ke Kuala Lumpur :).
kalau saya ke ganu boleh lah cari pokli nanti kita sembang negeri puas2 hehe
zino
Insya Allah. Semoga satu hari kita akan jumpo jugak :).
oooo..ado somangat kenogorian yo!!
kat NS ni ada ke persatuan anak Perak ke? nak join lah!!
ikan emas
itulah pasal.....
Post a Comment