Dec 18, 2009

Bola Hijrah

Hari ini adalah hari pertama tahun 1431 Hijrah. Bermakna sudah 31 tahun kita berada di abad ke 15 Hijrah. Peristiwa itu berlaku ketika saya sudah pun menetap di Kuala Lumpur. Ia jatuh pada 11 November 1980. Bagi memperingati tahun yang penuh sejarah itu saya telah membeli wang syiling kenangan Abad ke 15 yang dikeluarkan oleh Bank Negara dengan nilai $1.00.

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua rakan dan taulan, rakan-rakan blogger yang masih aktif menulis ataupun yang sudah ‘bersara’ tetapi masih rajin membaca blog rakan-rakan yang terus beraksi di alam maya ini. Doa saya semoga kalian dimurahkan rezeki, umur yang berkat, dikurniakan keturunan yang soleh dan solehah, kewarasan dan keluasan berfikir, mudah melaksanakan urusan dunia begitu juga urusan akhirat. Mudah-mudahan juga amalan tahun lepas dan akan datang sebagai amalan yang diredhai oleh Allah swt yang telah menciptakan langit dan bumi dan segala isinya serta menjadikan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Insya Allah semoga kita juga dikurniakan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Amin.

Kebetulan pula, selepas beberapa minit sahaja memasuki tahun baru hijrah, pasukan bola sepak negara telah berjaya mengotakan impian mereka untuk meraih pingat emas yang diidam-idamkan sejak 20 tahun dahulu. Sebagai rakyat Malaysia saya turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain bola sepak negara yang telah mengharungi perlawanan yang penuh getir sepanjang mereka berada di Ventiane. Sudah tentu nama K.Rajagobal jurulatih pasukan bola kebangsaan ini akan menjadi lebih tersohor selepas ini. Dari sebuah pasukan yang tidak diberi pengharapan tinggi tetapi kemudian pulang dengan membawa gelaran 'juara'.

Saya bukanlah peminat fanatik bola sepak yang sanggup menunggu berjam-jam di hadapan tv ataupun menghabiskan wang dan masa untuk menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium. Malah tidak juga bersengkang mata dan bangun pagi hanya semata-mata untuk menonton pasukan bola yang saya minati. Saya lebih berminat untuk menyaksikan permainan badminton daripada bola. Namun demikian saya tidak terlupa untuk mengikuti perkembangan bola sepak negara. Malaysia sudah pernah mencipta nama besar di Asia Tenggara sebagai pasukan bola yang digeruni dan disegani. Saya berkesempatan menonton siaran langsung Malaysia lawan German di Sukan Olimpik Munich tahun 1972. Walaupun Malaysia ketika itu tewas 3-0 dan menjadi pasukan ‘kerdil’ dalam kumpulannya, tetapi ia tidak menjadi ‘pasukan belasahan’ seperti yang terjadi kepada pasukan bola sepak Timor Leste. Malaysia tetap hebat sehingga setiap kali Pesta Bola Merdeka diadakan, Malaysia tetap unggul sebagai juara yang sering bertemu di peringkat akhir dengan pasukan bola sepak Korea Selatan yang sudah jauh majunya sekarang.

Pemain-pemain pasukan bola sepak zaman 60an sehingga 80an terus menjadi lagenda yang sukar dicari ganti. Nama-nama seperti Ghani Minhat, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Isa Bakar, M.Chandran, R.Arumugam (penjaga gol) dan Mokhtar Dahari adalah tonggak pasukan bola sepak negara yang sentiasa menjadi sebutan dikalangan peminat sukan ini. Budak kecil sehingga kepada orang dewasa, mereka tetap kenal dan kagum dengan ‘bintang’ tersebut. Hari ini saya sendiri tidak mengingati siapakah nama pemain-pemain bola sepak yang mewakili negara atau yang mewakili pasukan bola sepak negeri-negeri. Begitulah merosotnya pemerhatian saya kepada perkembangan pemain-pemain bola sepak negara seperti merosotnya mutu pasukan bola sepak negara selepas tahun-tahun 90an.

Saya tetap teruja untuk melihat semula kecemerlangan pasukan bola sepak negara seperti zaman saya kecil dahulu. Adakah penantian saya itu sudah benar-benar berakhir dengan menyaksikan kebangkitan dan kemenangan pasukan bola negara di Sukan Sea di Vietnam …………………….. Wallahuallam.

25 comments:

Tirana said...

Selamat tahun baru hijrah Pok Li...saya pun bukan peminat fanatik bolasepak..hehehe.

en_me said...

salam maal hijrah jugerr pokli tewww..

Daun said...

cantik la layout ni pok li

Pok Li said...

Tirana
Apapun tahniah jugalah kannn.

en-me
Sama-samalah kita en_me

Pok Li said...

Daun Bidara
Salam Hijrah. Terima kasih daun keladi.:)

Unknown said...

Salam Hijrah Pok Li...makin cantik pulak design blog Pok Li...

Pasal bola pulak...lama tak dengar pengacara excited macam semalam...malah kita peminat bola ni pun...lawan Laos ialah kali pertama saya tengkok Malaysia main dalam beberapa tahun...walapun masa saya kecik dulu selalu pujuk bapa saya pergi stadium merdeka untuk tgk bola

sha said...

Kemenangan di Laos memberi satu rangsangan yg positif untuk memulakan langkah tahun baru Hijrah...x gitu Pok Li

The Spiral Eyes said...

terima kasih atas doamu itu...aneh ya orang sanggup bersengkang mata tengok bola tapi untuk menolak selimut bertahajjud sungguh sukar sekali

sharamli said...

hu3..0rg kenal m0khtar dahari je k0t p0kli ..tu p0n tau nama je...0rg p0n xminat sgt b0la ni..

salam maal hijrah

ikan emas said...

Salam Maal Hijrah.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih syangnya buat PokLi sekeluarga.

PokLi, bolasepak kita ni adake pasukan pelapisnya ?? 2011 nanti boleh kekal emas lagi ke?

nohas said...

Salam Maal Hijrah 1431..Semoga kita semua beroleh keberkatan hidup & meningkatkan amal ibadah kepadaNya..

Saya masa sekolah rendah dulu suka tengok Pestabola Merdeka. Sekrg ni dah tak minat (dah tua) tapi gembira juga M'sia menang. Cuma tau pemain bola M'sia yg kembar..org Nogori..byk sgt cerita sensasi dlm akhbar..

Abu Aiman said...

Salam Maal Hijrah 1431.

bank negara patutnya rajin2 lah buat syiling peringatan mcm tu, depends on occasion lah.

btw, kellas la layout blog pok li nih ;)

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

pokli... salam maal hijrah

FARYN said...

salam maal hijrah pokli...semoga tahun baru ini lebih membawa keberkatan untuk pokli sekeluarga ;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

salam maal hijrah pok li

Unknown said...

salam maal hijrah pok li...

tahniah wat yg menang

Puteri said...

slm maal hjrah 1431

faiq said...

ade nmpk sya main x?

Mak Su said...

tahniah buat pasukan bola Malaysia

al-lavendari said...

saya juga ucap tahniah dan rasa bangga kepada pasukan bola sepak negara kita. saya lebih suka tengok boxing. tengok je !

sahromnasrudin said...

poi pokan..naik basikal, pok li..salam maal hijrah..

melayuangkat said...

Assalamualaikum Pok Li,

Selamat Menyambut Hijrah 1430 dan tahun baru 2010!

melayuangkat said...

Maaf Pok Li, Hijrah 1431!!

fahana_ann said...

salam hijarh 1431..teriam kasih juga untuk doanye..

jaka firmansyah said...

bagus sekali desain nya,

pasal bola pulak.. malah kita peminat bola ini pun...lawan Laos ialah kali pertama saya tengkok Malaysia main dalam beberapa tahun...walapun masa saya kecil dulu selalu pujuk bapa saya pergi stadium merdeka untuk tengok bola