Dec 9, 2009

Spedo

Ketika membeli setem bernilai RM0.30 sen di pejabat pos pagi tadi saya cukup tertarik dengan gambar ‘Fighter Spider’ dari spesies Thiania bhamoensis itu. Semasa saya kecil-kecil dahulu inilah ‘spedo’ yang sering kami cari, terutama musim cuti sekolah seperti sekarang.

‘Spider’ ini selalunya bersarang di daun palas atau pun di rimbunan daun pandan. Sarangnya dibina dari daun-daun yang digam kejap dengan benang halus dari perutnya. Hanya ‘spider’ jantan sahaja yang ditangkap. Tidak sukar untuk membezakan antara ‘spider’ jantan dengan ‘spider’ betina. Spider jantan di kepalanya ada tompok putih, spider betina macam gambar dalam setem itulah, kepalanya berwarna hitam. Ia kemudian disimpan dalam kotak mancis yang sudah dialas daun.

‘Spider’ ini kemudian akan dilagakan. ‘Spider’ jantan yang lebih panjang jangkirnya selalunya lebih kuat. ‘Spider’ jantan yang ditangkap bersama pasangannya pula dianggap lebih degil dan sukar menyerah kalah. Sekurang-kurangnya seekor spider boleh bertahan ‘berlaga’ sehingga lima kali atau enam kali. Setiap kali kalah ia akan dibebaskan semula. Setiap hari akan ada juara ‘spedo’ yang ditabalkan. Itu pun tidak akan bertahan lama. Esok akan ada lagi pencabar baru. Tiada pertaruhan seperti laga spider di Filipina. Ia adalah keseronokan budak-budak dahulu. Kini bukan sahaja permainan itu tidak lagi dikenali, mungkin juga ramai yang tidak tahu tentang kewujudannya.

14 comments:

Unknown said...

cam best setem nie...berminat nak beli nie

zara aluwi said...

Dah lama tak mengutus surat sebab itulah tak terlintas nak beli setem.

Nostalgia main spedo... habis anak mancis bertaburan.

Sidratul Muntaha said...

pokli
mmg takde laga spider ni kat kg ayu
tpi mesti laga kumbang tanah yg warna itam n beso ibu jari org lelaki dewasa

Abu Aiman said...

Sungguh mengimbas kenangan, tak tahu lah ada lagi tak spider ni sekarang kat belakang rumah. Hmm, nak kena beli macro lens nih, baru buleh tangkap gamba mcm dlm stem tu.

ikan emas said...

oooo...nakalnya PoKLi kita nie yer..
tak tau lak ada permaianan camni

Prasert Chaipradit said...

Dulu saya suka gak bab laga-laga ni. Laga kumbang, laga anak ikan, laga ayam, laga orang suka sesangat.

sha said...

nostalgia tuh...

Pok Li said...

~O~
Setem ini dijual sempena minggu setem Pos Malaysia mulai 7-13 Disember yang mengandungi empat spesies spider. Boleh le ke pejabat pos kepada penggemar sampul dan juga setemnya sekali. :)

zara alwi
Main juga ke. Caya la...

Sidaratul Muntaha
Wah menarik juga tu. Tapi susah nak cari kumbang tu. Tak silap orang panggil kumbang jati.

Abu Aiman
Kenangan yang tak mungkin kembali lagi. Apa pun selamat berfoto..

Ikan emas
Tak tau ke. Mesti anak emak ni kannn.

Prasert EC
Woww. Kaki laga tu...

sha
Betul. Betul. Betul..

Tirana said...

Pok Li..saya penakut dengan spider ni. Saya dulu2 main laga ikan pelaga.. Budak-budak sekarang mana reti main macam kita dulu2..sekarang permainan banyak yang canggih2.

ikan emas said...

PokLi,
nak bagitau ,kita pun boleh buat setem muka sendiri tau, p je Pej.Pos ,depa tangkap gambor kita n bayar RM20 sekeping..pastu kita gunakanlah utk hantar surat kat abuaiman tu!!!

hai said...

memang seronok..saya tumpang tgkkan je..tapi sepupu saya suka main lawankan semut merah ngan semut hitam(spesis yang besar)..selalunya dia gelarkan semut hitam tu amerika.yang merah tu jerman....

Pok Li said...

Tirana
Permainan sekarang sudah tidak kreatif dan murah seperti dahulu. Jarang sekali terjumpa budak-budak seperti permainan sekarang

ikan emas
Terima kasih kerana info.

hai
Mesti terpengaruh dengan cerita Combat ni

Mak Su said...

suka spiderman jer, 'ur friendly neighbourhood' ;)

Adinda Amy Sensei said...

salam pok li..

maceehh sudi singgah blog saya...