Dec 10, 2009

Chef Li


Sudah hampir benar ke hujung tahun. Tahun 2010 akan menjelma hanya beberapa minggu dari sekarang. Minggu ini kami akan berkumpul semula
Afif anak bongsu saya baharu sahaja selesai peperiksaan SPMnya. Alang akan balik dari 'Opkim', Pulau Bum-Bum di Sabah, Atiqah juga akan pulang
dari 'Opkim' di Arau Perlis. Angah sudah beberapa hari pulang dari Cyberjaya dan Along juga sudah beberapa bulan pulang selepas tamat belajar di Uitm.

Atas pemintaan anak-anak minggu ini sekali lagi saya akan turun ke dapur. Menunjukkan bakat lama yang sudah hampir berkarat itu. Minggu lepas saya sudah masak nasi beriani dan kari daging. Minggu ini tak tahu lagi. Masih berkira-kira. Boleh jadi nasi lemak kukus dengan sambal ikan bilis atau pun tomyam yang lebih wangi aromanya jika dicampur dengan lada 'capsicum'. Saya bukan pandai sangat memasak, tapi mungkin kerana pengalaman 'dolu-dolu', bila isteri bersalin atau sakit sayalah akan jadi penganti ibunya. Boleh jadi kerana itu agaknya anak-anak masih rindukan masakan 'Chef Li' itewwww.
Nota:
Opkim : Operasi Khidmat Masyarakat
Capsikum : Lada Benggala

19 comments:

Abu Aiman said...

Saya rajin ikut opkim jugak dulu, banyak dapat pengalaman.
Selamat memasak Chef Li ;-)

Unknown said...

terer pok li...respek la..

Pok Li said...

Abu Aiman
Kini dah tua ni terlibat juga dengan masyarakat yang pelbagai ragam tu. Terima kasih.

~O~
Sesekali. Kalau selalu letih woooi.

pecinta_Islam said...

hmm..bila membaca n3 ni sy mula menanam angan2 untuk menjadi seperti encik bila dh berumahtangga nanti.insyarallah..salam persahabatan
:)

ikan emas said...

Pokli,
bagi la resepi nasi lemak kukus dan nasi dagang yang sodap punyer !!

Pok Li said...

Ikan emas
Semua resepi saya pakai google aje. Banyak yang dah pakai perencah tak susah payah dah nak giling-giling, nak tumbuk-tumbuk.

Pok Li said...

syahbandar87
Terima kasih singgah.

sha said...

wahh..kalu dah kena "air tangan ayah" memang x bole lupa punya..

hai said...

suami saya pon cam pok li kalo saya dlm pantang..biasanya dia akan bercuti 2 minggu..tu la pasal anak2 suka masakannya!!yang penting pok li,masakan akan lebih sedap bila dimasak dengan sepenuh hati dan kasih sayang!!

en_me said...

hai nasi gorenggg.. ehehe

al-lavendaru said...

tak sangka Pok Li hebat masak. bertuah orang rumah. saya pulak spesis yang suka beli sendiri -kalau orang rumah balik kg ke !

al-lavendari said...

sori pok li ... al-lavendari jadi al-lavendaru. tulah jadinya kalau dah lama tak menaip.

akuduniaku said...

salam to Pok Li

WAHHHHHHHHHHHHHHH!!!! 8)

sungguh cantik blog Pok Li skam! hahahaha kewl sangat! syabas!

da lama ta aktif sb bz ngn exam n sebagainya! hehehehe =)

salam krismas buat Pok Li sekeluarga! kewl sangat blog Pok Li! =)

Pok Li said...

sha
Anak-anak nak manja sesekali.

hai
Betul dan jitu.

al-lavendari
memang suka masak dari kecil gitewww. Saya anak lelaki tunggal. Mungkin pengaruh kakak-kakak saya.

akuduniaku
salin kulit lah pulak. Tahun baru nak sampai.

Pok Li said...

syahbandar87
Insya Allah. Kalau kehendak pasti boleh.

zara aluwi said...

Anak2 memang suka bila ayah mereka yg memasak. Masa itu, masakan ayahlah yang paling best. Saya rindukan masakan nasi beriyani dan ayam kurma arwah ayah saya.

Pok Li said...

zara aluwi
Tempat jatuh lagi dikenang. Apatah lagi tempat bermain

Tirana said...

Pok Li, anak2 ni sebab diorang dah selalu makan masakan ibu, bila sesekali ayah turun dapur, diorang pun teruja. Anak2 saya pun macam tu. Kalau ayah diorang yang memasak, yang tak sedap pun habis licin diorang makan..hahaha..

Selamat ma'al hijrah buat Pok Li sekeluarga. Moga kita semua diberkati Allah sentiasa

Mak Su said...

waahhh, mesti lazat ni :)

salam maal hijrah