Dec 27, 2010

Cucur Udang, Murtabak Hindustan

Pagi hari lagi saya sudah memandu ke Alor Gajah. Menghantar Along yang masih gigih menyambung pengajiannya di Uitm Melaka, Lendu. Untuk beberapa tahun lagi saya dan isteri akan berulang alik ke Melaka. Ia seakan menjadi amalan rutin. Dahulu ketika kami menetap di Terengganu, dalam setahun beberapa kali kami akan turun ke Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah dan Matrikulasi Johor di Tangkak selain daripada Uitm Pahang di Jengka. Tahun-tahun berikutnya kami turun pula ke Jengka, UKM di Bangi, CUCMS di Cyberjaya hanya menjenguk anak-anak yang menuntut ilmu. Itulah masanya kami berdua ambil kesempatan untuk 'makan angin' dan 'bercuti'.

Kini saya sudah kembali dan menetap di Putrajaya. Rutin itu sudah berkurangan, kerana anak-anak yang belajar tinggal berdekatan, kecuali Afif di Uitm Puncak Alam.

Apa pun tahun 2011 kami akan kembali 'mengembara'. Meneroka sebahagian daerah di Melaka. Membeli kuih dodol atau pun belacannya.Cuma bila menelefon seorang kawan di Alor Gajah, dia pulak sedang sibuk menguruskan persaraannya pada 1 Januari 2011. Saya ucapkan selamat bersara. Tiadalah lagi kawan lama untuk bersama menikmati cucur udang yang enak di Medan Selera Pasar Menggong, Alor Gajah yang tersohor itu. Dia akan kembali ke Segamat.
Apa pun saya berpesan, kalau saya turun ke Segamat, pelawalah untuk menikmati 'Murtabak Hindustan' yang juga amat enak di Medan Selera, Jalan Sultan, Segamat itu.

Kepada rakan-rakan blogger. Salam Hijrah dan Selamat Tahun Baru, semoga murah rezeki dan bertambah keberkatan umur.


Nota:
CUCMS - CyberJaya University College of Medical Sciences

16 comments:

zino said...

samo la kito hehe

zino said...

entah2 meja sebelah hehe

Pok Li said...

Zino
Saya makan cucur petang semalam. Ada ke?. Ha ha hak.

zino said...

sama la tu hehe

sahromnasrudin said...

selamat tahun baru utk pokli jua..semoga cemerlang dlm apa jua bidang diceburi

Pok Li said...

sahromnasrudin
Sama lah kita. Semoga maju jaya tahun 2011 dan seterusnya

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Salam Pok Li,

dah lama tak singgah sini.

selamat tahun baru =)

Pok Li said...

Gadis Kampung Separa Bandar.
Datanglah dari mana-mana pintu pun. Saya tetap mengalu-alukannya. Selamat Tahun Baru

Admin P@P said...

Assalamualaikum.

Walau apa nama diberi, murtabak tetap sedap.

Rindukan murtabak sultan kat Kelantan...

TQ

Pok Li said...

Admin P@P
Saya baru kenal murtabak tahun 72. Masa tu darjah 6. Lambatkan. Budak-budak sekarang dah tahu sejak lahir lagi

abu lola said...

terus lapar le

Unknown said...

murtabak hindustan....cam menarik pok li...

Pok Li said...

Abu Lola
Ye ke. Alahai

Pok Li said...

jedi
Saya kalau ke Segamat sering singgah di gerai Jalan Sultan ini. Murtabaknya tebal order satu boleh makan empat orang.

Abu Aiman said...

Pok Li,
Lama saya tak makan pasembur mcm dlm gambar tu.

Selamat Tahun Baru dan semoga terus maju.

Pok Li said...

Abu Aiman
Saya pun dah lama tak makan pasembur,