Dec 30, 2010

Mudah-mudahan Allah Terima

Ketika ke Alor Gajah hari Isnin lalu. Sahabat lama saya Haji D telah pun mengemaskan barang-barang serta dokumen peribadinya untuk dibawa pulang ke terataknya di Segamat. Saya ucapkan selamat bersara. Seingat saya dia sudah bekerja melebihi 30 tahun. Jangan pula minggu pertama bersara dia masih lagi teringin untuk datang ke pejabat. Lalui lah hidup baru itu dengan setenang-tenangnya.
Maklum sahaja sekarang ini kerja di jabatan kerajaan sudah semakin tinggi cabarannya. Apatah lagi dalam zaman 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan' diperkukuhkan lagi dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sekarang. Kakitangan kerajaan digesa terus bekerja dalam budaya kreatif dan inovatif, cekap dan kompeten dan pelbagai lagi 'perkataan' yang 'muluk-muluk' bunyinya untuk menunjukkan perkhidmatan kerajaan sekarang perlu mencapai kelas dunia.


Seronok ke bersara ?. " Seminggu aje". Itu kata seorang guru kenalan saya.


"Bosannya duduk di rumah, nak pergi ke sekolah, kawan-kawan mengajar pulak" " Tak tau nak buat apa, last sekali pergi ke laut memancing".


Mungkin lain orang lain pula ragamnya. Ada yang seronok sangat bila bersara. " Bebas, dulu tersekat nak pergi dengar ceramah, nak belajar agama, nak campur orang".
Ada juga yang menghabiskan masa melancong mengikut pakej atau melancong secara persendirian di dalam negara dan ke luar negara. Bahagianya kannnn.


Tetapi saya kagum dengan sikap seorang kenalan, tiga bulan sebelum bersara, kesemua gajinya yang diambil disedekahkan kepada rumah anak yatim, surau dan masjid.


Mengapa pulak Pak Mat?. " Sahaja nak tebus masa lalu. Masa muda dulu banyak juga curi tulang, datang lewat, balik awal. Ada masa buat kerja tak berapa ikhlas. Dah tua-tua ni, dah nak bersara pulak, kena tebus semula lah. Mudah-mudahan Allah terima".


Saya juga sedang melalui lorong itu dan semakin hampir. Saya tidak tahu seronok atau tidak. Saya berdoa kepada Allah, semoga umur saya dipanjangkan untuk melaluinya.

12 comments:

Abu Aiman said...

Salaam Pok Li,
MakSu saya baru bersara sbg pengetua SM Convent Taiping. Siap buat ruang pejabat, pasang wifi kat rumah sbg persiapan bersara, hehe...

Pok Li said...

Abu Aiman
Mak saudara buat pejabat kat rumah pulak.. ha ha hak

zino said...

kerja gomen sekarang sangat mencabar....

Pok Li said...

zino
Betul. Betul.Betul.

al-lavendari said...

hidup manusia jarang nak puas .. bila bekerja rasa nak bersara tapi bila dah bersara, rasa nak kerja pulak.

tak payah ambil jauh, saya sendiri sebenarnya sudah bersara secara pilihan, tapi bila ditawarkan kerja semula secara kontrak, melompat kegembiraan.

Pok Li said...

al-lavendari
Semangat tu bang. Saya suka kerja, tapi bukan dibawah tekanan le.

ikan emas said...

salam PokLi,

selamat tahun baru 2011..

selasa ni nak buat farewell utk bigboss...sedih sb dia dah bersara ..seorang yg hebat, sempoi,sporting ,mersa, kerja mudah dan penyelamat semua masalah !!..mungkin susah nk cari pegawai tinggi macam dia tu

sha said...

Persaraan bukanlah penghujung kpd segalanya...Ia cuma satu perubahan fasa dlm kehidupan..Menebus 'kekurangan' yg lepas tak semestinya melalui wang ringgit..ia hanya satu 'medium' untuk 'melegakan' rasa bersalah dlm diri kita..Apapun untuk terus mengharungi 'sisa-sisa' masa yg ada kita harus mempunyai mental yg kuat dan bersikap positif..

Admin P@P said...

Salam.
Sebelum bersara kenalah bersedia dari segi mentalnya, kerana ia merupakan satu penghidupan baharu yang belum ada pengalaman kendiri.

TQ

Pok Li said...

ikan emas
Sampaikan salam saya pada big boss. Bos yang selalu kata, No problem.

Pok Li said...

sha
Setuju. Persaraan satu perubahan dalam kehidupan. Sedang bersedia untuk menghadapi perubahan itu.

Pok Li said...

Admin P@P
Ramai yang sudah bersara mencari kerja lain. Hebatkan manusia, mereka gelisah bila tiada kerja.