Feb 17, 2012

Sepi Itu Indah

Kenduri kahwin tidak lagi mengira musim. Seingat saya 25 tahun dahulu kenduri kahwin hanya diadakan pada musim cuti sekolah. Jemputan hanya di sekitar kampung dan kampung berdekatan. Kini hampir saban minggu kenduri kahwin diadakan. Jemputan juga semakin jauh bukan setakat sempadan kariah tetapi juga melepasi sempadan daerah dan negeri. Kaedah menjemput juga sudah pelbagai daripada jemput mulut, kad jemputan sehinggalah menggunakan sms, email dan ‘muka buku’.

Minggu lepas saya bersama isteri dari Putrajaya ke sebuah dewan di UKM, Bangi. Hadir majlis perkahwinan anak rakan di jabatan lama. Kami sampai pun di penghujung majlis. Jemputan sudah semakin ‘jarang’. Hajat hati untuk menemui rakan-rakan lama tidak tercapai. Nasib baik masih ada dua tiga orang kenalan yang juga terlewat sampai.

Kerana tidak ke mana-mana, petang itu saya habiskan masa dengan berbual-bual. Itu pun tidak lama, bila lagu-lagu yang diputarkan berbunyi semakin kuat, perbualan itu tamat dengan sendirinya. Ketika kami melangkah keluar dewan, saya terfikir alangkah seronoknya hadir di kenduri kahwin di Marang, Terengganu dahulu. Walaupun ‘senyap sunyi’ tapi boleh berbual tanpa ganguan.

p/s Mungkin kenduri kahwin anak kami nanti tak pakai PA System. Ha ha hah.

4 comments:

kasihibu said...

sekarang asal ada cuti je, adalah kenduri
sya pun tak suka bunyi gedegung..gedegang
ya Allah..bingit
dan menganggu

Pok Li said...

kasihibu
Saya selalu diam sahaja apabila muzik tu terlalu bising. Basa-basa lebih kurang dengan tuan rumah sebelum pulang.

Tirana said...

kalau pun nak ada music, carilah music yang slow dan pasang jangan terlampau kuat sangat.. Tak semua orang suka dengar music yang kuat2.. Teringat kenduri di kampung..sungguh meriah!

Tirana said...
This comment has been removed by the author.