Nov 4, 2008

Karya Mimpi


Berdiri dipadang yang luas, seorang juruteknik JKR, Zubir, menjerit-jerit diatas timbunan jentera gergasi. Beberapa bilah pedang terlantar dengan saiz besar. Saiz ‘Giant Robot’ Menjerit-jerit ‘ Lo Chang…. Lo Chang. Ramai orang menyerbu. Membuat lingkungan.Ribuan. Berasak-asak. Berkeliling. Menjenguk. Menjengah. Bertolak-tolak. Tiba-tiba tersedar. Jam 4.00 pagi. Sebuah mimpi aneh. Masih terngiang-ngiang. Lo Chang……. Lo Chang. Siapa boleh tafsir. Kisah dari mimpi ??????..

Salah seorang anak, telepon pagi-pagi hari. Tergesa-gesa. Si Abah bertanya. “Kenapa?”. “Mimpi ibu meninggal dunia”. “Ohhhhhh…”. Terasa ngeri pendengaran si abah. Lalu memanggil si ibu. Kemudian terdengar tawa. Si Ibu berkata “Tak ada apa lah”. “ Mainan Tidur”. Anak pula berkata. “ Berhati-hati ”. Satu lagi cerita mimpi. “Siapa boleh tafsir”. ????. Ini lah karya dari mimpi.

7 comments:

KiTTuN said...

Semua orang pernah bermimpi,orang kata mimpi sebenarnya mainan tidur, tetapi kemanakah kita pergi pada waktu tidur tidak ada seorang pun boleh menjawab tetapi kenyataan atau firasat mimpi boleh berhubungan dengan kenyataan dalam kehidupan kita. didalam al-quran pun ada menyebut pasal mimpi. Contohnya tafsiran mimpi nabi Yusof berkenaan lembu yang besar menelan lembu yang kurus, gandum yang subur bertukar dengan gandum yang kering ditafsirkan musim yang makmur dilanda selepas itu musim kemarau. jadi Nabi Yusof telah menyuruh rakyat Mesir menyimpan benih gandum semasa kemarau untuk ditanam pada musim subur, bekalan makan di simpan untuk bekalan makan musim kemarau.

p/s:mimpi ada 3 jenis:

1.Mimpi benar yang dialami oleh,para Anbia', Rasul, Auliya', Siddiqin,Solihin,Muttaqiin,Mu'min

2. Mimpi pengaruh Physikologi kehidupan harian.

3.Mimpi dari gangguan syaitan yang bertujuan menyesatkan muslim.

WalLahuA'lam.

akuduniaku said...

salam..

kata orang mimpi terbawak dari aktiviti seharian..

tp ada juga yang mengatakan mimpi itu petunjuk..

terpulang pada si pemimipi barangkali..

tapi jangan asyik bermimpi di siang hari..nanti naik gemuk..

hurm..

razor said...

saya juga suka menyingkap mimpi. maknanya saya tak berapa suka dengan ayat mimpi itu mainan tidur.

sbb pada saya mimpi yang bisa membuatkan kita tertanya2 selepas bangkit adalah satu petanda.

hanya tuhan dan empunya mimpi saja yang tahu ceritanya. cuba fikir. mesti ada. tapi kalau tak fikir pun, mender tu datang juga. kan?

pernah x terasa yang pada suatu detik kita mengulang situasi? mcm pernah rasa mcm ni? dlm mimpi ke?

saya pernah. tapi dah lama tak rasa.

Brahimnyior said...

Mainan tido je Pokli wehhhhhhhh..

Tapi kekadang, kita rasa penah lalui sesuatu peristiwa, yang rupa-rupanya dah berlaku dalam mimpi.

Mimpi ni misterilah Pokli, macam seorang blogger yang dipanggil Maksu tu. Misteri sungguh.

mizbi said...

pokli.. sng2 melawt dan beri komen dkt blog saya..

fahana_ann said...

memang mimpi kadang2 membuat hidup satu hari tu mungkin isangat indah dan kdang2 diburu takut..pada saya,nilai diri kita untuk menerima mimpi ttu sebagai apa..

ore tupat said...

Pok Li ambo nak royat ko demo;;-
tiga mimpi yg berikut tidak boleh dita'birkan iaitu a)mimpi hasil dari apa yg diangan-angankan pada siang hari.
b)mimpi semasa menanggung hadas besar(berjunub)
c)mimpi bagi raja-raja,menteri-menteri yang zalim.
++ tatkala mimpi yang boleh ditabir ialah
1) masa nak tidur tu ambil sembahyang dulu.
2)membaca alfatihah,qulhuallah,qula zubi rabbil falaq dan rabbinnannas
3)kemudian membaca subhanallah,walhamdulillah,wala ila hillah wa Allah hu Akbar,Wala Qaulawala qulwatiila hil azm.
4)membaca selawat 7 kali
5)membaca doa(layari la laman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails