Jika datang ke Terengganu ketika ini, ‘portrait’ kuda memenuhi serata ceruk Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu. Pencinta kuda dari 33 buah negara seperti Afrika Selatan, Argentina, Australia, Bahrain, Belanda, Belgium, Brazil, Kanada, telah datang berkampung ke Terengganu semata-mata untuk menyertai pertandingan kuda lasak (Endurance). Terengganu telah mengalami demam kuda, “Kuda Sokmo”. Dahulu pertandingan ini hanya dilangsungkan di Lembah Bidong dalam Daerah Setiu sahaja atau di TER (Terengganu Equestrian Resort) Kuala Ibai. Tahun ini satu lagi ‘litar’ baru telah dibuka di Kg Permatang Seratus dalam Daerah Marang. Walaupun namanya ‘kampung’ tetapi ia hanyalah sebuah ladang kelapa sawit.
Saya tidak mahir dan memahami permainan kuda lasak ini. Tapi ‘cakna’ jugalah kerana litar itu berada di Daerah Marang. Ia adalah di antara sukan yang ‘mahal’ . Seekor kuda sahaja sudah berharga antara RM 500 ribu dan boleh mencecah sehingga ke RM 3 juta ringgit. Walaupun ia kuda lasak tetapi ‘manja’. Ia perlu dijaga sebaik-baiknya. Kuda diletakan didalam bangsal yang bebas besi dan bahan keras supaya kuda tidak tercedera jika ia menendang atau menyepak. Kuda juga dielakkan daripada terkejut, kerana itu kawasan pertandingan perlu ‘bersih’daripada binatang buas seperti babi dan binatang ternakan seperti kambing, kerbau, dan lembu. Rumput makanannya dimport dan diberi minum air mineral. Jauh betul lah kemampuan saya nak bela kuda ni. Setakat bercita-cita nak bela kuda padi itu pun dah saro baro ;).
Jarak pertandingan kuda lasak ini diantara 40km, 80 km sehingga 160 km. Jarak ini dibahagikan pula kepada beberapa ‘loop’ (lengkukan). Setiap ‘loop’ jaraknya antara15 km hingga 25 km. Tamat sahaja satu ‘loop’ kuda-kuda ini akan di periksa, kadar denyutan jantungnya, kekeringan gusi, kecederaan urat, dan memastikan kuda tidak berjalan tempang. Semua ini diperiksa oleh doktor-doktor haiwan yang terlatih. Kuda yang tidak melepasi tahap pemeriksaan kesihatan ini akan dikeluarkan dari pertandingan dan dirawat. Di pendekan cerita, hanya kuda-kuda yang kuat, tegap dan sihat sahaja yang akan memenangi perlawanan ini. Ia bukanlah seperti perlawanan lumba kuda. Siapa dulu dia menang. Penunggang tidak dibenarkan memukul kuda dengan cemeti, tali kuda atau pun ranting kayu. Penunggang yang tidak patuh akan di ‘buang padang’. Mereka hanya menggunakan peha untuk menggerakan kuda. Untuk jarak 10 km sahaja penunggang perlu mengharungi tempoh masa satu hingga satu setengah jam. Sesetengah penunggang tidak dapat meneruskan ‘permainan’ ini kerana mengalami kekejangan peha atau pun keletihan. Pertandingan ini dimulakan selepas subuh ataupun bermula di waktu tengah malam. Permainan ini akan ‘selesai’ selepas ‘menamatkan’ ‘loop’ yang pelbagai rintangannya, samada daripada bentuk muka bumi atau pun cuaca yang tidak menentu sekarang. Kerana itu ‘gamaknya’ ia dipanggil pertandingan kuda lasak…….;)
Renungan: Kuda adalah binatang yang setia. Walaupun ia tercedera, sakit atau tempang ia akan tetap terus membawa penunggangnya selagi ia bernyawa. Adakah kita sesetia kuda.
Nota:

1. SPB YDP Agong Tunku Mizan Zainal Abidin penggemar kuda lasak akan ‘turun’ bertanding di Endurance Track Kg Permatang Seratus, Marang pada 2 Oktober 2008.
2. Rakyat Negeri Kelantan mempunyai 'hobi' membela pelbagai jenis kuda. Satu hari nanti diyakini Kelantan boleh menjadikan perusahaan penternakan kuda sebagai sumber ekonomi negeri.
Cakna = Ambil Tahu
Saro Baro = Sengsara
Cakna = Ambil Tahu
Saro Baro = Sengsara
10 comments:
Bagus jugak syarat dia..tak boleh pukul kuda dengan cemeti..Saya paling tak tahan tengok penunggang-penunggang kuda yang memukul kuda bertalu-talu dengan cemeti. Kesian..
tapi rasanya ada lagi pertandingan besar lain dlm masa terdekat ni. kalau x silap pandanglah. poster besarnya ada kat atas jambatan sultan mahmud..
saya lebih teruja pertandingan kampung2 je. pertandingan wau, 'main gasing', bola sepak antara kg, sukaneka..
tapi tu dulu...
:) terima kasih pok li,
terima kasih kerana berkongsi ilmu :)
salam hormat kepad pok li,
zul rahman
Kuda juga lambang kekayaan seseorang bukan begitu?
Lambang kehebatan kerana kepantasan kuda-kereta pun ada kuasa kudakan..
Susah nak gambarkan hebatnya sukan kuda sebab saya juga belum kesempatan melihat sukan kuda.
Pokli..kalau di pahang ni teruatam di pekan..
sukan polo la yang amat "kelihatan".
Koi letak dalam pengikat kata sebab lihat je la..
nak turut serta jauh sekali la kemampuannye.. hehe
salam Pok Li
bila pertama kali tengok tajuk post ni teringat orang t'ganu sebut kuda itu *kude*. haha
dan, binatang kegemaran saya adalah kuda selain lembu..hehe
p/s: kebanyakan paskod pun ada perkataan kuda hehehe
Salam..
Kalau saya ni tak berniqob rasanya nak juga bela kuda. Tapi buat masa ni uniform saya tertutup dr atas kebawah susah sikit nak tunggang kuda. Minat tu ada rasa nak cuba.
p/s: semua binatang saya nak bela.
saya belum pernah naik kuda lagi...he he he
tapi minat tengok pertandingan2 macam nie, sebab penunggang kuda bukan setakat mengawal emosi, mental dan fizikal diri sendiri,
emosi, mental dan fizikal kuda pun harus di kawal......kalau tak silap hari bulan, heh nahas....
sukan nie memang mencabar dan harus diteruskan.....
Makanan kuda lebih hebat dari makanan orang. Dulu saya ada seorang kawan yang jadi tukang jaga kandang kuda lumba. Dia selalu diupah untuk mengusik kuda agar ia tak cukup tidur. Kuda yang tak cukup tidur akan kalah dalam perlumbaan. Entah betul ke tidak, begitulah kata kawan saya.
Salam Puan Tirana - saya pun setuju
Saudara Razor - saya suka main indoor aje main dam, catur, dll... dulu cuba main bowling, bola asyik jatuh 'longkang' aje :0
Saudara zul rahman - terima kasih kembali
Saudara Rahisam - Terengganu pusat pertandingan kuda lasak. Boleh datang setiap tahun.
Saudara Don Balon - Di Pulau Pinang ada satu padang dinamakan padang polo sebelah hospital besar. Ada tak lagi agaknya permainan polo disana.
akuduniaku- saya suka bela kucing. Tapi jaga makan minumnya isteri saya :)
saudara pendekar- Datang lah ke Terengganu. Macang-macang ade :)
Puan Kittun : Saya tertarik cerita puan bela kucing.
Saudara puterabumi : Bukan sahaja makanannya mahal, ladam atau tapak kasutnya perlu ditukar sebulan sekali. Harganya RM 100 satu tapak. RM400 tu untuk sebulan :(
Post a Comment