Nov 21, 2008

Penkid Kah Dia...............?


Musim cuti sekolah datang lagi. Anak bongsu saya di SMK Sains Terengganu (Sester) sudah pun pulang. Dua hari yang lepas saya telah menjemput anak lelaki saya bersama barang-barangnya dari UitM Jengka, kerana cuti semester juga sudah bermula. Saya telah mengharungi jarak sejauh 650 km, sebelas jam perjalanan pergi dan balik. Terpaksa ‘nap’ dua kali baru sampai ke rumah. Terasa letih lah pulak. Bulan hadapan anak-anak saya di Cyberjaya University, di UKM, dan Matrikulasi Negeri Sembilan juga akan pulang kerumah. Sekali lagi mereka akan berkumpul bersama-sama kami. Meriahnya. Ada yang sudah bercadang menjemput rakan-rakan sekampus datang ke rumah. Datang melihat keindahan bumi Terengganu. Tapi boleh tengok ke?. Sekarang musim hujan di Terengganu. Nak tengok Monsoon Cup boleh lah. Kak Cek dan Kandak (kakak saya) sekeluarga di kampung juga sudah telefon nak datang juga bulan hadapan. Bermalam semalam dua dan pergi menyaksikan perkahwinan Mizi, rakan karib anak buah saya Muiz, di Setiu. Sekali lagi meriahnya berkumpul adik beradik. Akan panjanglah malam itu dengan cerita-cerita dari kampung :). Walau apa pun sebelum mereka semua ‘menyerbu’ balik dan datang ke rumah, saya telah bercadang untuk meneruskan perjalanan saya yang tertunda dahulu untuk balik ke Pulau Pinang minggu hadapan.

Itu bukan ceritanya. Ceritanya musim sekolah ini telah mengingatkan saya kepada seorang rakan lama, Zalmi. Saya mengenali Zalmi ketika kami sama-sama masuk ke Tingkatan Satu di SMK Rantau pada tahun 1973. Zalmi seorang ‘budak lelaki’ yang sihat. Badannya agak berisi. Berkulit cerah. Wajahnya iras anak ‘Cina’. Rambutnya sering pendek. Pembersih orangnya. Tuala kecil sentiasa diletakkan di kolar baju. Sentiasa ada ‘bocong’ bekalan air kosong untuk diminum. Selain daripada itu tiada yang istimewanya mengenai Zalmi. Jika ada pun dia dilantik menjadi ‘ketua kelas’. Cuma ada beberapa perkara yang ‘pelik’ mengenai Zalmi. Setiap kali masa PE , guru PE akan mengarahkan dia duduk di tepi padang. Jika kami bermain bola, dia tak akan terlibat walaupun menjadi penjaga gol. Begitu juga sewaktu kelas pertanian. Ketika kami beramai-ramai mencangkul membuat batas, menyiram pokok di tengah panas, Zalmi akan duduk ditempat teduh, sambil memerhati kami membuat kebun. Kawan-kawannya juga agak terbatas. Seingat saya dia lebih suka berkawan dengan budak perempuan. Kalau ada pun kawan lelaki tidak begitu rapat. Pendek cerita, Zalmi adalah ‘rakan sekelas’ yang ganjil. Malah sudah ada cerita Zalmi ada ‘penyakit’. Entahlah.

Musim persekolahan baru, saya sudah berada di Tingkatan Dua. Kami dan rakan-rakan berjumpa sekali lagi, kecuali Zalmi. Dengar khabarnya sudah berpindah ke sekolah lain, SMK Sendayan dan tinggal bersama ibu saudaranya untuk mengubati ‘penyakitnya’ itu. Noktah. Tiada lagi cerita mengenainya. Tak sampai sebulan, kami sudah melupakan Zalmi budak ‘ganjil’ itu. Kami juga tidak lagi tertanya-tanya, kenapa ada yang tak boleh PE, tak boleh buka baju, tak mencangkul, tak bergaul dengan budak lelaki, dan kenapa tak boleh gurau-gurau. Semuanya tiada lagi soalan. Tahun persekolahan akhirnya sampai juga ke penghujung.. Sekali lagi kami bercuti. Hora- Horee lagi. :)

Tahun 1975, kami sudah jadi budak besar, walaupun masih berseluar pendek (masa tu peraturan sekolah bermula Tingkatan Empat sahaja baru dibenarkan memakai seluar panjang). Tahun itu kami berada di Tingkatan Tiga, tahun menghadapi peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Berjumpa kembali kawan-kawan lama dan juga kawan baru. Paling mengejutkan, kami bertemu kembali dengan Zalmi. Zalmi yang sudah berpindah sekolah setahun yang lalu. Betul dan benarlah, setahun perpisahan kami Zalmi telah pulih dari ‘penyakitnya’. Namun Zalmi sekarang bukan lagi ‘budak lelaki’ yang berisi badannya. Berambut pendek. Berseluar pendek dan berkulit cerah. Zalmi benar-benar sudah bertukar, 360 darjah. Zalmi sekarang sudah berambut panjang, sudah memakai ‘gaun’ sekolah biru yang kemas. Pinggangnya kelihatan ramping. Kulit cerahnya semakin gebu. Wajah iras Cinanya itu telah menjadikan ia seorang gadis yang menawan. Ohhhh… Zalmi rupanya kau seorang perempuan………..

Gambar Hiasan Sahaja

Nap - Tidur sebentar

Bocong- Botol/bekas air

11 comments:

RY said...

maknanya dia khunsa dan masa form 1 tu masih dlm krisis identiti la kan?

emm..mcm ada kawan mcm gitu.

tapi dia ni mengaku khunsa, membesar lebih kepada aktiviti lelaki. tapi fizikalnya perempuan. cun jugak. suara halus. kulit halus. x tanggal baju dpn kitorang..

ntah mana dah dia sekarang..

err, zalmi tu pun dah lost contact ke pokli?

Tirana said...

Betul ke Pok Li? Rasa macam tak percaya... Teringin jugak nak jumpa orang macam gitu... Nak kaji dia secara fikizal, mental dan emotional. Sure interesting..

Pok Li said...

Salam

Razor - Zalmi telah meninggal dunia ketika ia berumur 19 tahun - Al Fatihah.

Tirana - Ini bukan salah dia. Ibu bapa yang teringin anak lelaki, sehingga besar masih lagi memakaikan pakaian lelaki. Masalah timbul apabila berlaku perubahan biologi.

HABIHA69 said...

Pok Li itulah keindahan dan keajaiban Allah kepada Manusia. Bagi ibubapanya itu adalah ujian...kita yang tidak diuji sebegitu rupa seharusnya menjadikan panduan dan iktibar...istilah krisis identitipun kadangkala akibat perubahan hormon biologi yang tersimpang atau tersasar lalu menjadi kecelaruan jantina...PokLi ni bagus lah..Isu-isu yang dibawa mencongkam jiwo....

Anonymous said...

tersenyum saya bila baca tajuk.kenapa yer saya tersenyum???.

sy dilahirkan didlm adik beradik sumer lelaki, tunggl pempuan. Bohonglah cakap kalau tak kasar, masa kecik2 minat sgt ngan baju lelaki...tapi sy rajin menyelak kitab2 agama kat umah tue,sehingga terlihat perkataan LAKNAT.

Sy berubah mengikut peredaran masa dan umur.Sampai la ni, juz sesekali pakai baju kurung ngan jubah jer.T-shirt ngan suar baggy tak pena miss. Tapi bertudung la

Unknown said...

Heh.... ingat gambar anak Pok li.. he he he.

Saya diantara yang pada awal agak "terperempuan", sebab yang atas semua perempuan. Tapi bila makin membesar alhamdulillah, macho pulak. hehehe..

Dari pandangan saya semua ini berpunca dari didikan orang tua sendiri.

fahana_ann said...

hehehe..lame tak singgah wktu trbats dgn maslh tknkal..mujur juga terungkai segala..untungnya dia kembali ke fitrah seorang wanita...dulu takde istilah pengkid ni ye pok li?:)

Pok Li said...

Jawahir dan Pendekar
Fitrah manusia, kalau keluarga ramai perempuan, akan sedikit sebanyak lebih banyak sifat perempuan begitu juga kalau ramai adik beradik lelaki. Saya lelaki tunggal dalam keluarga lain nya semua perempuan. Kerana itu agaknya saya boleh jugalah memasak. Kini dah lama tak masak, sebab tiada lagi permintaan anak-anak :).

Fahana_Ann
Dulu gelaran penkid ni ada ke? ..... . Zaman tu jarang perempuan berkelakuan macam lelaki. Lelaki macam perempuan ramailah :)

Pok Li said...

Habiha69

Semoga keturunan kita tiada yang gitu. Insya Allah.

akuduniaku said...

salam pok li

aiman bz skang baca post pok li ni mcm da jd satu kewajipan bile dapat online..

pengkid ni kalo tgk lama lama comey sbnrnya..he3x

p/s; aiman masih bujang..

Pok Li said...

Aiman
Terima kasih. Cerita Pok Li hanya cerita biasa-biasa sahaja. Selamat bertugas. :)