Pagi semalam saya telah berkesempatan hadir di Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Seragam disebuah sekolah menengah. Bantuan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran kepada pelajar-pelajar yang ibubapa atau penjaganya berpendapatan kurang daripada RM1,000. Semoga bantuan ini mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibubapa berkenaan. Maklum sahaja perbelanjaan untuk pendidikan sekarang bukan murah, buku rujukan, kelas tuisyen, seminar dan bengkel peperiksaan memerlukan 'ongkos' yang terus meningkat.
Ketika berbual sambil menikmati jamuan di kantin, pengetua sekolah yang berusia 50 tahun itu tanpa silu mengaku dia anak seorang penarik beca roda tiga. Lebih miskin daripada ibu bapa yang menerima bantuan tadi. Miskin, sehinggakan untuk membayar yuran sekolah RM 3.00 ketika itu pun ‘ayahnya’ tidak mampu. Namun itu bukanlah noktah kepada cita-cita dan impiannya. Kesungguhan beliau berserta biasiswa yang diperolehi membolehkannya belajar hingga ke ‘menara gading’. Akhirnya berjaya menamatkan pelajaran dan dengan kelulusan yang ada berjaya pula menjawat jawatan sebagai guru. Selepas enam tahun bekerja ‘dia’ masih lagi menunggang motorsikal Honda CB 100 ke sekolah. Sedangkan rakan-rakan seangkatannya sudah lama memiliki ‘kereta baru’. Prinsipnya mudah, kejayaan adik beradik adalah keutamaannya. Dia tidak mahu melihat ‘ayah’nya ‘seorang’ terkial-kial' menanggung keperitan membesarkan dan menyekolahkan adik-adiknya. Hari ini ‘pengetua’ ini boleh tertawa dan gembira, kerana adik-adiknya turut berjaya sebagaimana kejayaan yang dia raeh.
Tidak kurang juga kekaguman saya kepada seorang kenalan, guru sekolah rendah yang telah bersara tujuh tahun yang lalu. Ketika bapanya meninggal dunia, ‘cikgu’ ini sudah pun berumah tangga dan mempunyai seorang ‘cahaya mata’. Isterinya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Namun sebagai abang ‘sulung’, dia tetap cekal dan kuat semangat menjadi ‘galang ganti’ bapanya membesarkan tujuh lagi adik-beradiknya sehingga tamat pengajian dan sebilangannya sudah memiliki kerjaya profesyenal. Tidak hairanlah jika jasa dan ‘khidmatnya’ terus dikenang. Dua tahun lepas adik-beradiknya telah berpakat membelikan sebuah kereta baru sebagai hadiah kepadanya. Alangkah bahagia dunia persaraanya, bukan sahaja menikmati wang pencen, tetapi juga turut menerima ‘sumbangan’ adik-adiknya setiap bulan. 'Abang Long' yang menjadi ‘hero’ kepada keluarga besar itu.
Tidak ‘puas’ rasanya kalau tidak menyelitkan sedikit cerita ‘Mak Andak’ saya yang telah kehilangan suami pada tahun 1964 ketika berusia 35 tahun dengan lapan orang anak yang masih kecil. Mak Andak adalah adik ‘abah’ yang kelima daripada sepuluh orang adik beradik, enam lelaki, empat perempuan. Apatah lagi kehidupan selepas merdeka memang sukar. Mata pencarian hanya bergantung kepada kerja-kerja kampung, menoreh getah dan bersawah. Bersyukurlah ‘Mak Andak’ kerana mempunyai abang dan adik lelakinya yang telah meringankan beban dan kesusahan yang ditanggungnya. Seingat saya, ‘abah’ tidak pernah gagal setiap bulan menghantar gula, tepung dan beras, Pak Lang pula yang berkedai runcit, menyediakan keperluan dapur, Pak Anjang sebagai guru di Singapura mengirimkan wang sebagai perbelanjaan harian, begitu juga ‘Pak Cu’ yang baru bekerja sebagai ustaz menitipkan juga sedikit wang. Yang kurang mampu tetap juga menyumbang tenaga, masa dan fikiran. Sokongan dan bantuan adik beradik ini diberikan bertahun-tahun lamanya sehingga beberapa orang ‘sepupu’ saya tamat pengajian dan mula ‘bekerja’.
Semoga cerita saya kali ini menjadi ‘renungan’ kepada kita, yang kerap kali membaca cerita-cerita abang yang tidak bertanggungjawab, mendera dan tidak memperdulikan adik-beradik. Sebenarnya masih ramai diluar sana yang tetap prihatin kepada nasib adik beradik dan keluarga cuma tidak ‘heboh’, ibarat ‘penyu bertelur, menyelam diam ke dasar laut’.

20 comments:
Pok Li..
Orang dulu-dulu..ikatan silaturahim dan kasihsayangnya ikhlas tanpa syarat. Segala bakti yang ditabur hanya kerana kasih dan sayang serta sikap bertanggungjawab. Saya rasa ikatan silaturahim dan ikatan kekeluargaan di zaman sekarang semakin longgar.
salam Pok Li,
Bak kata pepatah;
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
AzD
Salam Pok Li...gigih dan perihatin orang dahulu amat berbeza dengan gigih dan perihatin zaman sekarang, Zaman dahulu bantuan dan pertolongan sesama saudara cukup dengan ucapan terima kasih sahaja tanpa wang ringgit pun tak apa...tpi beza dgn. La ni..kalau tak punya wang ringgit jgn. harap nak bersaudara..apatah lagi nak ucap terima kasih....akhirnya Saudara yang miskin akan tetap miskin melarat....
Bagus entri Pok Li
Boleh adik teman tolong teman lepas ni
hi pokli, salam dari me dikejauhannns..
Assalammualaikum dan salam ceria pok li,
Kalau dari kecil dah belajar hidup susah sebenarnya itu satu kelebihan yang orang lain boleh dapat..Jadi dia akan menjadi seorang yang luar biasa dari orang biasa..
Senyum dan ceria selalu..
kesusahan mengajar kita erti kematangan.
bagi den tak do bezo orang dulu dan sekarang cumo yang bezo eaa adolah penghayatan dan pengertian arti kekeluargaan dan sifat berterimo kasih serto bersyukur yang semakin berkurangan dalam diri orang melayu itu sendiri.
insaf!
speechless kalau cakap pasal kemiskinan.
Yapp Pokli, saya setuju dan nak tambah seperkara lagi. Budak dulu, sedar diri kalu miskin. Dari kemiskinan, mereka memotivasikan diri untuk berjaya. Itu sebabnya kebanyakan anak Melayu dulu, biarpun anak nelayan, petani dan penoreh, tapi kerana keinginan mengubah nasib diri amat tinggi, dan mereka kebanyakannya berjaya.
Buktinya, Pak Anjang saya, jadi pegawai kanan Kastam, Pakcik saya mendapat kedudukan yang baik dalam Pos Malaysia.
Saya sendiri, anak buruh tolak sampah, tapi alhamdulillah, jadi pendidik dan dapat menyumbang sesuatu untuk masyarakat.
Hari ini, berdasarkan pengalaman saya, anak orang miskin akan terus ketinggalan. Kebanyakannya tiada motivasi, kurang semangat dan banyak yang terjebak dalam gejala sosial.
Seperkara lagi, hubungan Pak Anjang, Pak Andak, Ude, Uchu dan sebagainya,. semakin menjauh bagai pelangi. Akhirnya yang miskin tadi akan terkonten-konten bersendirian menempuh cabaran yang tak kunjung hentinya...
oh mcm tu..bgus la..ada pelajrn
Belajar susah utk senang tapi ada juga yg bersikap seperti si Tanggang dan Malim Kundang..hee geram rasanya..
Tirana
Sekali air bah sekali pantai berubah
Azd
Setuju
Habiha69
Ustaz saya nak berpantun pulak
Puas sudah bertanam ubi
Emas juga ditanam orang
Puas sudah hamba berbudi
Emas juga dipandang orang :)
Civic Power
Untunglah kome ada adik, teman anak bongsu
en_me
Salam jugak gitewwww
Firadila
Macam mana pulak kalau dari kecil sampai tua masih susah :(
Saudara Syukri
Susah juga mengenal kita tentang kawan
Jejakaterang
Boto tu jang, bia la leh, dio gomaaaa...
Razor
Alahai......
Saudara Izuddin
Begitulah sayang saudara sama berharta..... dunia dah maju
Nazirul mubin
Yang baik buat teladan yang buruk buat sempadan
Orang Bukit
Apa nak buat kalau jika seperti melepaskan anjing tersepit.....
huhuhuhuhu...
nak mintak mmap kt abg sat!!!
touching!
hurm...
Salam Sdr. Pok Li.
Mungkin di situlah wujud peranan media cetak/elektronik di negara kita. Mereka perlu melaporkan secara seimbang. Jangan terlalu mengikut kehendak picisan masyarakat dan hanya memenuhi tuntutan komersialisme. Ini, apabila kita selak surat khabar - yang dipaparkan, 90 peratus ialah perkara-perkara negatif, cerita-cerita busuk. Itu belum lagi bila orang politik pun tumpang sekaki.
Pada saya, orang zaman dahulu hidup dalam satu lingkungan kebudayaan, yang disebut sebagai 'etos' Dalam kebudayaan Melayu, etos orang Melayu, yang membentuk lingkungan, pola tingkah laku, cara berfikir dan lain-lain, bersumberkan Melayu (dan Melayu itu lahir daripada rahim islam). Adat berderau misalnya.
Salam
"aku kan abang"..tapi saya kena tukarlah.."aku kan kakak".tapi adik2 geram bile dengar ayat ni sebab macam menguasai..tak de niat untuk menguasai..cuma sebagai orang yang lebih tua,pastinya kita akan rasa apa itu tanggungjawab dan menjaga mereka..
minta izin laluan pok li.
entri pok li kali ni sungguh tersentuh...
terima kasih pok li kerana dapat mencungkilkan lipatan kenangan yg penuh didaktif dimana musim ekonomi yg tidak menentu kini masing-masing bawa diri_hal,aku-aku,mu-mu aja wpun adik beradik seibu sebapa.
teruskan karya sebegini...syabas.
Budak Hijau
Adat bersaudara yang tua dihormati, yang muda dikasihi
Aiman
Tu aje
Saudara Lufti
Memang adat budaya Melayu ini kaya dengan kerjasama. Namun ia tidak dipupuk. Akhirnya lahirlah masyarakat yang mementingkan kepentingan diri bukan lagi kebersamaan. Apa pun Terima kasih, tambah pandangan.
Fahana Ann
Perspektif yang berbeza menyebabkan penerimaan dan penyataan yang juga berbeza.
Cetok Perol
Kisah contoh teladan yang baik sepatutnya disebarkan sebagai ikutan.:)
Tahniah ..
nampaknya entri PokLi makin menggigit !!!
teruskan kerana tinta maya ini boleh menjadi lebih tajam ..ketajamannya jadikan untuk
mengasah ,mengasuh minda bukan untuk menghitamkan..
Syabas org Rantau!!
Post a Comment