Feb 4, 2009

Sedikit-Sedikit Lama-Lama Jadi Bukit

Sabda Rasullullah s.a.w, mafhumnya, “Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana sumber di dalamnya terdapat sembilan persepuluh daripada rezeki’.

Begitulah hakikatnya, perniagaan adalah sebesar-besar sumber rezeki. Tetapi tidak ramai yang mengambil maksud hadis tersebut sebagai ‘motivasi’ diri untuk tercebur dalam dunia tersebut. Jika betul cara mengendalikan perniagaan bukan sahaja boleh membawa laba tetapi boleh pula diwariskan sehingga ke anak cucu.

Hawa bukanlah nama asing di Bandar Marang ini. Jika ada jamuan keluarga, jamuan di pejabat-pejabat atau ‘Rumah Terbuka’. Katerer Hawa menjadi pilihan No.1. Saya hanya mengenali Hawa selepas bertukar enam bulan ke Marang. Seorang wanita separuh baya, berperawakan menarik, ramah dan iras wajahnya memang cocok sebagai seorang peniaga.

Bermula dari seorang peniaga kecil, bertatih, berjalan dan kini sudah pun berlari. Kejayaannya bukan dibina semalaman. Pasti ada cerita sukar dan gagal sebelum sampai ke tahap sekarang. Biarlah itu menjadi sejarah yang dia simpan sendiri. Satu perkara yang menarik dia ‘istiqamah’ dengan prinsip perniagaannya;

“ Kak Hawa, ambil untung 40 peratus sahaja’, jangan lebih-lebih, biar untung kecil tak apa, janji pelanggan puas hati. Keutamaan Kak Hawa kena jaga tuan rumah, kalau jemputan ramai, makanan tak cukup, malulah tuan rumah’.

“ Kalau Kak Hawa dapat tiga empat kali kontrak dari pelanggan yang sama, mungkin kali kelima tu Kak Hawa tambahlah satu atau dua menu makanan, Kak Hawa kira sedekah lah tu, boleh untung lagi, he, he he.. Pelanggan kita pun suka, kita pun puas hati, esok dia cari kita juga”.

Mungkin itu satu dua petua utama resepi kejayaannya. Namun daripada pemerhatian saya kekemasan mengatur hidangan, waktu yang tepat, masakan yang sedap dan mempunyai pekerja yang cekap dan terlatih, tidak pernah menolak untuk menambah satu dua hidangan disaat akhir adalah ‘pakej’ lengkapnya sebagai ‘katerer’ yang berjaya. Kerana itu tidak hairan jika dia sentiasa ‘tidak menang tangan’ menerima tempahan dari hanya beberapa ratus ringgit hinggalah ke skala besar melibatkan ratusan ribu ringgit. Jika saya masih tinggal ‘lama’ lagi di Marang pasti saya akan sempat melihat ‘impiannya’ untuk mengendalikan ‘Food Court’ di ‘tengah-tengah’ Bandar Marang ini. Malah saya turut percaya amalan ‘untung kecil, bersedekah lebih”, jika diamalkan oleh peniaga-peniaga makanan, tentulah kita tidak merasa ‘tercekik’ sewaktu membayar makanan yang kita nikmati di gerai atau restoren. Seperkara lagi, jika bercuti di Terengganu boleh juga singgah dan menginap di Chalet Marang Village Resort yang turut ada SPA itu. Jika bernasib baik mungkin disambut oleh ‘Kak Hawa’ yang juga pemilik chalet ini…….:)

17 comments:

Tirana said...

Kisah yang boleh dijadikan contoh teladan. Peniaga Islam sepatutnya belajar cara-cara Nabi kita berniaga. Baginda sentiasa beroleh keuntungan. Tentu ada rahsianya. Rahsia Kak Hawa Pok Li dah bongkar..hehehe

en_me said...

me tak pandai meniaga one uoolsss.. uhuhu, salamms pokli dari me dikejauhannns

Pok Li said...

Tirana
Rahsia ini boleh ditimba. Cuma kita mampu tiru tak.

en.me
Kita serupa. Ouuww.

CIVIC Power said...

Teman nak berniage, dulu masa dulu jual komputer. Skang x de modal nak start balik...

HABIHA69 said...

Pok li Sabda Rasulullah SAW. "Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama dengan para nabi, siddiqin dan syuhada" (At-tirmidzi)

RY said...

saya pun macam en_me itewwwwww

ikan emas said...

Rezeki ada di mana-mana
Usaha tangga kejayaan..
Masalahnya ramai orang kita nak mcm cepat kayo ...t n go je.
Bila dengar je fasal dapat duit ..cepat aje naj joint . Skim cepat kaya , piramid , MLm ...hatta sms pun depa dok caya.

lutfi said...

Salam Pok Li.
Betul, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Lagipun, 9 persepuluh daripada rezeki, datang daripada perniagaan. Itu kata Nabi Kita.

Unknown said...

Salam Pok Li,

Kabare? ^__^

Bisnes, kat kampung saya ada org buat bisnes bahulu. Bunyi macam lekeh, tapi dia dh jadi jutawan sekarang nih.

sy ngah keje ngan dia la ni.

azlishukri said...

Pok Li betul perniagaan membawa keuntungan dan keberkatan - nabi juga suka kita bekerja sendiri dan membina perniagaan.


* Pok li cuma saya rasa hadis yg pok li turunkan tu riwayat at-tarmizi, imam bukhari tiada meriwayatnya.

BudAk hijAu said...

mcm best jew tempat 2!

Anonymous said...

Assalammualaikum dan salam ceria pokli,

firadila suka cara Kak Hawa ni menjalankan bisnes.. "Untung kecil, bersedekah lebih". Terima kasih kerana memaparkan cerita ni..Firadila akan ikut cara Kak Hawa ni.Teknik yang betul-berkesan untuk maju dalam perniagaan..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Pok Li said...

Civic Power
Perlahan-lahan lah . Caiyok.

Habiha69
Begitulah tingkat peniaga yang jujur dan amanah. Semoga ia motivasi kepada peniaga

Razor
Mungkin kita ada kelebihan lain.

Aiineey
Semua orang nak kaya. Tapi kaya hati dan fikiran lebih berkat.

Saudara Lufti
Sabda yang perlu dipegang sungguh-sungguh terutama dalam membina kekuatan ekonomi masyarakat Islam.

Jawahir
Kalau pandai ambil kesempatan, buang sampah pun boleh jadi jutawan :).

Saudara Azli

Terima kasih kerana komen teguran.

Tirana said...

Pok Li..

Blog yang menarik dapat award. Nanti ambil di sini ye http://meniti-hari.blogspot.com/2009/02/tag-dan-award-lagi.html

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamualaikum warahmatullahi wb pok li,

nak tanya kat pok li ni,

bila orang melayu nak ada kilang2 besar macam orang lain?

tempohnya? (kalau mengikut ulasan-research dari pokli)

:)

salam hoprmat pok li,
zr

Pok Li said...

Tirana
Terima kasih kerana panjangkan anugerah. Sibuk sikit waktu ni saya akan paparkan kemudian.

Zul rahman

Saya tak tahu bila tempohnya kita akan ada kilang-besar-besar macam syarikat gergasi lain seperti bangsa barat. (Mungkin ada pengomen lain yang boleh hurai.)

Tetapi dari pemerhatian Pok Li, kejayaan sesuatu kaum didorong oleh nilai yang dipegang oleh bangsa itu. Bangsa Jepun selepas kalah dalam perang Dunia ke 2 telah bangkit semula dengan pegangan nilai Kaizen. Iaitu sentiasa memperbaiki diri, sama juga dengan konsep 'muhasabah' dalam Islam. Setiap hari mencapai pembaikan diri yang istiqamah dan berterusan sehingga ke tahap gemilang.

Bangsa Jepun dan Korea telah meninggalkan jauh bangsa lain yang kurang berdisplin dan berpegang kepada 'meningkatkan prestasi diri' ini. Mereka telah diajar adab diri dan jati diri selain daripada amalan doa setiap hari.

Amatlah tidak jauh bezanya dengan umat Islam yang patuh kepada ajaran agamanya. Nilai itu sudah lama berada dalam agama dan budaya kita. Persoalannya sejauh mana, bangsa kita 'cakna' dan mengambil iktibar dari keseluruhan ajaran agama sebagai 'cara hidup'. Ia bukan sahaja mampu membina kilang-kilang di dunia tetapi insya Allah mampu juga membina kilang-kilang di akhirat.

The Island of NAMOYAKI, said...

salam pok li yang saya sayang,

telah saya dipertemukan dengan satu jawapan yang sungguh membanggakan, (saya berharap dan bermohon)

2 hari sudah saya menitip hi-way north-south,

telah diketemukan dengan sesuatu di diantara kilometer 147 south bound ke kilometer 148 south bound (south bound menghala ke ipoh-kl)

di sebelah kiri hi-way, terpampang sebuah kilang besor yg ber'nama' "yussof taiyyob" (maaf jikalau tersalah eja nama)

kilang tersebut terletak betul2 disebelah hi-way, nampak dari jalan, selepas kita nampak 'jmti'
= "jepun malaysia technical institute",
jepun jugak, macam pokli cakap (bahasa cerita)


itulah, pokli baca balik yg pok li tulis tu (kat atas tu)

saya takut.
tersungkur,

kaizen- jepun,
PDCA, plan do check action,
itu depa punya,

kita punya, (perintah)
PDCA= "Al-Fatihah"
tersungkurlah,

lalai rasanya,

kilang akhirat?
terus pejam mata, tak berani nak kata apa2,

ish', saya dah terlebih bicara ni pokli,

ampunkan saya,

terima kasih kepada pokli(nama)