Apr 15, 2009

Apa-apa aje

Saya sudah semakin jarang ‘turun padang’ untuk menulis. Mungkin juga kerja sudah semakin bertimbun.Mungkin juga kerana dua tiga tanggungjawab yang telah tergalas di bahu sejak dua menjak ini. Mungkin juga hal-hal keluarga lebih utama. Akhirnya saya bukan sahaja kurang memberi tumpuan kepada blog ini. Saya juga sudah jarang ‘menziarahi’ blog-blog yang selalu saya jengok, untuk menyampuk, memberi komen atau pun mengkritik. Atau pun itu hanyalah alasan, ha, ha, ha.

Kerana sebab-sebab itu jugalah agaknya ranking saya telah menjunam kembali ke angka 0, ha, ha, ha. Sekilas tafsir, rupanya bukan senang untuk mempertahankan milik yang telah kita punyai Ia harus dilakukan secara istiqamah dan menepati kehendak pelanggan. Saya ada pelanggan ke ha, ha, ha, .

Diam tak diam kita telah pun sampai ke bulan April. Eh cepatnya masa berlalu. Sebentar sahaja kita sudah 'terhantar' menghampiri ke pertengahan tahun, pejam celik kita akan sampai pula ketahun 2010. Umur pun semakin pendek. Hua, hua, hua.

Hujung minggu ini saya akan turun sekali lagi ke Kuala Pilah, mengambil pulang anak keempat yang telah pun tamat belajar di matrikulasi. Lepas tu balik kampung di Seremban lepas tu jengok anak di CUMSC di Cyber Jaya, UKM di Bangi, UiTM di Jengka, tempoh seminggu saya bercuti ini tidak kemana-mana, hanya melengkapkan pusingan menjenguk keluarga dan bertemu anak-anak yang sudah lama tak ketemu ha, ha, ha, ha,

Apa pun selepas ini saya akan menulis lagi dengan ‘gaya bebas’, tanpa terikat dengan cerita dolu-dolu aje. Hanya beberapa belas posting lagi akan sampai ke angka 100. Saya pun masih terfikir-fikir nak tulis apa ataupun tulis apa-apa aje….. ha, ha, ha.

19 comments:

zara said...

Assalamualaikum Pokli,

Tulislah cerita-cerita lama. Kisah-kisah yang anak generasi sekarang tidak menghadapinya. Mereka sukakan cerita-cerita lama.

Teruskan berkarya walau gaya apa sekali pun...

zino said...

tulis apa yg kita suka atau apa yg orang suka hehe

ShirVen said...

ting tong :) tulis je pa2 yang terfikir atau apa2 yang menarik di persekitaran kehidupan. kdg2 yang ringkas pun boleh menarik. -salam-

Pok Li said...

Zara
Insya Allah. Tetapi kadang-kadang idea tu tak mari :)

zino
ada yang kita suka tapi orang tak suka. Ada juga yang orang suka kita tak suka pula. Aneh kan...

Shir Ven
Setuju

mem-Besar said...

salam !! cam air gak ado pasang surut .. menulis diblog pun gitu. trima kaseh ziarah blog akak.

Tirana said...

Pok Li...

Saya pun sibuk juga sejak akhir2 ini...tak dapat ziarah selalu blog kawan2..

hehehe..pelanggan? Pasti Pok Li ada pelanggan tetap...saya rasa ada 27 orang dalam senarai pelanggan Pok Li..Apa pun, semoga Pok Li terus berkarya... Ada hadiah untuk Pok Li di blog saya sebagai penyuntik semangat untuk terus menulis. Jika ada masa, boleh la claim hadiah tu di blog saya.

nazirul mubin said...

sy lagi cibuk..maen2 lagi...tulis tntg cite dlu2...zmn kank2..best gak

en_me said...

bz gilerr pokli tewww.. ammvoiii

Sidratul Muntaha said...

salam
please vote me as supermummy amazing blogger award at the top banner in my blog!
thanks in advance.

ikan emas said...

Pok li'
Kita ni manusia biasa
adakala gembira
kita suka
adakala kecewa
kita duka
dalam tahu
kita lupa
dalam ingat
kita leka
dalam sedar
kita lena..

Anonymous said...

yang penting terus berblog
huhuhu

Pak Pelandok said...

Pok Li

Perjuangan itu berbagai wadah

Dakwah itu berbagai kaedah

Kebijaksanaan anugerah Allah

Perlu digagahi jua

Namun begitu kedang : ada pasang surutnya.....itukan lumrah baharu dan alam ini.

Tabahkan hati dan Teruskan titisan minamu.......

Anonymous said...

lama tak menjenguk laman blog pok li ni...semakin hari semakin sibuk..bimbang tak sempat update blog seperti selalu....semoga Allah bagi peluang kita untuk terus menulis demi kebaikan bersama

harmdone said...

Pok Li...

first time kat blog ni...tapi tengok macam kenal je..lawatlah blog saya
http://acapmuar.blogspot.com/

The Island of NAMOYAKI, said...

salam pok li,

[suka baca tang, hehehehe alasan..]

ok, pokli, pok li tulis cerita macam hari tu,

'orang kita',

cerita macam tu cerita realisma,
orang suka baca, (rating paper METRO naik sebab cerita dia cerita real', yang sedang berlaku,

pokli pun orang real, tak dak selindung2.
pok li belasah jer, kalau ada sapa nak pukui pok li, pok li habaq kat saya, hakakakaka... pok li seorang penulis yang berhemah, takper.. respect tetap ada,

cerita real macam 'orang kita',
ada yang tak sanggup baca,
sebab mungkin tak percaya, atau mereka ingat reka-reka,

pok li sentuh terus hinga ke lubuk hati yang paling dalam, atau terus sentuh ke tulang hitam,

kalau pok li nak idea senang jer, pok li naik bas awam,
pegi pasar atau ke mana-mana,
1001 macam malah berjuta cerita saya jumpa, ni real ni,
especially bila bas penuh rapat, ada pulak yang ambik kesempatan dok buat aktiviti tonjol menonjol,

tonjol-tojol menonjol ni dulu masa naik bas mini, si penonjolnya jantan, tapi sekarang terbalik pok li, si penonjolnya jantan jugak, tapi jantan tonjol jantan, waduhhh...


pokli,
ampun, saya sudah terlebih bicara, takut...
tak mau cakap banyak dah aa..

Ahmad Belia said...

boss, ito tu orang negeri sembilan alik mana? kuala pilah ke ?

Abu Aiman said...

Salam Pok Li,

I really like your writing, especially tang cerita2 ala2 kisah benar dan cerita dulu2. Ada pengajarannya.

Teruskan menulis...

Pok Li said...

Kepada semua yang beri komen terima kasih. Mutakhir ini saya sudah semakin sibuk.

mem-besar
Ziarah di alam maya pun kadang-kadang tak sempat

Tirana
Terima kasih jadi pelanggan saya. Sekarang dah 28 pulak. Terima kasih.

Nazirul mubin
Masing-masing ada kesibukan yang tersendiri...

en_me
Gitewww le en_me.

Sidratul Muntaha
Insya Allah..

Ikan Emas
Ya lah nak buek cam no.. dah jadi macam tu..

peminat jutawan malaysia
Semoga saya diberi kudrat.

Hamrdone
Pasti tuan..

Zul rahman
Terima kasih kerana bagi cadangan. Jika ada modal saya akan tulis.

Ammosham
Saya dah tak ingat tuan. Tak silap saya Ito orang Jelebu.

Pok Li said...

AzD
Terima kasih kerana terus menyokong.