Sudah beberapa kali saya ‘mendarat’ di Pulau Kapas yang indah ini. Pulau yang bukan sahaja hampir dengan tanah besar tetapi turut memiliki panorama yang menarik. Flora dan faunanya antara yang terbaik di dunia. Sebahagian gambar-gambar pulau ini telah saya paparkan di Blog Bila Terakam. Kedatangan saya hanya menyertai kumpulan bergotong royong membersih pantai sempena Marang Kapas International Swimathon yang akan berlangsung pada 12 April ini. Kalau ada yang berminat hendak melihat kegigihan mereka merentasi laut sejauh 6.5 km dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut …… mai le ke Marang. Tahun lepas saya turut kagum apabila seorang OKU turut serta.
Ketika melepaskan lelah berhampiran sebuah chalet sambil mengambil gambar dari sudut-sudut yang menarik sempat juga saya berbual dengan tuan punya chalet ini, Kayan namanya. Ibunya keturunan Swedish, bapanya keturunan Ceylon Tamil yang telah datang ke negara ini sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi sebagai guru geografi. Selepas negara berpisah dengan Singapura sebahagian keluarganya menetap di Singapura, manakala sebahagian lagi menetap di Malaysia.
Kayan dibesarkan di Pulau Pinang, kemudian merantau jauh keluar negara. Pergi kemerata-rata tempat di dunia ini dan pernah bekerja di Peranchis. Kembali semula ke Kuala Lumpur dan memulakan kerjayanya sebagai usahawan dan pada satu ketika begitu hampir memasuki dunia korporat. Namun saya tidak mengetahui apa punca sebenarnya kenapa dia datang ke Pulau Kapas. Cuma katanya, pertama kali dia menjejaki kaki ke pulau ini dia terus jatuh cinta… cinta pandang pertama. Selepas berada seminggu di Pulau Kapas Kayan pulang semula ke Kuala Lumpur. Tapi ada sesuatu yang menggamitnya untuk datang kembali. Kembali dengan satu niat, menikmati sepuas-puasnya kehidupan di pulau ini. Dari sehari, seminggu dan memasuki bulan-bulan berikutnya dia leka dengan kehidupan ‘barunya’. Setiap hari dia akan berjalan di gigi air, menyelam, mandi-mandi dan berbaring dipantai yang putih bersih itu. Dia telah menjadi ‘budak pulau’, dia sudah membuang kehidupan lamanya. Tanpa kot dan tie. Tanpa kereta, tiada lagi ‘kehidupan malam’, tiada lagi rumah mewah, penghawa dingin, tiada lagi kesibukan, tiada dan tiada lagi…… .Dia telah kembali ke alam semulajadi menikmati desiran angin, bunyi alunan ombak, serangga dan burung. Tidur berkelambu, mandi air bukit, tanpa penyaman udara, makan ala kadar. Kayan telah membuang kehidupan lampaunya untuk hidup sederhana. Tidak pernah sebelum ini dia bertemu kehidupan yang begitu mengasyikkan kecuali di pulau ini. Pulau Kapas.
Setahun menikmati kehidupan baru. Dia nekad mencagar rumahnya di Kuala Lumpur dan membeli kawasan chalet yang dia huni. Dia bertekad untuk terus berada di pulau ini selagi masih ada kudrat. Kalau anda ke Pulau Kapas pasti akan terjumpa seorang lelaki berkulit gelap, memakai kain tanpa jahitan diikat di pinggang dengan badan berlenggeng berdiri di tepi pantai. Di belakangnya ada sebuah chalet bernama KBC. Terlupa pula untuk bertanya apa maksudnya. Biarlah saya menekanya, mungkin bermakna Kayan Beach Castle :).

16 comments:
bestnye g pulau... sy teringin nk pergi pulau perhentian... sampai skrg lum penah pergi
Saya pun belum jugak :). Mungkin satu masa satu ketika saya akan pergi juga.
mood tengah jiwang la ni,
salam pokli
almo laie eden nk poie pok li..hehe..ape2 pun pulau kapas memg cantik dan indah...merahmatkan alam orng2 di sana x pok li ?
Saudara Zul
salam kembali
Saudara nazirul
Memang cantik. Tapi kalau dah dekat ni jarangkali juga untuk pergi.
batol dah la tu kot tekaan pok li..hikhik..
Really beautiful posting! Excellent photo! Happy day!
teringin giler nk p pulau kapas..huhuhuh...
Salaam Pok Li,
Belum pernah sampai pulau kapas walaupun selalu dok tengok dari jauh...
Handsome jgk mamat tu ya ..
Biar hidup sederhana asal hati senang..tak guna hidup penuh kepuraan di luar nampak hebat tapi di dalam ...bagai ada tsunami.
Banyak pulau kecil lain yg boleh diterokai..kita hanya nampak yg jauh sedangkan ada tempat yg dekat dgn kita msh belum kita terokai..
Cuti-cuti Malaysia.
Kat NS , ada Kg Pulau ,Kg Pantai tapi tak de lautnya..
Assalamualaikum Pok Li,
Saya pun teringin nak pergi ke Pulau Kapas tapi tak tahu macam mana nak ke sana. Dengar juga mengenainya.
InsyaAllah, nanti mungkin sampai juga jika diizinkan Allah swt.
fahana_ann
Boto ko, dapat empat markah tak :)
Mr David
Tqvm
Budak Hijau
Pulau yang hanya 10-15 minit boleh sampai. mari melancong.
AzD
Jika berkesempatan singgah le. Tambang bot sekarang dah agak murah, ada yang menawarkan RM18.00 pergi dan balik.
ikan emas
Setuju. Kehidupan ini perlu sederhana. Mengikut keselesaan dan kemampuan kita.
Melayuangkat
Salam, puan. Tak susah nak pergi Pulau Kapas ini. Penginapan dan chalet pun ada di pulau ini. Kalau tak mahu bermalam boleh bermalam di bandar Marang atau di Kuala Terengganu. Di Bandar Marang boleh tidur di Hotel Sri Malaysia atau Riverside atau pun resort yang menawarkan pelbagai harga yang berpatutan. Dari Marang ke Kuala Terengganu sekitar 18 km. Manakala dari Jetty Marang ke Pulau Kapas hanya mengambil masa antara 10 ke 15 minit sahaja. Perkhidmatan bot empat kali sehari mula jam 10.00 pagi dari Marang dan bot terakhir dari Pulau Kapas jam 5.30 petang.
Memang, siapa yang tidak bahagia dilingkungi alam semulajadi yang sentiasa berzikir memuji-muji Tuhan?
Teringat saya kisah srikandi Islam Maisun bt Bahdal, isteri Muawiyah bin Abu Sufyan dan ibu kepada Yazid bin Muawiyah. Dia berasal dari padang pasir, tetapi dilamar oleh Muawiyah kerana kecantikan dan kecerdasan akalnya. Namun akhirnya dia diceraikan kerana merindui kampung halamannya di tengah gurun itu.
Begitu hebat panggilan pulau bagi Kayan ni. Dah round the world, di Pulau Kapas juga hati tertawan..
Pulau2 di M'sia memang cantik, belum habis island-hopping. Rasanya filem duyung tu dibuat di Pulau Kapas ni..memang cantik, menarik & tertarik..
Ummu Najah
Hebat kisah kecintaan kepada kampung sendiri. tapi orang sekarang suka hidup dibandar, Nak buek camno
nohas
Dah tukar nama ke. Apapun memang pulaunya cantik. Orang tempatan mungkin rasa biasa. Keindahannya hanya orang luar sahaja yang tahu. :)
aaaaaaaaa mmg teringin nk ke pulau kapas +.+
Post a Comment