Apr 23, 2009

Popular


Semalam, saya telah menemui kenalan lama, Majid di Kuala Terengganu. Kami telah berbual panjang di Restoran Talk of The Town. Dia telah mengikuti konvoi Jelajah Malaysia 2009 yang singgah dan bermalam di Kuala Terengganu. Hari ini konvoi itu meneruskan lagi ‘kayuhan’ mereka sejauh 199 km dari Kuala Terengganu ke Kuantan. Laluan landai terpanjang selepas melalui jalan-jalan berbukit di Grik, Perak dari Sungai Petani. Majid adalah pengulas sukan dan juga DJ Radio Asyik Fm atau juga dikenali sebagai Radio Orang Asli. Radio yang telah menghiburkan ratusan ribu masyarakat minoriti Orang Asli di penempatan Selangor, Pahang atau sebahagian kecil di Negeri Sembilan,. Terengganu, Kelantan dan Johor. Ramai juga pendengar atau peminat radio ini terdiri daripada orang Melayu. Tentunya kerana lagu-lagu yang diputarkan oleh Dj-Djnya memang amvoiii.... Bagi generasi lama Orang Asli, mereka adalah pendengar fanatik lagu-lagu ‘sewang’. Lagu sewang yang menghiburkan ini juga digunakan sebagai kaedah merawat pesakit di kalangan Orang Asli. Kaedah perubatan menggunakan nyanyian juga terdapat dalam masyarakat Melayu seperti Ulek Mayang di Terengganu ini. Apa pun lagu sewang kini sudah ada unsur pembaharuan dengan lirik lagunya dimasukan sindiran dan kritikan kepada norma dan kehidupan orang Asli.

Saya tidak berhajat untuk bercerita mengenai radio ini, tetapi saya masih mengingati beberapa nama juruhebah yang popular di zaman saya, Karim Muhammad yang sering menjadi pengantara Rancangan Berbalas Pantun yang tersohor itu. Selepas itu lahir pula Zainal Din Zainal yang telah memulakan era Dj di Radio KL. Selepas itu lahir lagi beberapa Dj Radio yang bukan sahaja hebat tetapi cukup berpengaruh seperti Noramin dan Tengku Mariam, Chuari Selamat dan Ainol Jamal.

Walaupun kini stesyen radio sudah tumbuh bercambah, tiada seorang juruhebah atau Dj yang mampu menarik perhatian saya. Mungkin suara juruhebah dulu lebih merdu daripada suara Dj kini yang hanya lebih jerit. Atau pun juruhebah dahulu lebih bersopan dari Dj sekarang yang cakap sebarangan sahaja.

Cuma saya teringat kata-kata Zakaria M.Z., bekas Pengarah Instiutut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) “ janganlah ingat bila kita sudah menjadi juruhebah kita berasa popular. Letakan seekor kambing dan biarkan ia mengembek setiap hari di radio selama sebulan. Selepas sebulan keluarkan kambing tu dari konti, pasti akan ada orang telefon, mana perginya kambing itu. Mereka popular kerana ke udara atau keluar setiap hari di kaca tv". Sudah tentu selepas bertahun-tahun tidak ke udara bukan sahaja mereka tidak popular, mungkin juga tidak dikenali lagi.

Cuma dalam dunia maju dan penggunaan media baru yang semakin berkembang sekarang peluang untuk menjadi popular juga semakin terbuka seperti berblog ini. Seronok ke jadi popular ni. Ha, ha, ha,

14 comments:

Brahim Nyior said...

Pokli,

Bercakap tentang juruhebah radio ni, teringat sorang juruhebah RTM dulu, namanya Ainol Jamal Zainal, orangnya hitam manis, sekarang tak tahu di mana...

RTM sebenarnya banyak melahirkan juruhebah berbakat satu ketika dulu, terutama ketika belum adanya radio swasta seperti mana sekarang.

Semasa belajar dulu, saya suka dengar juruhebah rancangan Pilihan Bersama, jam 9 malam hingga 11 malam, saluran .. FM..lupa lak..

zino said...

teringan noramin dengan rancangan moshi moshi hehe

Don Balon said...

Pokli,
Koi sebut hey radio memanc koi pebret no 5 persiaran 1 sampei ke le ni takde yanc best pada tu koi rasa..
ehh..rupanya koi takde dengor radio le ni gamoknya..
time naik keta je kadanc2 koi on jugek ikim.fm atau pahang.fm yang coveragenya sampai ke pelabuhan klang.. sampai ke gemas..
tapah.. kemaman..peww.. :)

Abu Aiman said...

Pok Li,

Untung sekarang ada internet, masih boleh dengar radio2 melayu walau berada ceruk rantau mana pun.

Brahimnyior, saya layan juga Pilihan bersama tu, curi2 bawak walkman ke asrama dulu. Radio, Radio Muzik...;)

fahana_ann said...

hehehe..sronok ke?huhu..anugerah dj popular..anugerah blog popular tak de?hehe

ikan emas said...

PokLi juga seorang DJ yg hebat..
sygnya stesyen tu dh takde lagi..rugi bakat yang ada, PokLi kena gilap jg jangan bagi berkarat pulak!,turunkan bakat dan ilmu itu.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

hmmm... pokli promosi baik punya

nohas said...

DJ dulu-dulu bercakap tenang & lembut, ketawa pun sopan..yg mendengar pun rasa seronok..

Suka tgk Chuari Selamat jadi MC Pertandingan Pantun...very lively..

en_me said...

maner perginya halim othman ittewww..

Universal Squad POWERED by HOTS said...

hi POKLI
suka baca cerita POKLI,

Pokli,
caring is sharing,
sharing is caring.

friends,
friends are like family,

"we are family"

come visit us at:

http://universalsquadpoweredbyhots.blogspot.com

see you there!

Tirana said...

Betul Pok Li DJ dulu2 ada ummmph...Saya suka dengar celoteh karim muhamad dan chuari selamat.. DJ sekarang ni ramai yang saya tak kenal..Mana nak kenal, dengar radio pun jarang sekali..hehehe..dengar masa memandu aje..

Seronok ke jadi popular? Payah bila dah jadi popular...Pergi ke mana saja orang akan kenal...Nak berlakon jadi gila-gila sikit pun susah..hehehe..

Pok Li said...

Saudara Izuddin
Saudara Ainol Jamal ini dah berhenti khabarnya berniaga. Mungkin berniaga lebih bagus dari jadi Dj.

Zino
Saya suka rancangan Noramin dengan Tengku Mariam. Apa itu Apa ini :)

Don Balon
Ada satu lagi rancangan khusus untuk petani Kebun Pak Awang,telah ditamatkan ketika Felda sedang rancak dibuka dengan rancangan baru Fajar di Bumi Permata.

AzD
Memang sekarang dah canggih sangat. Kita mengetahui banyak perkara walau pun kita jauh dari negara sendiri.

Ikan Emas
Sesekali datang juga gian tu. Tapi apa nak buat, zaman telah berubah.

Otai
Sesekali kena promosi juga. Baru ngammm ho.

nohas
Memang bakat orang lama dan berpengalaman seperti Chuari sukar untuk dicari

en_me
Halim Othman. Saya pun tertanya-tanya mana perginya. Wang Besar, wang besar pun dah tak nampak jua

Squared Power
Terima kasih kerana melawat.

Tirana
Saya suka Dj lama. Dj Baru mungkin untuk generasi baru

nazirul mubin said...

mgkin benar ape yang pok li kata.. yang baru untuk yang baru..
tp kdng2 bleh jugak sy lyn dj lame,,,ehehe

Anonymous said...

Dj ainol jamal pakcik sy...skrang die memancing je keje huhu