Apr 26, 2009

Travelog - Daging Salai


Saya terasa macam budak-budak pulak minggu lepas, bila tak sabar-sabar untuk ‘turun’ ke Pantai Barat. Dari Marang melalui Ajil ke jalan Jerangau-Jabor terus ke Lebuhraya Pantai Timur. Jalannya agak sunyi tetapi menjimatkan lebih kurang 30 ke 40 minit masa perjalanan. Kemudian menyimpang turun di simpang Gambang terus ke Bandar Muadzam, memasuki ‘lebuhraya Keratong’, Bandar Baru Jempol, Batu Kikir ‘Jembatan Bosi’ sebelum singgah mengambil anak di Matrikulasi Negeri Sembilan Kuala Pilah. Berbaloi rasanya perjalanan tanpa ganguan itu. Alhamdulillah.

Berpusing-pusing di Pekan Pilah, mencari kedai makan yang ada jual gulai ‘daging salai’. Tapi tak jumpa. Saya terfikir kenapa makanan popular ‘nogori’ ini tidak dipromosi dengan baik. Sepatutnya ia dijual terutama di Pekan Pilah yang bukan sahaja ramai orang Melayu tetapi laluan utama, Pantai Barat ke Pantai Timur. Pekan Pilah, ‘pekan budaya’ yang masih kuat tradisi dan pengaruh adat perpatihnya. Medan Selera di tepi simpang tiga Seremban-Bahau-Tampin itu juga tidak diurus dengan baik. Gerai-gerainya nampak lesu sahaja. Tentulah tidak cukup jika gulai ini hanya dijual ketika bulan Ramadhan sahaja. Biarlah ia di jual sepanjang tahun. Pekan Pilah boleh di gelar Pekan Daging Salai, seperti mana Bandar Temerloh yang terkenal dengan gelaran Bandar Ikan Patin. Walaupun daging salai masih dijual di sepanjang jalan Juasseh atau kedai-kedai di Terachi, tapi orang lebih suka membeli daging salai ‘gulai’ itu daripada memasak.

Akhirnya kami membuat keputusan singgah makan di Restoran Negeri di Seremban. Restoran yang tidak pernah berubah namanya semenjak tahun 1972 lagi. Bukan makan nasi daging salai tapi mee rojak ‘taruk’ telur. He he he.




17 comments:

Don Balon said...

Pokli..
Kawasan Jelebu banyok koi tengok..
koi sokmo balik ikut laluan Beranang(SGOR)-Lenggeng(N9)-Kuala Klawang-Simpang Durian-Simpang Pelangai (PHG)-Bandar Bera-Temerloh-Bandar Jengka-Kota Gelangi..

Dalanc kawasan jelebu banyok koi tengok namun tok pernoh sekali koi turun beli..
lepeh ni koi nok tre la sekali..
:)
Tamboh lagi pokli selepas istilah ICT, TCP/IP kita..
DSN=Daging Salai Nogori..
p/s A data source name (DSN) specifies a data structure that contains the information about a specific data source (database or other source) that an Open Database Connectivity (ODBC) driver needs in order to connect to it. A DSN may reside either in a registry or in a separate text file.
http://en.wikipedia.org/wiki/Database_Source_Name

FARYN said...

masak lemak cili api daging salai campur bacang...hahahaa...

RY said...

hah pokli.

baru2 ni abg ipar saya tanya mana short cut paling short dr kuala t'ganu ke nogori. tanya kami mana la tau. tau jalan biasa je ha...nanti kalau dia tanya lagi, saya bgtau pokli.

ikan emas said...

Restoran banyak ..waktu tengahari mungkin msh boleh jumpa menu negeri ( jenguk la ke Restoran Nelayan ,Ar- Raudah ) tp malamnya keliling satu Seremban semuanya menu tomyam,nasi pattaya,paprik dan yg sama sepertinya..

Abu Aiman said...

Salam pok li.
Kadang2 yang kita teringin tu cari tak dapat, bila time tak teringin ada pulak.

gulai daging salai, sodap tu. Saya bab2 gulai ni memang 'hantu'.

en_me said...

laluan 'silk' ghitewww..

nohas said...

Sekali-sekala macam budak2 takpe..Restoran Negeri tu, mesti restoran mamak kann..

zara said...

Saya pernah dua kali makan di restoran R&R di Merlimau baru-baru ini. Daging salai masak lemak ada dijual. Memang best! Tapi tak tau ler, mereka ada menjualnya hari-hari.

zino said...

den memang suko bona daging salai ni.. jauh pulak nak pogi boli.. hehe

Ahmad Belia said...

boss, masa budak2 dulu. ada satu bank punk nama the bollocks yang berasal dari kuala pilah.

kuala pilah dulu terkenal dalam dunia muzik underground dengan nama " CHAOS KP! "

memori betul dengan KP!

Jorji said...

halllooo..

sebagai orang pilah,den berbosar hati nak bagitau, budaya makan diluar(kodai) di kuala pilah atau batu kikir tidak begitu besar,terutama gulai. sebab setiap rumah masak gulai setiap hari..hehe
walaubagaimanapun,ada sebuah restoren yg sangat bagus,terutama utk segala macam gulai,daging salai atau ayam di Kuala Pilah,iaitu di blok bangunan berhadapan masjid kuala pilah. saudara akan nampak CIMB disitu dan juga kedai gunting rambut Sugu (kodai gunting rambut peribadi saya). Nama restoren itu ialah restoren Pepatih. Singgah la..kemain sodap gulai eh.

Di Seremban pula,saudara boleh mencuba singgah makan di restoren Nelayan, di Rahang. berhadapan dgn padang latihan pasukan bola N9. Sila tanya warga seremban tentang lokasinya jika tak jumpa. Direstoren ini,segala macam daging yg boleh dimakan manusia, ada dijual dalam bentuk gulai.

Bayangkan!

ada banyak lagi destinasi makan yg sodap2 di kuala pilah dan seremban.
nanti saya update saudara.

Jorji said...

alamak, nak tambah!

kodai2 makan kek simpang tampin,seremban bahau tu pernah meriah diwaktu dahulu. waktu itu hospital kuala pilah terletak dibelakang medan selera itu.bila hospital di pindahkan ke pekan Melang (2 kilometer dari kuala pilah,jalan menuju ke seremban) medan selera itu terus tak berselra lagi dan hilang tumpuan.

Universal Squad POWERED by HOTS said...

ahhh.. laparnyaaa...
sedap giler, baca pokli cerita terus rasa lapar nyum nyum nyum

fahana_ann said...

huhu..lapaq plak..

Pok Li said...

Don Balon
Tak kira lah macam mana pun Don istilahnya janji sodap :)

Faryn
Lama dah tak makan bacang

Razor
Dah duduk nogori ke pulak

Ikan emas
Restoran Nelayan tu tauke nya orang kampung saya. macam mana saya boleh lupo lak.

AZD
Daging salai memang 'kesukaan' saya selain gulai masak cili padi.
Kalau ada tempoyak lagi best.

en-me
Tidak sejauh lauan silk. Ghitewww

nohas
Restoran Mamak. Ada sentimental value tu.

zara
Sebelum balik Terengganu saya singgah di R&R Nilai (Arah Selatan), makan daging salai di gerai yang tengah, sodap tu.

Zino
Kalau suka, jauh pun tak apa.

Ammosham
Ye ke. Alamak ketinggalan betul saya dengan kugiran ini.

j or ji.
Terima kasih kerana maklumat itu. Kalau saya tau dah lama saya singgah. Maknanya lama betul saya meninggalkan Pilah sehingga restoran yang baru pun saya tak tahu. Oh ya, saya cukup suka makan mee kari depan rumah murah jalan Melang atau berhadapan dengan stesyen minyak petronas tu, Mana kedai itu sudah pindah ya. Saya rindu dengan keenakan mee karinya yang cukup rasa itu.

Universal Squad
Kalau lapar makan aje.Ha ha ha

Fahana_ann
Sama juga lapar makan kenyang berhenti :)

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Anonymous said...

Very nicce!