Jun 4, 2009

Menunggu Hari Gelap


Dari lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star ke Kangar menaiki teksi mengambil masa lebih kurang satu jam. Sesekali singgah di Bandar Kangar yang sudah lebih dari sedekad tidak dikunjungi membuatkan saya teruja untuk menerokainya. Selepas ’masuk’ hotel saya keluar kembali dengan berjalan kaki. Sementara menunggu hari gelap, satu persatu jalan di bandar ini saya jejaki, satu persatu juga bangunan dalam bandar ini saya temui, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), perhentian bas, perhentian teksi, Pasaraya The Store, bangunan lama dan baru, singgah sekejap di beberapa buah kedai buku dan akhirnya saya kepenatan dan lapar.

Mungkin juga sudah menjadi ’tabiat’ manusia, setiap kali datang ke tempat baru pasti mencari kelainan dan yang paling utama ialah makanan. Apatah lagi makanan di Perlis tentulah jauh berbeza dengan makanan di Terengganu yang manis-manis belaka itu. Akhirnya saya singgah di ’My Town Kopitiam’ di jalan Bukit Lagi menikmati hidangan ’Nasi Siam” . Nasinya dicampur dengan isi udang dan telur, ditambah dengan dua ketul ayam dan keropok udang bersama teh o limau panas. Mungkin juga kerana perut sudah’berkeroncong’, berselera betul saya makan petang itu.

Ketika balik menuju ke hotel, saya terlihat gerai Fatimah Nasi Kandar bersebelahan Pasaraya Aneka di Jalan Syed Alwi itu begitu ramai pelanggannya sehingga panjang beratur. Tentulah rasa masakannya begitu istimewa....., malangnya perut saya sudah kenyang. Kalau tidak kerana saya akan ke Tasoh Resort & Retreat di Beseri awal pagi besoknya, mungkin saya sanggup beratur juga........

12 comments:

nohas said...

Gerai nasi kandar memang selalu begitu, beratur panjang, tapi servisnye cepat..

Campuran gulai nasi kandar sedap hingga menjilat jari..kalau dtg KL, boleh try Kudu Nasi Kandar dkt Tune Hotel, Jln TAR..

Sharps Shooters said...

hui.. lapar plak dah .. :P

salam ... ada masa.. lawat2 blog ni...

1. http://minusion.blogspot.com/
2. http://cendawan-goreng.blogspot.com/
3. http://trendpolitik.blogspot.com/
4. http://apasiapadimana.blogspot.com/
5. http://mynameisdot3x.blogspot.com/
6. http://papanzz.blogspot.com/
7. http://penggeletek.blogspot.com/
8. http://soulreaper-abarai.blogspot.com/
9. http://h2o-orihime.blogspot.com/
0. http://senyumrindu.blogspot.com/
1. http://sharps-shooters.blogspot.com

zara said...

Wah! Bercuti juga ya Pok Li...

Tahun sudah saya melawat Perlis. Apa lagi kalau tak gi shoppin di Wang Kelian & Padang Besar. Tak ada beza harga dengan yang dijual kat Kajang. Kat Chow Kit lagi murah.

Makan di Kuala Perlis memang cekik darah! Agaknya bila kita tak berapa pandai bertutur macam diaorang... memang kena sembelih lah...

Saya tetap puji makanan di Kedah masih murah. Begitu juga di Trengganu dan Kelantan. Cuma dua negeri ni suka manis-manis. Tapi masih okey...

Saya teringin nak tengok penyu telor... bulan bila agaknya ya...

Abu Aiman said...

Entry pok li ni buat perut saya 'berbunyi'. Masih kat school, Laparr sbb makan sandwich aje tadi.

Teringat makan laksa kat kuala perlis, depa bubuh macam2 sayuran, antaranya pucuk gajus/janggus, daun selom, pudina selain dari yang biasa2 tu. Best!

etomyam said...

Salam Pok Li,

lama benar tok singgah sini, suke makan belah-belah utara, murah

theblabber said...

selamat cuti-cuti!! :)

budak kecik said...

salam buat pok li:

buka je ruangan blog pok li,mesti gambar makanan.lapar la pulak..adeii..hehe..pok li mcm abah yin,ske makan..kalau nasi kandar,kat ipoh byk,restoran nasi kandar dah mcm cendawan tumbuh..abah kata,nasi kandar dulu masa zaman2x nasi tu digandar lagi sedap berbanding sekarang sebab rata2x ramuan n rempah ratus tu digiling sendiri secara manual
tapi byk kolestrol la pok li..(-_-")

Don Balon said...

Argghhh...
Pokli..
Koi dan nasik kandar memang berantu.. kuikui

Tirana said...

Pok Li...

Kedai yang ramai pelanggan macam tu biasanya sedap..hehehe..tapi nak queue tu yang malas sikit..

p/s Saya masih di selatan tanah air.

ikan emas said...

Ek pe sal entri PokLi ni asik fasal makan jer...
ikan emas teringin nak makan nasi dagang makchik kenit yg karinya harga RM45 tu? tunggu PokLi pelawa..

Pok Li said...

nohas
Saya akan turun KL pertengahan bulan ini, cadangan yang menarik. Kudu Nasi Kandar, kedai P.ramlee selalu datang dulu ke?.

sharps shooters
Terima kasih kerana singgah

Zara
Saya pun tak pernah tengok penyu bertelur. Tapi tempoh bertelur hampir sepanjang tahun dari Januari sehingga Oktober. Berkunjunglah ke Rantau Abang.

AzD
Tak sempat nak rasa semua tu, kecuali semasa balik singgah di Alor Setar makan mee kari.

e-tomyam
Terima kasih kerana masih singgah juga di blog ini, saya juga dah lama tak menjengok blog saudara dan blog-blog yang lain. Ada sikit sibuk tuan.

budak kecik
Semua makanan dulu lebih sedap dari sekarang, mungkin kerana masakan itu guna cara tradisional ataupun bahannya diadun dengan teliti. Dulu pakai arang, sekarang dah pakai elektrik dan gas, rasanya pun tak umphh dah.

Tirana
Ada kedai yang popular macam tu pakai nombor. Mungkin tak perlu beratur. Saya mengucapkan Selamat bercuti. Elok lah ambil angin selepas tak berapa sihat hari tu.

Don Balon
Saya pun suka makan nasi kandar, masa duduk Penang dulu hari-hari makan Nasi Kandar. Paling best di Chowrasta Nasi Kandar Lauk Ketam.

miezi
Selamat-selamat-selamat. Tapi saya ada tugas tu. Lihat Travelog saya seterusnya he he he.

Ikan Mas
Cerita kadang-kadang tak berapa sedap. Cerita yang paling sedap, cerita makan le. Mari le ke Terengganu, saya boleh bawa ke kedai Kak Yah tu. Saya tak pernah makan disitu, bukan kerana mahal, kerana saya tak makan nasi dagang.

nohas said...

Oo..Pok Li pun tau, memang arwah P.Ramlee selalu dtg ke Kudu Nasi Kandar..saya tau sebab tengok banyak keratan akhbar tampal kat dinding kedai..