Nov 5, 2008

Bagaimana Menjadi Kaya


Semalam saya telah memasuki sebuah bank yang popular di Jalan Paya Keladi, Kuala Terengganu. Bank ini bukan sahaja popular tetapi juga telah mencipta sejarah dengan melancarkan iklannya di pesawat terbang Air Asia. Begitulah ‘gah’nya bank ini, mengeluarkan berjuta-juta ringgit zakat perniagaan dan diramal meraih keuntungan RM 1 bilion pada penghujung tahun ini. Bank tersebut juga percaya bahawa krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang tidak menjejaskan operasinya. Malah amat yakin kepada keupayaan pelanggan-pelanggannya untuk membayar balik pinjaman.

Ketika menunggu-nunggu nombor giliran, saya ‘bertegur sapa’ dengan seorang anggota polis berpangkat koperal. Perbualan kami hanya berkisar kepada cerita biasa-biasa sahaja, sehingga lah saya bertanya tentang urusannya ke bank itu.

“Saya dah meminjam hampir 15 tahun”,
“Dari bujang lagi”.
“Nak menyimpan sendiri susah”
“Cara paling mudah, saya pinjam”
“ Tapi saya pinjam bukan untuk joli”
“Saya simpan”
“Ada RM 100,000 dah ke”. Tingkah saya
Matanya memandang ke siling. Macam duit nya ada kat situ pulak.
“Ada lah sikit-sikit”, Tapi senyumannya lebar.
“Saya dah beli rumah dua buah”
“ Sebuah tu saya beli di Gong Badak”
“Sekarang budak-budak UMT yang sewa, RM 500 sebulan’
“Kira macam saya tak payah bayar lah, dia orang yang bayar”.
“Saya dah beli tanah juga tiga ekar di Pahang, kongsi adik beradik”

Kalau bukan kerana nombor gilirannya dipanggil, saya pasti akan berkongsi cerita ‘kejayaannya' itu. Saya percaya Koperal polis tadi tidak belajar secara formal untuk menambah simpanan dan mengumpul asetnya. Saya juga percaya dia tidak pernah mendapatkan nasihat daripada perunding kewangan. Dia hanya belajar dan dinasihati oleh rakan-rakan seniornya secara percuma. Motonya mudah, ‘Meminjam dan Menyimpan’. Sudah tentu dia percaya kepada ‘nasihat’ tersebut kerana melihat rakan seniornya bersara dalam keadaan ‘berwang’ dan ‘berharta’. Jangkaan saya umurnya baru mencecah 40 tahun. Saya juga percaya jika dia terus mengekalkan tabiat menyimpan dan menambah aset sedikit demi sedikit, dia juga akan bersara dalam keadaan ‘berwang’ dan ‘berharta’.

“ Huuui…seronok encik, hujung tahun tengok duit kita bertambah”.
“Walaupun saya meminjam, setakat kawan-kawan ajak belanja Kentucky saya tak lari” :).

Cerita koperal polis ini bukanlah cerita aneh. Malah ia juga bukan cerita baru. Sebahagian daripada cerita tersebut telah ditulis dalam buku pengurusan kewangan, termasuk buku-buku yang berjudul “Bagaimana Menjadi Kaya”. Pengalaman koperal ini telah mengingatkan saya kembali kepada seorang kawan yang kini telah juga bersara dalam keadaan ‘berwang’ dan ‘berharta’.


Haji Ishak telah mula menyimpan sejak awal tahun 1980 an lagi. Ketika itu ASN baru sahaja dilancarkan. Dia nekad menyimpan RM1000 sebulan selama enam tahun berturut-turut. Takdir telah menyebelahinya. Tahun 1990 ASN telah memberi dividen dan bonus yang tinggi kepada pendepositnya. Selepas tabungan ASN nya penuh ia beralih pula kepada tabungan ASB. Hari ini dia bukan sahaja memiliki sebuah rumah ‘bungalow’ tetapi juga sebuah rumah ‘tradisional’. Memiliki berpuluh-puluh ekar tanah, beberapa buah kereta dan turut berbahagia dengan pencapaian akademik anak-anak yang sebilangannya sudah mempunyai profesyen sendiri. Apa yang istimewanya, Haji Ishak bukan ‘orang berniaga’ dan ‘berpangkat besar’. Haji Ishak adalah orang biasa yang telah menjadi luarbiasa. Dia telah berjaya mengubah takdirnya. Dia telah sanggup ‘berakit – rakit dahulu, berenang-renang ketepian’. Sebelum bersara pada tahun 2004 dia sudah mempunyai pendapatan melebihi RM 6,000 sebulan, jauh melebihi pendapatan pegawai-pegawai kanan dipejabatnya. Mungkin dia tidak pandai melabur tetapi dia tahu mengurus kewangannya.

“ Aku sepatutnya dah boleh pakai kereta Merc dah, Li”
“Tapi cukup lah aku pakai Waja ni saja”


Tidak sukar menjadi kaya, ia boleh dipelajari, yang perlu hanya sedikit usaha dan banyak bersabar. Hari ini ramai yang tidak belajar untuk kaya tetapi masih bercita-cita untuk kaya, dan berangan-angan untuk menjadi ‘jutawan'. Kerakusan manusia yang mementingkan kebendaan, status, wang dan penghormatan telah menyebabkan ramai diantara kita yang mencari ‘jalan pintas’. Tidak hairanlah jika beribu-ribu orang telah terjebak dengan pelbagai skim cepat kaya. Mereka tidak mengira latar belakang syarikat yang menjalankan skim tersebut, asalkan mereka boleh mencipta kekayaan dan kesenangan dalam ‘satu malam’. Mereka juga tidak ambil pusing pelbagai nama skim yang muluk-muluk dan pelik-pelik asalkan ia berakhir dengan gelaran ‘jutawan’.

Kegagalan memahami kaedah mengurus wang dan juga bentuk pelaburan, dimanupulasi sebaik-baiknya oleh 'pencipta mimpi' ini. Walaupun sudah banyak syarikat ‘skim cepat kaya' yang digantung operasi dan dihadapkan ke mahkamah. Berpuluh-puluh lagi syarikat yang hampir sama tumbuh semula ‘bagai cendawan selepas hujan’. Manusia selalunya tidak pernah serik. Ada yang sudah terkena pun masih lagi mencuba nasib. Mereka sering berpegang kepada pepatah, ‘Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam’. Apa pun mereka jarang mendapat sabut itu …………..





UMT : Universiti Malaysia Terengganu

25 comments:

Tirana said...

Pengajaran yang saya dapat dari tulisan Pok Li ini:

1. berjimat cermat
2. bijak mengendali dan menguruskan kewangan
3. Jangan mudah percaya kepada skim cepat kaya kerana tidak ada jalan pintas untuk mendapat kekayaan. Cepat dapat, cepat pulak hilangnya. Semuanya memerlukan usaha dan kesabaran.

nohas said...

Salam singgah.
Satu artikel yang sangat membuka minda. Pengurusan kewangan sepatutnya diajar kepada anak2 ketika mereka sudah mula mengenali erti duit. "Knowledge is power".
Bila dah 'berwang'dan 'berharta', jgn lupa keluarkan zakat, bersedekah,etc. supaya harta menjadi lebih berkat. Live simple, humble & not grumble...

mizbi said...

salam.. saya idea yang cukup bernas kepada orang yang tak tau menguruskan kewangan. jdlah seperti hj ishak..

atas kerana usahanya yang luar biasa, dia berjaya menukarkan hidupnya dr kehidupan biasa kepada kehidupan yang luar biasa..

syukran kerana sudi link blog saya..

Anonymous said...

hmm, pernah terkena pelaburan ala2 skim cepat kaya internet...bantu sedara punya hal...serik dan tobat x nak dah..

akuduniaku said...

salam

memang kisah kali ini sangat berharga buat saya..padahal baru 2 hari yang lepas saya berbual tentang pinjam dan simpan dengan rakan sekelas saya. Dan, Pok Li macam mengiyakan apa yang kami bincangkan.

terima kasih dan insyaallah saya akan cuba mendapatkan iktivar dari cerita ini memandangkan saya akan mula bekerja 10hb hadapan.

salam singgah dan terima kasih.

Pok Li said...

Salam Tirana, walaupun iktibarnya banyak tetapi susah juga nak ikut, terutama kesabaran.:)

Orang Bukit : Terima kasih kerana singgah di blog saya. Saya setuju bahawa orang Islam bukan sahaja perlu kukuh ekonominya tetapi juga patuh pada ajaran agamanya

Mizbi - Terima kasih kembali

eTomyam - penipuan berada disekeliling kita. Hati-hati

akuduniaku - Selamat menempuh alam pekerjaan. Mulakan sesuatu dari kecil.....

Anonymous said...

Saya amat suka topik ini...saya tak pernah bercita cita ingin jadi kaya...saya cuma bercita cita untuk tidak mempunyai masalah kewangan...dan dapat apa yang saya mahukan...kadang2 saya terfikir apa nak buat kalau duit banyak sangat? harta berlonggok2? mungkin kerana saya ini dilahirkan dari keluarga yang sederhana saja cukup makan dan cukup pakai...namun saya amat seronok tengok mereka yang punya wang jutaan ringgit...dan saya paling suka baca cerita kehidupan orang2 kaya....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Itu lah Pok li orang kita, dah banyak syarikat skim capat kaya yang dah 'memiskin'kan masyarakat tapi masih tak mahu ambil pelajaran, mungkin orang kita memang suka benda yang pelik2.....

RY said...

saya perasan pada UMT di hujung entry. apa kaitan pokli dengan tempat praktikal saya dulu?

kita pernah jumpa ka?

entry pokli kali ni saya 'dok leh' masuk. jadi, tiada komen. hehe

RAHISAM RAMLI said...

Salam Pok Li- kerana wang umat Islam dah tak hiraukan fatwa yang telah dikeluarkan bahawa skim ini haram.

Tapi saya selalu dihasut oleh orang beragama kerana mereka yang bergelar ustaz pun jadi upline juga..apatah lagi dibaca ayat al-quran dan hadis yang tak betul tafsirannya tentang perniagaan ini.

Sekarang ni saya lihat trend ustaz/ustazah dah jadi duta produk..tak terkecuali SCK ni.

fahana_ann said...

macam mana nak istiqomah menyimpan ni..huhuhuhu..tambahan,pengurusan kewangan masih tak berapa betul.posting ni memberi motivasi untuk berusaha menyimpan

fahana_ann said...

macam mana nak istiqomah menyimpan ni..huhuhuhu..tambahan,pengurusan kewangan masih tak berapa betul.posting ni memberi motivasi untuk berusaha menyimpan

fahana_ann said...
This comment has been removed by the author.
fahana_ann said...
This comment has been removed by the author.
Deli said...

Pok Li,

Saya dulu masuk ASB. Tapi byk sgt "fatwa2" ckp haram dan sebagainya... So, saya stop je...

Skrg ni saya invest beli rumah2 kat KL. Skrg ni dah ade 3 rumah. 2 dah siap. Harga rumah di KL mmg cepat naik. So, saya rasa... bagus juga.

Pok Li keje kat mana di Marang? Saya org marang. Arwah ayah tinggal di kelulut, nama dia Hj Ismail Hj Muda. Baru meninggal bulan Feb. Biasanya kalau org marang, orang2 pejabat kerajaan akan kenal ayah saya, since dia mmg ramah dan selalu berbual....

Pok Li said...

Saudara Pendekar - Orang Melayu memang suka buat perkara yang pelik-pelik dan aneh-aneh. Kreatif kah kita.... :)

Saudara Razor : Buka 'semula' :)

Saudara Rahisam: Inilah kehidupan. Kerana dunia kita sering menjual agama :(

Saudari Fahana : Banyak buku yang boleh dibaca, khidmat percuma pun boleh di dapati di AKPK, di Bank Negara, siap buku panduan lagi...

Saudara Deli - Tahniah lah muda-muda lagi sudah ada aset. Arwah ayah tu saya tak perasan, nanti saya tanya rakan-rakan di Kelulut. Selamat merantau.

gondangmas said...

salam pok li.ambo nak belajar sungguh dgn demo cara hj sehak tu...ke kena tok guru ngaji quran kat cendering tu buat air tawar dulu ke atau sembahyang hajatagar ambo ni biar istiqamah boleh taruh pitih sikit...demo cuti2 puyan bah ni boleh gi ke indon...make gaji serupa kawe gak..tapi kawe pokai sokmo.tolong wei bui formula bia kejat sikit...

Anonymous said...

leather automobile seats http://automotoportal.in/motor-com/indianna-motor-trucks battery replacement 1998 dodge caravan
[url=http://automotoportal.in/saab/saab-worcester]chauncey pierce auto hiawatha iowa[/url] drag racing games online [url=http://automotoportal.in/ktm/ktm-super-enduro-fuel-tanks]ktm super enduro fuel tanks[/url]
mercedes ipod integration http://automotoportal.in/yamaha/yamaha-emx330
[url=http://automotoportal.in/volkswagen/cambridge-volkswagen]future racing motocross[/url] mercedes benz labor [url=http://automotoportal.in/racing/maryborough-drag-racing]maryborough drag racing[/url]
auto windshields memphis http://automotoportal.in/nissan/remove-nissan-starter-on-1990-pickup
[url=http://automotoportal.in/ktm/ktm-motorcycle-manuals]automobile differential limited slip differential[/url] automobile body styles [url=http://automotoportal.in/motorcycles/vintage-bmw-motorcycles-for-sale]vintage bmw motorcycles for sale[/url]

Anonymous said...

travel from vce to fra http://atravel.in/airport_airport-code-ktw travel wallet on string
[url=http://atravel.in/travel_payson-travel]discount travel guides[/url] canadian travel insurance for travelling to south america [url=http://atravel.in/disneyland_package-deals-to-disneyland-australia]package deals to disneyland australia[/url]
california travel nurse listing http://atravel.in/travel_how-far-does-light-travel
[url=http://atravel.in/airline_experian-airline-tickets-to-new-york-city]eastern europe travel for singles[/url] bolton travel basketball [url=http://atravel.in/cruise_cruise-ship-infinity]cruise ship infinity[/url]
society for accesible travel for disabled http://atravel.in/expedia_discount-travel-online-booking-cheap-airfare-expedia-flights travel hound pet supplies [url=http://atravel.in/map_map-of-new-york-1925]map of new york 1925[/url]

Anonymous said...

gucci dog bowl http://topcitystyle.com/yellow-lilac-casual-tops-color196.html fake designer handbags for low prices [url=http://topcitystyle.com/white-pink-women-color34.html]alfani shoes[/url] childrens designer clothing
http://topcitystyle.com/?action=products&product_id=2505 finding outsize womans clothes for crossdressing in the uk [url=http://topcitystyle.com/-jeans-cut-pants-women-category27.html]doreen fashions transgendered shop leyton london[/url]

Anonymous said...

define reproductive health [url=http://usadrugstoretoday.com/products/grifulvin-v.htm]grifulvin v[/url] kluver bucy syndrome http://usadrugstoretoday.com/products/kamasutra-ribbed-condoms.htm
green tea cake [url=http://usadrugstoretoday.com/products/advair-diskus.htm]advair diskus[/url] laurie mcginley and medical tourism [url=http://usadrugstoretoday.com/products/kamasutra-longlast-condoms.htm ]health insurance personal uk [/url] new bedford community health center
sharp rees stealy occupational health clinic san diego [url=http://usadrugstoretoday.com/categories/stop-smoking.htm]stop smoking[/url] depression in women http://usadrugstoretoday.com/categories/erection-paquetes.htm
long term effects of breast radiation [url=http://usadrugstoretoday.com/products/requip.htm]requip[/url] hunnington syndrome [url=http://usadrugstoretoday.com/products/levitra.htm ]national institute of mental health disaster research [/url] hoodia diet pill hoodia diet pill diet pill review

Anonymous said...

brad kleinman http://luxefashion.us/pink-long-sleeve-tops-color10.html amazing allysen clothes [url=http://luxefashion.us/women-classic-denim-type3.html]birch run outlet shoes[/url] fashion sketching
http://luxefashion.us/gray-dolce-amp-gabbana-color99.html gucci fabric [url=http://luxefashion.us/shoes-shoes-category12.html]wallstreet clothes[/url]

Anonymous said...

alphabetical list of movie actresses [url=http://moviestrawberry.com/films/film_garfield_s_pet_force/]garfield s pet force[/url] amc movie theatres greenwood http://moviestrawberry.com/films/film_coogans_bluff/ carandiru the movie
operating a movie theater [url=http://moviestrawberry.com/films/film_a_jitney_elopement/]a jitney elopement[/url] toots maytals movie this is england http://moviestrawberry.com/films/film_my_girl/ lowes movie theatre lake grove new york 11755
silent hill 2 movie [url=http://moviestrawberry.com/films/film_from_dusk_till_dawn_2_texas_blood_money/]from dusk till dawn 2 texas blood money[/url] pocahantas the difference between the movie and the real events
movie extra anchovies [url=http://moviestrawberry.com/films/film_boat_builders/]boat builders[/url] nearing grace movie http://moviestrawberry.com/films/film_the_detonator/ free mothers day movie
unseen movie clips [url=http://moviestrawberry.com/films/film_the_black_cauldron/]the black cauldron[/url] downloads free movie http://moviestrawberry.com/films/film_the_practical_pig/ disney movie sex

Anonymous said...

free japanese bukkake movie [url=http://moviestrawberry.com/films/film_lock_up/]lock up[/url] a few good men movie quotes http://moviestrawberry.com/films/film_club_dread/ purple hearts movie
what hobby georgia in last holiday movie [url=http://moviestrawberry.com/films/film_arc/]arc[/url] free gay porn movie previews http://moviestrawberry.com/films/film_direct_contact/ movie rocket science
movie showtimes raleight nc [url=http://moviestrawberry.com/films/film_don_s_fountain_of_youth/]don s fountain of youth[/url] american gangster movie
movie quotes talledega nights [url=http://moviestrawberry.com/films/film_stanley/]stanley[/url] finding nemo movie http://moviestrawberry.com/films/film_sacrifice_70/ long lesbian movie
download zeight geist the movie [url=http://moviestrawberry.com/films/film_the_boatniks/]the boatniks[/url] wife free movie http://moviestrawberry.com/films/film_cops_and_robbersons/ new movie releases