Minggu lepas, ketika menjemput pulang anak lelaki saya dari Uitm Jengka, Pahang, saya telah sempat berbual dengan seorang ‘budak’ perempuan bernama Farah Hidayu dari Jerantut. Dia datang bersama keluarga untuk mengambil pulang abang sepupunya. Usianya baru 15 tahun. Perwatakannya menarik dan ramah. Sedang menunggu keputusan peperiksaan PMR.. Hujung bulan Disember ini dijangka keputusannya akan diumumkan. Harapan dan keyakinannya tinggi untuk memperolehi keputusan terbaik 8A. Apatah lagi dia anak sulung. Pasti dia mahu menjadi ‘idola’ kepada adik-adik untuk mengikuti jejak langkahnya. Sebelum dia pulang sempat saya mengucapkan selamat berjaya. Caiyo. Insya Allah semoga tuhan makbulkan doanya.
Tiada apa lagi yang saya nak ceritakan mengenai Farah Hidayu. Saya hanya mengenalinya beberapa minit sahaja. Cuma wajah dan ketinggiannya hampir sama dengan seorang ‘budak perempuan’ di pusat membeli belah di Pekan Baru, Bandung. Bandung yang terkenal dengan nama ‘Kota Kembang’ atau digelar ‘Kota Parijs van Java’. Gambar ‘budak perempuan’ itu saya paparkan di blog ‘Bisa Bonar’ ini. ‘Ika’ baru berusia 11 tahun tetapi ia sudah menjadi ‘penyanyi jalanan’. Walaupun dia tahu kami hanya lah ‘jutawan segera’ dan telah kembali menjadi ‘orang biasa’ selepas membeli belah, Ika tetap menghiburkan kami dengan nyanyiannya. Ika mengharapkan kami memberinya wang sekitar Rp 1000 atau Rp 2000 atau Rp 500 dan Rp 200 ‘wang perak’ bagi menampung makan petang bersama adik-adiknya yang masih kecil. Setiap kali bas ‘pariwisata’ berhenti di Pasar Baru dia akan menyanyi dan menghiburkan pelancong secara solo ataupun berduet bersama adiknya yang baru berusia tujuh tahun. Saya tidak mengenali ibu dan bapanya. Tapi saya pasti kemiskinan dan kesukaran mencari ‘rupiah’ telah memaksa mereka dan ‘Ika’ menjadi ‘penyanyi jalanan’ dan melakukan apa sahaja pekerjaan. Daripada menjual ‘key chain’, pen, kain batik, beg kain, selipar, ketayap dan segala macam barang sehinggalah menjadi peminta sedekah, pengutip botol dan penyelongkar sampah. Jika kita menjadi pemerhati yang baik, kita akan menyedari kehadiran mereka dimana-mana sahaja samada di Pekan Baru, Cihempelas, Bandung, atau di Tanah Abang, Mangga 2 di Jakarta dan lain-lain tempat membeli belah yang popular kecuali di Rumah Mode, Bandung yang eksklusif tempatnya.
Apabila malam datang mereka ini tidur di tepi-tepi jalan, di lorong-lorong sempit dan kaki lima serta di dalam tong-tong sampah yang menjadi ‘rumah’ mereka. Mereka sering berebut dan mempertahankan kawasan ‘cari makan’ masing-masing. Ketika bersiap-siap untuk pulang, menuju ke Lapangan Terbang Sukarno-Hatta dari Hotel Travellers, Jakarta, saya masih sempat menonton berita TV di saluran ‘Indosiar’. Seorang ‘penyelongkar sampah’ berusia 71 tahun dibunuh oleh ‘pesaingnya’ di Jakarta Pusat. Begitulah kehidupan di kotaraya yang padat dengan penduduk ini. 12.5 juta orang di waktu siang dan 10 juta di malam hari. Kotaraya Jakarta seluas 670 km persegi ini setiap detik melakarkan 1001 cerita suka dan duka, sedih dan rintihan. Mereka yang kaya berebut cara ‘orang kaya’, yang miskin dan merempat berebut cara ‘orang miskin’ dan merempat. :(
Tetapi dalam melihat ‘kebobrokan’ itu saya masih melihat ‘nilai baik’ warga Jakarta.Walaupun motorsikal semakin membanjiri jalan-jalan di Pulau Jawa. Memandu laju dicelah-celah ‘kemacetan’ Kotaraya Jakarta. Mereka masih tetap sopan. Mereka hanya ada kumpulan dan geng ‘Ojek’. Bukannya geng atau kumpulan Mat Rempit dan Minah Rempit. Geng dan kumpulan yang bukan sahaja kurang ajar, tetapi juga kurang moral. Tiba-tiba sahaja saya jadi geram dan mual dengan gelagat mat rempit dan ‘aweknya’ yang sengaja buat ‘wheelie’ di hadapan kereta saya di Pantai Batu Burok semalam. Sepatutnya ‘kamu’ lebih bernilai walaupun hanya menjadi ‘penyanyi jalanan’………….
Catatan:
Nilai RM 1.00 = Rp 3,000 (tertakluk kepada pasaran matawang)
Wang Perak : Wang syiling
Parawisata : Pelancong/Pelancongan
Bobrok : kacau bilau
Macet: Kesesakan
Ojek: Motorsikal penumpang
Wheelie : memandu motorsikal dengan satu tayar ke atas

21 comments:
gila ramai org di jakarta. indon2 yang ada dm'sia ni bukan jakarta. dari wilayah lain.
susahnya hidup ni kan?
kalu boleh taknak jadi mcm gitu, tapi kalau senang sampai x ingat tuhan, adalah lebih baik jadi gitu. biar susah diuji tuhan dari x sedar ujian tuhan..
hmm..
gitteww yerrr.. salam weekends pakcik ittewww
Salamz..
Membaca artikel pokli kali ni buat saya rasa bersyukur dgn apa yg ada hari ni. Saya juga pernah ke Jakarta melihat penderitan hidup masyarakat kasta bawahan disana. Sungguh sedih sekali.
Sedih baca entri kali ini...=(
Saat susah manusia sanggup buat apa sahaja, yg penting halal
Ketika susah kita kenal erti hidup
Teringat bibik abg saya bilang: Org malaysia ni mewah ya, tiap kali ke pasar ramadhan mesti beli banyak makanan.Tapi tiap kali berbuka, tidak dijamah makanan itu. Esok-esoknya tetap juga dibeli,tetapi tidak juga dimakan.Terus dibuang....
Hmmm.....
Razor
Inonesia yang datang ke Malaysia ini dari pelbagai arah, dari Irian, Sulawesi, Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Hidup di Indonesia memang nampak payah. Tapi tak ada pulak yang pakai kancil, viva, atau yang sewaktu dengannya. memang lah di Indonesia kalau kaya,kaya betul, kalau miskin sampai merempat.
en me
Salam Minggu - orang Terengganu keje juga
Kittun
Itulah kadang-kadang kita jarang bersyukur bahawa bumi kita ini bumi yang bertuah. Alhamdulillah.
Jawahir
Jika mereka minum atau masak mereka jimat air bersih. Tak macam kita pakai lantak aje. Kuah bakso nya paras-paras mee aje. Ketika saya di Indonesia dua orang mati di Bogor kerana minum air yang tidak dimasak 21 di masukan ke hospital.Saya hanya minum air mineral sepanjang disana. Takut juga keracunan.
Begitulah susahnya mahu hidup..apatah lagi susahnya memelihara agama, akhlak dan aqidah..kais pagi makan pagi kais petang makan petang..apakah aqidah, akhlak dan agama "bakal" akan jadi begitu juga Pok Li? nilai hidup kadang kala hanya dipandang dari kacamata kebendaan sahaja, nilai agama, akhlak dan aqidah hanya picisan sahaja....apakan jadi kepada anak-anak muda akan datang?...
waah, best round2 nih
Salam Pokli
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Sekali-sekala kena diingatkan kita ni sungguh bernasib baik. Di Malaysia, kalau betul-betul nak kerja dan sanggup buat kerja...memang tentu boleh dapat kerja.
Rasa bersyukur tinggal di bumi bertuah ni.
Dua kisah yang berbeza atas nama manusia. Di Bandar Senawang NS, saya sering terserempak kanak-kanak perempuan mencari pelanggan menjual kuih sambil membawa bakul. Bayangkan mereka (2/3 orang mungkin adik beradik berumur dalam sekolah rendah)sehingga 10 malam masih meneruskan jualan di sekitar gerai.
Saya melihat wajah mereka tampak sayu. Entah hingga pukul berapa mereka balik ke rumah dan buat kerja sekolah?
Sayu kerana dari kecik lagi mereka sudah menanggung kerja orang dewasa-mencari pendapatan.
salam pok li..
begitu la namanya kehidupan..kalu disebelah sini (kwsn pinggir sempada)kita dapati anak-anak dibawah umur telah pun menjalankan kerja-kerja org dewasa demi unt menyara kehidupan mereka seperti menjadi pemikul beras di pekan takbai thailand,nelayan kecil yg mengharungi lautan biru(memikul tong-tong ikan dipengkalan LKIM kg geting dan yg sedihnya mereka tak ke sekolah disebabkan kesempitan hidup.
jadi patut la kita berterima kasih kpd kerajaan yg telah menyediakan pelbagai kemudahan prasarana dan lain-lain bantuan seperti KWAPM,buku teksi,baucer tuisyen,makanan tambahan dll..
terima kasih pok li artikel anda kali ini sungguh tersentuh..
Habiha 69. Betul tu ustaz. Apatah lagi di Indonesia ada kebebasan berkahwin Islam dan Kristian. Penin.
Rahisam dan ore tupat
Masalah lain ada juga murid-murid yang bersekolah agama/pondok di arah menjual kalender di stesyen-stesyen minyak. Saya pernah menegur seorang budak perempuan yang dalam lingkungan 15 tahun, masih lagi menjual kalender dalam waktu sudah hampir maghrib. Saya kesal kerana bagaimana sekolah begini tidak menjaga keselamatan seorang anak perempuan walaupun tujuan menambah dana sekolah.
Saudara Razali
Saya juga besyukur kerana inilah tanah air kita. Melihat negara orang, ada yang baik ada juga yang menjadi pengajaran.
itulah.. orang Malaysia seringkali merungut itu dan ini tidak cukup. padahal kita perlu renung2kan betapa bertuahnya dengan apa yang kita ada..
isk2.
apabila harta berada di tangan yang bukan ahlinya maka suasana sebegini akan terus wujud. Pernahkah kita merasakan apa yang mereka suapkan ke mulut mereka ketika kita sedang selesa menjamu selera. Zakat tidak ditunaikan, pembaziran semakin menular, cuba hitung berapa banyakkah makanan yang berlebihan kita buang dalam sehari.
Cuma apa yang diperlukan kewujudan satu jemaah atau kumpulan yang benar-benar prihatin dan rela bertindak menurut kemapuan masing-masing. dan saya respek dengan penulis yang membuat paparan sebegini.Kerana setiap manusia akan menghargai kesenangan yang dimilikinya setelah melalui pelbagai kepayahan dan keperitan hidup.Jazakallah.
Cengkiau dan Ian fisherman- terima kasih kerana komen. Caiyok. :)
waduh...
sedih la saya membaca post ini..
wahai semua..mari kita bersyukur...
salam link blog ini
yang diantara menarik ke jakarta dan bandung
1- aku suker tengok ade yang main gitar dalam bus menghiburkan hati penumpang bus pastu dapat lah ehsan sikit.
2- orang berniage tengah-tengah jalan, macam2 ade yang jual kerepek, rokok dan akhbar. (tapi yang paling tak patut suruh budak2 minta derma pakai tangguk ikan tengah jalan)
3- macam artis kalau pergi ke satu2 tempat kene kerumun dan suruh beli barang. (aku pernah di offer beg dengan rp200,000 last2 dapat rp40,000 )
memang menarik kenegara orang.....
;-)
Post a Comment