Dalam perjalanan pulang dari Jengka ke Marang, kami telah menyusuri ‘jalan persekutuan’ melalui kampung-kampung tradisional dan pekan-pekan kecil, Bukit Tajau, Maran, Kg New Zealand, Kg Paya Bungur dan Gambang sebelum berehat di Bandar Kuantan. Perjalanan melalui kampung-kampung tradisional dan pekan-pekan kecil ini lebih santai berbanding melalui lebuhraya yang luas jalannya, dan menyebabkan saya lebih cepat mengantuk. :(
Ketika melepasi Hutan Rekreasi Berkelah, Gambang saya ‘perasan’ banyak gerai yang menjual buah durian. Kami membuat keputusan untuk singgah dan kalau ada yang ‘berkenan’, kami bercadang untuk membeli sebiji dua. Sekurang-kurang boleh juga menikmati durian yang berbuah ‘salah musim’ ini. Semasa saya kecil dahulu saya memang ‘hantu’ durian. Jika musim durian saya jarang menyentuh nasi. Saya boleh makan durian dari tujuh ke 10 biji sehari. Apatah lagi ketika itu di sekeliling rumah kami ada lapan batang pokok ‘durian kampung’, samada yang ditanam oleh nenek kami dahulu atau pun emak saya. Rasanya pun pelbagai, dari yang rasa sedikit pahit hinggalah kepada durian tembaga yang lemak manis rasanya. Tetapi setelah berusia ini saya hadkan kepada satu atau dua biji sahaja. Maklum sahaja lah kena jaga juga kesihatan diri.
Bercerita mengenai buah-buahan ini, beberapa bulan dahulu saya telah berkesempatan singgah di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Cherana dalam Mukim Alor Limbat, Marang. Kampung ini terletak lebih kurang 25 km dari Bandar Marang dan 25 km juga dari Bandaraya Kuala Terengganu. Kampung ini telah dipilih oleh Jabatan Pertanian untuk menjayakan projek ‘homestay’. Ketika bersama-sama meninjau projek ini, Penghulu Mukim Alor Limbat telah mengajak saya melawat tapak bersejarah mengenai asal-usul nama buah duku yang kita makan atau tanam itu. Tanpa perlu menulis panjang saya perturunkan keterangan dari ‘papan penerangan’ tersebut.……………………
[ Mengikut sejarah, pokok Duku Terengganu merupakan sejenis pokok liar hutan yang mana telah ditemui oleh seorang hamba rakyat di Kampung Bukit Cherana, Marang sejak 300 tahun yang lepas. Menurut ceritanya buah pokok ini telah dipersembahkan kepada Sultan kerana di dapati ianya begitu manis dan lazat. Lantas selepas itu Tuanku telah menanyakan nama buah yang dipersembahkan.
Beliau kemudiannya, mengucapkan secara tergagap-gagap, ungkapan du…du…. du…..dan diikuti dengan ku, yang mana “KU” dalam konteks ini dirujuk kepada Tuanku. Maka bermula dari situlah Tuanku menamakannya sebagai buah duku……….]
Begitu lah cerita asal usul bagaimana buah ‘Duku’ mendapat nama. Pokok Duku yang ada di taman tersebut sudah berusia 250 tahun. Pokok tersebut merupakan generasi kedua pokok duku sebelum ini yang mati terbakar ketika zaman penjajahan Jepun. Penghulu Mukim itu juga mendakwa pokok itu bukan sahaja tertua di Terengganu tetapi juga tertua di dunia. Betul lah kata perbidalan Melayu ‘ Lautan Dalam Sudah Diselam , Tempayan Di Dapur Siapa Menyelam’. Yang bermaksud, pelbagai perkara diluar lingkungan kita sudah kita ketahui, tetapi kurang mengambil tahu perkara-perkara yang berada di sekeliling kita.
Jika ada yang teringin merasai nikmat tinggal di kampung, makan buah duku ‘tertua di dunia’ bolehlah datang bercuti di Homestay Kg Bukit Cherana............. :)

25 comments:
Pok Li betul lah kata pepatah Melayu kita "jauh berjalan luas pandangan" pertama kali saya dapat tahu rupanya pokok duku yang asal ada lagi.Rupanya ada lagi yang kita tak ambil kesah atau tak perasan di Tanah Air kita sendiri ada yang uniks dan istimewanya, Alhamdulillah jadi khazanah warisan bangsa.
gitewww yerrr.. pokli, thanx for d info
Jauh perjalanan luas pandangan. Saya cadang nak jenguk juga ke sanan nanti..
sampai sekarang x leh bezakan buah duku, dokong, langsat...err rambai boleh..tp yg pasti semuanya sedapp
wahh..hantu durian..
such an informative. sy dah tau asal usul uah duku hari ni :)
Baru hari ni saya tahu asal usul nama DUKU. Terimakasih pada Pok Li kerana memberitahu..sekurang-kurangnya saya boleh bercerita pada anak-anak saya.
;-)
Baru tau awat name buah duku, hehehee.....
Dulu nak dapat makan buah duku bukan senang kerana yang ada cuma langsat. Sekarang langsat tak ada harga lagi setelah ada duku sama dokong.
Habiha69
Ustaz macam tu lah. Kadang-kadang kalau tak berjalan langsung 'macam katak bawah tempurung pulak'
en me
Gitewww ler. Thanks.
Saudara Izzudin
Balik Terengganu boleh lah melawatnya. Tapi ia jauh masuk ke dalam. Ramai orang Marang pun tak tahu.
e-tomyam
Janji sodap. Makan je.
Mieze
Bertambah lagi pengetahuan kita. Caiyo. :)
Tirana
Selamat bercerita mengenai buah duku. Buah langsat sedang banyak dijual di Terengganu le ni. KL ?
Pendekar
Hee....Hee :)
Mongkut
Langsat pun mahal juga yop. Di Marang RM 6 juga sekilo.
MAKLUMAN
Semua komen selepas ini akan ditapis dahulu kerana saya akan bercuti balik ke Pulau Pinang sehingga 3 Disember 2008. Tidak mau dah.. diserang pengunjung lucah. Serammmmmmm.
best bila dan bersara ni. byk jalan2. besar ke pokok duku yg tertua tu?
Orang zaman dulu simple je..apa2 pun boleh dijadikan nama..kreatif & byk belajar dari alam..kadang2 tidak tercapai akalku..
Duduk homestay ni memang best, back to nature..
salam pulang untuk semua..
buah duku sedap
buah dokong pon sodap
baca buku belajar beradap
baru hdup dapat borkat...
he3x :)
lama dah x masuk blog pok li ni..hehehe....mcm2 hal nak disetelkan disini
durian...yummy..lama dh x pekena..feveret sy durian kebun ayah saya jer..kalo durian org lain...mcm x lalu jer nak makan
teringin sangat nak makan buah sentul...pok li pena rasa ker???.Tak pena nampak plak buah sentul sekarang nih
Duk kt kg ni, mcm2 jenis buah bole rasa...ni'mat...=)
duku mg sedap dr langsat
:)
salam saya link blog saudara
Razor
Boleh tahan besarnya, maklum saja 250 tahun
Orang bukit
Kehebatan orang dulu belajar melalui alam, firasat dan pengalaman.
Aiman
ok jugak pantun tu
Jawahir
Buah sentul, sedap tapi terpaksa telan biji
anntaj & offamir
Terima kasih kerana melawat blog
saya.
Post a Comment