Nov 9, 2008

Award, Hadiah dan Hamper

Ketika Anugerah Skrin 2008 sedang disiarkan secara langsung di TV 3 . Blog Biso Bonar telah dianugerahkan ‘Award’ oleh Tirana seorang blogger yang aktif di dunia maya. Anugerah ini saya perolehi dari ‘award’ yang dipanjangkan oleh Tirana daripada seorang blogger lain adik Grape. Bulan Oktober yang lalu seorang lagi blogger saudara Rahisam, telah meletakkan satu ‘tagline’ ‘Jalan-Jalan Cari Ilmu’ kepada blog ini selepas tersiarnya posting “ Pesaka Pengkalan Berangan”. Saya terharu atas anugerah dan juga tagline itu kerana tidak menyangka ‘gaya’ penulisan saya boleh ‘diterima pakai’. Maklumlah saya bukan seorang penulis dan menulis bukanlah kerjaya saya. Ia hanya bermula tanpa sengaja apabila kelima-lima anak-anak kami belajar di IPT dan SBP. Waktu senggang itu telah ‘melahirkan’ hobi baru, ‘menulis blog’. Saya juga terangsang kerana dalam waktu yang singkat telah mendapat galakan daripada rakan-rakan di alam maya ini untuk terus menulis. Saya ibarat ‘budak baru belajar’. Baru tiga bulan ‘bertatih’ dalam dunia blog ini. Samada saya mampu bertahan atau tidak, masa sahaja yang akan menentukannya……...






Pemberian 'Award' ini telah mengingatkan saya kepada dunia persekolahan waktu kecil dahulu. Setiap tahun PIBG akan mengadakan Majlis Persembahan dan Penyampaian Hadiah. Ahli-ahli PIBG begitu akrab sekali. Saya bukan sahaja menyaksikan persembahan rakan-rakan, menyanyi lagu ‘Resam Dunia’, menari ‘tarian piring’ dan melakonkan drama pentas pertikaman ‘Hang Tuah dan Hang Jebat’ tetapi juga persembahan lawak jenaka yang dilakonkan oleh bapa dan guru. Sehingga ke usia saya sekarang dan telah hadir berkali-kali di majlis penyampaian hadiah, belum pernah saya menyaksikan ibubapa atau guru mengadakan persembahan pentas seperti itu dihadapan anak dan pelajar mereka sendiri. Hadiah-hadiah kemudian diberikan kepada murid-murid yang mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Ia bertujuan merangsang mereka untuk belajar lebih rajin dan tekun lagi. Jika bukan menerima hadiah kerana pencapaian akademik, sekurang-kurangnya mereka diberi hadiah kerana kehadiran penuh ke sekolah :)

Tiga hari yang lepas saya telah menghadiri Majlis Akhir Tahun anjuran Kelab Guru dan Staf sebuah sekolah di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Majlis ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim dikalangan guru-guru yang berjumlah hampir seratus orang itu. Majlisnya rengkas sahaja, di mulai dengan doa, ucapan pengetua, ‘makan-makan’ dan kemudian mengadakan cabutan bertuah. Sebelum majlis berakhir, Pengetua sekolah telah menyampaikan hamper kepada guru dan staf yang memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi kepada peningkatan pencapaian akademik dan juga penambahbaikan imej sekolah. Hamper-hamper tersebut tidaklah ‘bernilai tinggi’. Ia hanyalah sebagai simbol penghargaan kepada komitmen dan sumbangan mereka kepada sekolah. Saya percaya ramai diantara kita merasa gembira dan seronok apabila sumbangan yang dilakukan dihargai walaupun ia tidak diringi dengan pemberian award, hadiah dan juga hamper.



IPT : Instiutut Pengajian Tinggi
SBP: Sekolah Berasrama Penuh

15 comments:

Tirana said...

Penulisan orang senior, nampak kematangannya. Saya suka baca tulisan Pok Li, bukan saja dari segi gaya bahasa yang mantap tapi juga dari segi isi dan mesej yang disampaikan. Banyak infomasi yang boleh saya dapat dan kutip di sini untuk menambah ilmu pengetahuan saya. Sebenarnya tidak banyak blog yang saya jumpa yang menghidangkan sesuatu yang berkualiti seperti blog Pok Li(cerita-cerita tentang sejarah dan hal-hal kehidupan semasa. Mudah-mudahan Pok Li sentiasa bersemangat untuk meneruskan penulisan dan juga mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati kehidupan Pok Li sekeluarga.

akuduniaku said...

salam

tahniah kepada Pok Li dan aiman sangat bersetuju dengan tirana.
Aiman sendiri akan baca blog Pok li sampai habis.
(kalau blog biasa separuh atau secepat mungkin)

dan, aiman akui ada banyak 'feel' dalam penulisan Pok Li.

tahniah dan tahniah lagi.
semoga aiman dapat terus membaca idea idea dari Pok Li.
salam.

RAHISAM RAMLI said...

Salam Pok Li-kemunculan blogger seperti Pok Li dengan gaya penulisan yang tenang dan damai apabila membacanya menjadi pilihan utama saya mengutip pengalaman "senior".

Teknik penulisan yang berdasarkan pengalaman Pok Li jarang ditemui. Generasi kini sedar hidup ini tidak perlu dipenuhi dengan aktiviti yang membuang masa.TAHNIAH dan curahkan pengalaman Pok Li bersama blogger lain

RY said...

pernah naik pentas masa dapat no1. tapi rasa2nya itu je lah kut pertama dan akhir kali naik untuk wakilkan diri sendiri. lain2 naik untuk wakil kumpulan. tapi gembira tak terkira la pok li.

masa tu baru sedar bahawa kejayaan individu itu hanya sekadar milik individu itu. tapi untuk mendapatkannya bukan kerja seorang individu tapi ramai yang berkerjasama.

Pok Li said...

Tirana - terima kasih

Aiman - terima kasih

Rahisam - Terima kasih juga

dan Razor - memang seronok dapat hadiah, terutama daripada insan tersayang :)

Brahim Nyior said...

Setuju 110% dengan Pokli:
"Saya percaya ramai diantara kita merasa gembira dan seronok apabila sumbangan yang dilakukan dihargai walaupun ia tidak diringi dengan pemberian award, hadiah dan juga hamper."

Senyuman dan kata-kata pujian pun boleh merangsang orang hormati kita.

Rahmat Allah ialah apabila ramai orang menjadikan kita kawan, bukan musuh...

Pok Li said...

Saudara Izuddin - walaupun kita tidak juga menolak sebilangannya yang menyumbang ada maksud " udang sebalik batu".

cinta said...

Saya pun suka terima hadiah. tak kisah la dalam bentuk apa skali pun. as long orang yang bagi tu ikhlas.

nohas said...

As the saying goes: "it's not how big the gift is or how small, it's the thought that counts"

Diberi penghargaan diatas sumbangan/kejayaan sememangnya sangat mengujakan dan sebagai pendorong semangat. Namun kadang2 biarlah kita jadi 'the unsung hero' dan balasan daripadaNya yang lebih kita dambakan...semoga terus berkarya..

Bonekahati said...

Salamz..
Tahniah kepada Pokli. Teruskan usaha insyaALLAH dapat darjah kebesaran pula. :)

Pok Li said...

Diana- Saya pun suka... :)

Pok Li said...

orang bukit - terima kasih dan insya Allah.

Pok Li said...

Kittun - saya pun tunggu dan lihat, jika ada anugerah dato' , selepas mereka ahli politik, artis, sastrawan memperolehinya. Siap kah blogger yang dianugerahkan Dato' selepas ini kerana sumbangan penulisannya ..... :)

Anonymous said...

ye pernah naik pentas, tapi kes kena rotan....zaman konon nak jadi hero...minggu ni nak tengok anak 1st time naik pentas, bangganya sbg seorang bapa

Pok Li said...

Etomyam - memang seronok tengok anak-anak membesar. :)