Aug 4, 2011

Bila Mesin Buat Silap.......

Saya mula menjadi pelanggan bank pada tahun 1982 ketika bertugas di Pulau Pinang. Itu pun untuk urusan gaji sahaja. Ketika bertugas di sebuah jabatan di Kuala Lumpur pada tahun 1980, apabila tiba hari gaji kami akan beratur panjang di luar sebuah bilik khas. Bilik ini dikawal oleh dua orang polis. Ketua Kerani dan dua orang pembantunya akan menyiapkan sampul surat dan mencatatkan butiran penyerahan gaji kepada kakitangan. Hanya kakitangan yang bergaji RM500 ke atas sahaja yang layak membuka akaun bank.



Perkhidmatan bank kini sudah begitu maju, sehingga urusniaga boleh dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit. Ramai yang sudah tidak lagi ke bank untuk urusan pembayaran bil atau pembiayaan kerana boleh dilakukan secara 'on-line'. Namun begitu kaunter bank masih belum kosong. Masih ramai lagi yang suka berurusan secara bersemuka.


Tengahari semalam saya juga ke bank di Putrajaya kerana sedikit urusan. Di kaunter aduan kelihatan seorang lelaki yang berpeluh dalam udara yang dingin. Ceritanya ketika dia mengeluarkan wang, wang tidak keluar walaupun transaksi menyatakan ia berjaya. Lebih malang lagi ia memang mengharapkan wang itu yang baru sahaja di 'bank-in' oleh isterinya di Ipoh.

Dalam dunia yang canggih ini, kesilapan mesin yang tiba-tiba terjadi sering buat kita gelabah.

6 comments:

Don Balon said...

Koi pernah dua kali kena di bank Islam Semenyih, dua bulan berturut2..
Pengurusan sila ambil perhatian..
Masa tu kita amat perlu duit, memang demeh kreditkan balik, tapi dekat seminggu baru dapat..

lebih daripada berpeluh la jugok..kuikui

Pok Li said...

Don Balon
Belum pernah kena. Tapi kesian pada yang sedang memerlukan.

Tirana said...

Rasa macam cuak aje nak guna mesin untuk urusan yang bersangkut paut dengan duit. Bimbang duit kita ditelan secara percuma. Setakat ini belum pernah kena lagi.

zino said...

dapat ke dia duit ganti...

Pok Li said...

Tirana
Saya pernah kena sekali. Tapi bank ganti semula. Tapi leceh le kata Don Balon.

Pok Li said...

zino
Duit dapat balik tapi kena tunggu mereka buat siasatan. Selewatnya seminggu. Guna mesin memang cepat. Tapi kalau timbul masalah berpeluh lah