Dec 26, 2008

Bermula Sekali Lagi.......

Agak terlewat saya 'mengemaskini' blog ini. Beberapa minggu terakhir ini saya semakin sibuk dan ‘kelelahan’. Mungkin ini posting terakhir saya sebelum kita menyambut Maal Hijrah 1430 Hijriah dan Tahun Baru 2009. Bertambahlah lagi umur kita dari setahun ke setahun. Mengikut kiraan tahun Hijriah, saya berusia genap 50 tahun pada 13 Muharram 1430 Hijrah, Jumaat minggu hadapan. Ini bermakna saya hanya ada 13 tahun sahaja lagi untuk menyamai umur Rasullulah saw yang kita kasihi, wafat. Jika sempat usia saya sehingga 63 tahun, saya menghitung-hitung, cukup kah amal ibadat saya selama ini untuk menghadapi hari kematian yang kekal abadi itu. Jika diberi pula ‘bonus’ umur sehingga 72 tahun mengikut standard jangka hayat lelaki di Malaysia, cukupkah perancangan yang saya sudah lakukan. Kerana dijangka inflasi akan meningkat melebihi 6% ketika itu. Makanan yang kita nikmati RM 20.00 sekarang akan berharga RM60 atau RM 70 pada 20 tahun akan datang. Inflasi perubatan juga naik hingga ke 15% setahun. Malah sudah ada kajian yang mengatakan 70% pesara menghabiskan wang KWSP atau pampasan dalam tempoh tiga tahun selepas bersara. Satu kenyataan yang menakutkan.

Itu pun kalau sampai, banyak juga rakan-akan sebaya yang sudah meninggal dunia dalam waktu terdekat ini. Meninggal dunia kerana penyakit ataupun kemalangan jalanraya. Dua hari lepas seorang kenalan saya di Kota Bharu tiba-tiba rebah dan meninggal dunia ketika sedang membeli baju persekolahan anak-anak. Begitulah rapuhnya umur kita. Ramai juga rakan-rakan seangkatan saya telah terkena penyakit ‘orang senang’, kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi. Ada juga sudah mengalami penyakit-penyakit kronik seperti buah pinggang, kanser dan angin ahmar. Setiap kali saya berfikir perkara tersebut sebelum menyambut tahun baru semakin saya sedar bahawa kita hanyalah penumpang di dunia yang fana ini seperti kata pantun Melayu;

Halia ini tanam-tanaman
Ke Barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke Akhiratnya juga akan sudahnya.

Redup bulan bagai nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati ditangan tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Apa pun janganlah kita berputus asa di atas rahmat Allah yang sentiasa menebarkan rezeki kepada makhluknya samada yang memohon ataupun tidak. Kepada yang menyimpan azam dan berjanji untuk menunaikan sepenuhnya di tahun hadapan, tunaikanlah. Jika masih ada yang berhutang dengan janji-janji samada kepada diri sendiri, anak-isteri, saudara-mara, rakan taulan, majikan, jiran-jiran, didoakan semoga tertunai jua janjinya di tahun hadapan.

Dikesempatan ini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers dan juga pengunjung, kalau sepanjang tiga bulan berblog ini secara tidak sengaja telah menulis perkara-perkara yang menyentuh perasaan. Akhirkata, semoga maju jaya dalam segala lapangan di sambutan Maal Hijrah 1430 dan 2009.



17 comments:

The Spiral Eyes said...

saya maafkan..samalah kita..pok li jangan lupa undi pasa ok

Tirana said...

Selagi hidup, kita kena berusaha untuk menjadi yang terbaik dan memberi yang terbaik. Mungkin itu akan dikira sebagai amalan kita yang bakal membantu kita setelah kita mati kelak.

Sama-samalah kita bermaafan bukan saja di tahun baru malah setiap hari sebelum kita tidur, kita digalakkan memaafkan semua orang.

GELIgeli said...

50 th tidak terlau tua dan tidak juga terlalu muda..apatah lagi remaja.Namun begitu ada juga yang seumur 50th ini..baru menjadi akil baligh.
Walaubagaimanapun..kita berserah pada yang maha esa dan maha tau..

orangbukit said...

Salam Maal Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009..semoga kehidupan & keimanan kita semua bertambah baik setiap tahun..

akuduniaku said...

salam

salam bersama rasa terharu aiman hulurkan sekali lagi buat Pok Li

walau hanya berkenalan melalui dunia maya, namun penulisan Pok Li meninggalkan kesan kepada kehidupan seharian aiman.

mohon maaf jua aiman minta dan aiman juga memaafkan segala apa yang silap selama berblogging.

salam

HABIHA69 said...

Salam Maal Hijrah juga untuk Pok Li. Saya doakan Pok Li akan terus Sihat dan segar bugar...alhamdulillah Allah masih sayang kan kita, sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kita.

Jawahir said...

Maaf zahir batin pOKli..^__^

Hidup ni tak sah kalau tak buat silap, itulah manusia.

Minyak makin murah, ekonomi semakin merundum. Inflasi semakin meningkat, melahirkan ramai lagi petani menanam anggur.

Do'akan semoga harga minyak meningkat semula, itu bermakna ekonomi makin kukuh.

Ujian kecil daripada Allah,belajar redho dan sabor. Belajar erti sederhana.

Salam Maal Hijrah & Hepi New Year

razor said...

sama la kita...

amin...

Don Balon said...

Tahniah pokli..
Apa plan kalu diizinkan Allah sempat bersara?
Balik N9 atau stay di Tranung?
atau cuba-cuba lepak di Pahanc negeri koi pulok.. :)

cinta said...

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah Pok Li

TukangKarut said...

sekali lagi mengingatkan tentang umur yang makin meningkat...lantaran itu hijrah itu perlu demi kemajuan akal fikiran dan kehidupan...tq Pok Li nukilanmu membuat aku terfikir sejenak...

RAHISAM RAMLI said...

Salam Pok Li-selamat Menyambut Tahun Baru 1430H

fahana_ann said...

x da silap pok li..sayu jerk bace entri ni..huhuhu..tapi ada input berguna tuh..salam hijrah...

Pok Li said...

The Spiral Eyes, Tirana, Geligeli, Orangbukit,Aiman, Ustaz,Jawahir,Razor,Don Balon, Tukang Karut, Rahisam Ramli, fahana-Ann. Terima kasih kerana menulis, Sekali lagi Maal Hijrah. Maaf tak sempat nak jengok blog anda semua kerana kesibukan.

zul rahman said...

assalamualaikum warahmatullahi wb,

sahabatku, saudara seugamaku, pokli yang saya hormati,

salam Maal Hijrah 1430H kepadamu jua sahabat.

semoga hijrah kali ini memberikan kita lebih banyak lagi pemahaman tentang hijrah yang sebenar-benarnya hijrah, insyaAllah.

salam hormat, salam penuh kaseh sayang,
zul rahman

p/s: apa sebenarnya yang kita mahukan didalam kehidupan kita ini, mahu apa?
perjalanan, demi masa.

KiTTuN said...

Happy Maal Hijrah 1430h perkara yg paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku yg semakin bertambah tetapi amalanku tidak bertambah. Bersamalah berusaha utk yg lebih baik di masa akan datang

mizbi said...

selamat menyambut maal hijrah juga pok li. semoga tahun yang mendatang ini lebih baik dari yang sebelumnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails