Dec 18, 2008

Wawancara Bersama Razor

Tersinggung habis Razor bila saya mendahulukan menjawab tag daripada Pasa Sanda 'awek cun' dari Kuantan itu. Oleh kerana harapannya yang tinggi, saya jawab juga 'tag' darinya yang digelar 'santau blog' itu. Oleh kerana soalannya banyak sungguh, saya terpaksa menjawab secara ringkas tanpa bercerita.


Soalan 1. Pernah tak anda jalan sorang2, pastu terserempak dengan couple. Si perempuan (kalau anda lelaki dan vice versa la sendiri) asyik pandang2 anda.


Lama dah tak jalan sorang. Masa bujang dulu, selalulah. Mungkin bukan ‘couple’ sahaja yang asyik pandang-pandang. Ramai yang pandang-pandang gitu. Kerana muka saya jenis ‘bulan tersenyum’.


2. Pernah tak orang ingat anda bukan anda yang sepatutnya. (Cth: eh, ko ni dah kahwin kan? Eh, ko ni kerja spital kan? Eh, ko ni belajar lagi kan? Eh, ko ni adik hans Isaac kan? Eh, ko ni yang aku jumpa kat Lombok kan?)

Link blog saya Kenalkah Saya ?

3. Pernah tak drive dan sesat. Atau pun jadi co-pilot tapi anda punca kesesatan.
Saya tak pernah kata sesat, saya kata 'explore'. Walaupun jalan mungkin jauh. Tapi tak apalah, janji sampai. Cuma pernah berhariraya rumah kawan tiga tahun lepas di Ampang Tambahan, berkonvoi dengan kawan-kawan satu pejabat, siap peta dan panduan telefon lagi ke rumah kawan tapi akhirnya kena tunggu juga 'kawan' itu datang jemput di stesyen minyak. Sesat ke tu he he he.
4. Apa cita2 yang orang tak nak buat tapi anda je beria2 nak jadi.
Juruhebah. Akhirnya part-time DJ Motoria-Eon, jual kereta Proton. Masih ingat ke? dari tahun 1997-1998, kereta terpakai Proton yang sudah 'direfurbish' dijual di Pesta Motoria-Eon. Kemudiannya di tutup kerana rugi. Kembara juga di bandar-bandar besar dan kecil, Kuala Lumpur, Syah Alam, Seremban, Tapak Pesta Pulau Pinang , Seberang Jaya, Kajang dan Ipoh. Meriah tu. Peristiwa 10 atau 11 tahun lalu.
5. Kalau ada, ceritakan satu dari kisah2 sedih dalam hidup anda. (tak payah cari yang 'paling sedih' sbb aku tahu, korang bukan ingat sangat pun).
Link blog saya Cerita Kematian.
6. Kalau anda seorang yang pernah nakal dan jahat, cuba ingatkan satu kes yang anda nyesal tak sudah lepas buat kerja tu.
Bunuh katak waktu kecil. Kerana percaya tayar yang saya selalu main hilang disorok katak. AMARAN: Jangan racuni anak kita dengan perkara tahyul.
7. Apa perkara yang anda suka buat sejak dua menjak ni?
Berblog, Facebook dan tangkap gambar.
8. Apa pesanan penjaga anda yang paling diingat dan selalu membuatkan anda beringat2?
Pak Lang saya (bapa saudara adik bapa saya) berpesan, "Dah kawin ni jago elok-elok, tanggung jawab tu dah ado. Jangan macam bolum kawin" . Ingatan Pak Lang atas jambatan Pulau Pinang tahun 1985 selepas selesai majlis perkahwinan kami di Kg Rawana.
9. Apakah ketakutan yang masih menghantui anda?
Bot tersadai dilautan. Lihat blog saya Marhaban Ya Ramadhan (2)

Itulah soalan dari Razor dan jawapan dari saya. Lotih den. Ada yang dijawab dengan panjang lebar dan ada juga yang dijawab seringkas-ringkasnya.

9 comments:

Tirana said...

Hehehe..tag lagi??? Kesian Pok Li..Itulah harga yang perlu kita bayar bila ramai kawan. Kejap orang tu tag, kejap orang ni tag.. Saya dah jenuh dah menjawab.. Tapi insyaAllah ada kebaikannya tu..

The Spiral Eyes said...

pok li..kata guru saya dahulu kalau ada tanda pengikat kata seperti ini,contoh :

pok li itu sangat "romantik "orangnya,maka ia bermaksud sebaliknya
benarkah itu pok li?ke cikgu saya sengaja nak menjadahkan saya?

theblabber said...

waahh..pokli pun rajen melayan tag. Eheh

RY said...

terima kasih pokli..

ringkas tang mana tu pokli?

kalau klik link tu tau la ringkas ke tak ringkas. huhu

Anonymous said...

hehehe...wakena beb

soklan ni macam pena ku baca....ku tau kat mana

layan jer la pok li..=)

Pak Pelandok said...

POK Li, dalam dunia ni meme punuh dengan tag mengtag ni......

Pokok pangkalnya ialah pengalaman dan asam garam hidup boleh membezakan antara yang benar dan palsu.....

Terima kasih, atas jamuan di Nai Restoran Batu Buruk tempoh hari....
sedap le.... jumpa lagi

Pok Li said...

Tirana
Letih....

The Spiral Eyes

Cikgu kata gitu. Pok Li tak kata gitu.

mieze

Layan bang jangan tak layan.

Razor

Ringkas kat link je. :)

Pak Pelandok
Selamat kembali dan selamat singgah.

Pok Li said...

Jawahir

Tengah layan lah ni. Dihujung tahun dan dihari cuti. Kalau sibuk tak tau lagi la. Sendiri mau fikir la... :).

en_me said...

hi pokli.. salam weekends..