Dec 6, 2008

Rumah Tanpa Penghuni

Kali terakhir saya datang ke ‘rumah’ ini, tujuh atau lapan tahun dahulu. Kepulangan kali ini memberi kesempatan semula kepada kami untuk melawatnya sekali lagi.. Apatah lagi rumah mertua saya sekampung dengan ‘Rumah P. Ramlee’. Rumah yang sekarang kelihatan lebih kemas, terjaga dan bersih. Memasuki rumah ini seakan-akan kembali semula ke tahun 30an. Bertangga batu, serambi dan ‘tengah rumah’ agak sederhana luas. Rumah berbilik satu ini lengkap dengan katil besi yang dipasang kelambu bersulam bermotif bunga keduduk serta meja solek kecil, sempurna menghiasi bilik Ruang dapur yang berada di belakang dilengkapi dapur kayu, rak pinggan mangkuk dan tempayan menyimpan air bersih betul-betul mempersonakan. Catatan di pintu masuk rumah ini melakarkan sejarah ringkas bagaimana Tan Sri P. Ramlee bermula dan tercebur kedalam dunia seni. Perenggan terakhir catatan itu digambarkan secara berseni - [ Pada 8 Ogos 1948, P. Ramlee bersama Sukardi menaiki keretapi di Prai untuk berhijrah ke Singapura, maka bermulalah satu era baru dalam dunia muzik dan perfileman Melayu – satu dunia fantasi yang dicipta oleh seorang pemimpin seni telah menggembirakan jutaan manusia. Semua ini berlaku kerana seorang jejaka yang tinggi lampai lagi berjerawat berani mengikat janji dengan takdir ] .

Saya tidak mengenali atau pernah berjumpa Allahyarham P. Ramlee sewaktu hidupnya. Semasa kecil sehingga sekarang saya cukup minat dengan lagu ‘Dendang Perantau’ ciptaan dan nyanyiannya yang menandakan Idul Fitri akan tiba. Filem-filem lakonannya, Semerah Padi, Madu Tiga, Penarik Beca, Labu-Labi, dan berpuluh lagi filemnya sudah ditonton sejak kecil lagi. Hingga sekarang filem-filemnya masih lagi diputar, diulas, dijadikan bahan kajian dan karyanya terus diminati. Ia bukan sahaja ‘ever green’ tetapi menjadi khazanah negara yang tiada tolok banding nilainya.

Beliau meninggal dunia ketika saya berusia 13 tahun pada tahun 1973. Waktu itu saya tidak merasakan apa-apa mengenai berita kematiannya. Namun semakin saya dewasa semakin saya mengkaguminya, P.Ramlee tokoh seni yang mempunyai pelbagai kebolehan yang tidak dipunyai oleh orang lain. Sebutkan saja peranan ‘apa’, penyanyi, pelakon, pemuzik, penggubah lagu, pengarah filem, penulis skrip, pelawak, ‘p’ dan ‘p’ lagi. Seakan-akan ‘P’ pada pangkal namanya itu mewakili segala gelaran dalam bidang seni. Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh adalah nama sebenar P.Ramlee yang lahir pada 22 Mac 1929 di rumah beratap nipah berlantai papan ini. Kayu rumah ini diambil dari rumah yang di robohkan di Lorong Yahudi (kini Lorong Selamat) dan digunakan untuk membina rumah di Kg Rawana, Jalan Caunter Hall ( kini Jalan P. Ramlee). Teuku Zakaria telah menukar namanya kepada P. Ramlee ketika memasuki pertandingan ‘Lagu Keroncong Seluruh Pulau Pinang’ pada tahun 1947. Kemenangan seterusnya dalam pertandingan ‘Bintang Utara Malaya’ telah mengangkatnya sebagai biduan berbakat. Ketika P.Ramlee menyanyikan lagu ‘Azizah’ di Pesta Pertanian, Butterworth ianya telah memikat B.S Rajhans, pengarah dari Singapura yang sedang mencari bakat-bakat baru. Beliau kemudian membuat tawaran kepada P.Ramlee dan kawannya Sukardi suatu peluang ke alam perfileman di Shaw Brothers Malay Film Production di Singapura. Langkah pertamanya ini hanyalah ‘perintis’ kepada suatu ketetapan takdir bahawa beliau akhirnya akan bergelar ‘Seniman Agung’.

Melepasi tiga dekad Allahyarham P.Ramlee meninggalkan alam fana ini, ‘Rumah Tanpa Penghuni’ ini masih lagi di kunjungi oleh ramai orang, pelancong, peminat, pengkritik, pengkaji filem, budayawan dan ahli akademik. P. Ramlee sebenarnya masih lagi ‘hidup’ di dalam hati dan jiwa keluarganya, pencinta dan pengkagum hasil seni termasuk mereka yang kenal ‘Seniman Agung’ ini melalui filem lakonannya dan lagu-lagu nyanyiannya yang ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ – Al Fatihah.

13 comments:

Jawahir said...

pok li...sy belum kawen lagi..itu anak sedara sy

nape ada Puan kat depan nama saya tue..waaaaaaaa

tue pasal sy ni gegila sikit

KiTTuN said...

Ayah saya peminat setia P.Ramlee
Sebut apa saja lagu/filem P.Ramlee pasti dia tahu. Lebih2 lagi filem madu 3.

offamir said...

salam

saya juga salah seorang dari peminat p ramli

dan, saya amat setuju dengan ketokohan beliau yang tiada duanya dalam dunia ini..

moga beliau mendapat keberkatan...

amin

akuduniaku said...

salam Pok Li

bila bercakap fasal tan sri p ramlee, suaranya sangat menarik dan ta mungkin ada orang lain yang boleh sepertinya...

kita semua kehilangan seorang yang mat bagus dan seorang ynag mungkin kan membawa malaysia ke mata dunia lebih lagi...

tapi tak dinafikan sekarang pun ramai yang sangat bagus memperjuangkan seni musik dan sebagainya..

mari kita semua bersyukur dan berterima kasih sesama kita yang sentiasa berjuang untuk masa hadapan..

salam

Pok Li said...

Jawahir
Tu la pasai, cepat sangat dukung budak. He .. he :)

Pok Li said...

Kittun
Ada yang minat sampai jambul pun tiru P. Ramlee. Fanatik tu.

Pok Li said...

Offamir
Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tapi yang tumbuh dan muncul belum tentu sama.

Pok Li said...

Aiman

Hari ini ramai yang menceburkan diri kerana inginkan menikmati 'glamour' dan juga 'kekayaan'. Dahulu mereka berjuang kerana seni dan masyarakat. Teringat penyanyi R. Azmi yang meninggal dalam keadaan miskin.

Azyy said...

Salam SInggah jugak~~
Selamat Hari hari Aidil Adha
^__^

en_me said...

kalau benarlah apa yg sedang dilalui oleh sazali (anak sebenar promlee itteww) memang menyedihkan.. kannns

PENDEKAR said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

MARDHOTILLAH

:-)

Anonymous said...

selamat hari raya haji untuk pok li sekeluarga di marang.

Tirana said...

Saya pun kecil lagi masa nama P. Ramlie terkenal. Memang dia mempunyai bakat yang besar.. Selepas dia, rasanya tiada siapa yang berkebolehan sepertinya.

Suami saya orang Penang tapi bila balik ke penang, saya tak pernah terfikir untuk melawat rumah P. Ramlie itu. Mungkin next time boleh singgah di sana.

P/S Salam Aidil Adha untuk Pok Li sekeluarga...moga ceria sentiasa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails